Sunday, November 15, 2015

berbohong demi menjaga



"Ma, hari ini aku berbohong lagi." Saya berkata begitu tiba di rumah.

"Lagi?" Mama terkejut. "Kamu berbohong tentang apa lagi?" Tanyanya kemudian.

"Tadi di pejabat ada tetamu dari Thailand yang mahu bersalaman, jadi saya rapatkan dua tangan di depan dada si bapa itu. Tetapi si bapa tu tetap berkeras menghulur tangan sampai saya mahu bersalaman. Jadi saya terpaksa berbohong. "Jelasku lagi.

"Jadi kamu bohong apa nak?" Mama kelihatan tersenyum padaku.

"Saya cakap, 'maaf pakcik saya masih ada wuduk jadi tak boleh menyambut salam'. Hurmmm tu je ma. "Jawabku.

Mama tersenyum padaku, mengusap perlahan kepala saya lalu berlalu menuju dapur untuk menyiapkan makan malam kami.

"Mama tak marah?" Tanyaku sebelum mama menjauh.

"Jika bohongmu untuk menjaga taatmu pada Allah mama tidak akan marah. Tapi lain kali kamu tidak perlu bohong, katakan saja kamu tidak menyentuh yang bukan muhrim. "Ucap mama kemudian.

"Baik ma, lain kali tidak lagi."

1 comment: