Awk, sye dah sampai ni. Sebelah gate, blouse kuning okey J -Myra-
Rain ulang baca ayat yang sama di skrin Sony Ericssonnya buat kali yang
kesepuluh. Sekali dibaca, sekali pandangan ditala ke hadapan, memerhati
pintu gerbang taman di depannya. Anak matanya menangkap susuk tubuh
seorang gadis sederhana tinggi dengan blaus kuning berserta reben putih
dikepalanya. Ralit bermain dengan heel putih dikakinya. Mungkin ini kali
pertama susuk itu menyapa pandangan retinanya, tapi dia yakin dia cukup
kenal dengan pemilik susuk itu. Ya, gadis itu.
“Ahh! Tak
normal balik aku ni. Mula rasa nak demam ni. Tadi macam dah okey aje” Rain mula mengomel-ngomel seorang diri. Pembulur darah terasa nak pecah
bila darah mula menyerbu naik ke kepala. Berdebar macam nak malatop
jantung ni mak oii! Langkah yang diatur ditarik balik. Teragak-agak.
Seminit.
Dua minit. Tiga minit. Sepuluh minit. “Ahh! Tak boleh jadi! Come on Rain. Chill okey. Menggelabah tak tentu pasal kau ni apahal. Poyo lah” Rain memberi semangat pada diri sendiri. Nafas dihela perlahan. Kembali
mengatur langkah menghampiri si gadis. Sepuluh tapak berbaki haruman
PoLo dari tubuh di hadapannya sudah terbau. “Ahh! Tak boleh jadi. Heart
attack aku macam ni.” Desis Rain perlahan. Lutut mula terasa kembali
longgar. Skru salah pasang kot ni asyik longgar saja tulang kau Rain.
“Assalammualaikum”
antara dengar dengan tidak suaranya. Tersekat di kerongkong. Pagi tadi
tertelan colgate banyak sangat agaknya. So suara ikut tranformers jadi
macam Mr Bean. Ekk?
Umairah Alya berhenti bermain dengan
kaki sendiri. Suara di belakangnya memancing perhatian. Tubuh mencari
kelibat si empunya suara.
“Waalaikumsalam” sepatah ayat keluar
dari gadis itu. Rain mula terasa seluruh skru di lutut nya dah
bersepai-sepai ke tanah. Umairah Alya melarik senyum manis melihat encik kachak dengan kemeja kotak-kotak merah putih dihadapannya. Okey,
Rain rasa nak tergolek dekat situ jugak sekarang melihat senyum dari
bibir ulas limau itu.
“Hai!” Umairah Alya angkat dua jari di tepi pipi. Ceria. Peace! Manis dia tersenyum melihat makhluk yang dinanti akhirnya tiba.
Dalam
hati, “ kau ikut time dekat Marikh ke? Dua puluh minit aku berdiri kat
sini jadi tugu Negara tahu! See, reben atas kepala aku pun dah senget.
Lain kali bagi tahu lah awal-awal jam kau tu ikut time Marikh ” Umairah Alya mengomel-ngomel seorang diri. Geram!
“ Hai” Rain berlagak biasa. Menghulur tangan tanda perkenalan.
“Sorry
awak. Late sikit, ada probs sikit tadi tak jumpa jalan. Kesian awak
tunggu lama.” Rain mengawal suara seperti biasa. Come on Rain. Jangan
keluar suara Mr Bean. Tak macho okey.
Umairah Alya memandang
tubuh di hadapnnya dari atas ke bawah. Weird! Kenapa aku rasa ada
sesuatu yang pelik ni. Rambut, hitam emo style. Okey smart dah. Mata,
dua biji. Bundar dengan anak mata coklat cair. Comel! hidung, satu.
Mancung tak mancung, penyek pun tidak. Okey okey lah. Mulut, satu jugak.
Tangan kaki ada dua. Err.. Semua normal. Apa eh yang pelik?
Rain dapat rasakan tubuhnya di scan oleh gadis di hadapannya. Setiap sudut diamatinya. Rain mula tak tentu arah.
“Jom kita duduk dekat mana-mana dulu.”
“Awak perempuan?!!” serentak Rain dan Umairah Alya bersuara.
Umaiah Alya membuntang mata!
Rain tepuk dahi.
Speechless.
*****
Umairah Alya melempar pandang ke cermin sisi. Senyap. Bisu. Si mak lampir
di sebelah menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduannya. Suzuki swift
putih milik Umairah Alya sekadar menjalar tenang dengan kelajuan
80km/j. Untung jalan tak begitu sibuk. Jadi tak stress mak lampir ni
memandu. Kalau tidak mahu dia membebel sepanjang perjalanan akibat tidak
puas hati dengan kesesakan jalan raya.
“Kau kenapa ni Myra Dari lepas jumpa mamat tu, terus jadi bisu ke kau? Dia mandrem apa dekat
kau ni weyh? Pagi tadi bukan main riuh mulut kau cerita itu ini. Yelah,
happy sangat kan nak jumpa crush. Hah! Apa lagi story-mory lah dekat
aku”, mak lampir mula membuka tirai bicara.
Umairah Alya menyala pandang sekilas. Senyap. Bisu. Kembali melempar pandangannya ke
cermin sisi. Entah apa yan dilihat. Bagai tembus. Meneliti bahan-bahan
yang digunakan untuk menghasilkan cermin tersebut barangkali. Macam tak
logik aje.
“Woi mangkuk! Dah lah sengal, pekak pulak tu! Aku
tanya ni. Jawab lah. Kau ingat aku cakap dengan stereng kereta ke?”suara
Haliza nyaring di sebelah telinga.
Hujung retina mengerling mak lampir di sebelah. Keluhan nipis terlahir dari bibir.
“Dia perempuan” dua patah perkataan dilontar
“Hah! Siapa? Aku? Memanglah aku perempuan. Habis selama ni kau ingat aku apa? Dua alam?”
Umairah Alya merengus kasar. Ada jugak yang hilang gigi akibat kunyah stereng kereta nanti ni.
“Dia lah”
“Siapa?” Haliza mengerut dahi macam nenek-nenek.
“Mamat tu lah. Rain!”
“What!!?”
sepatah perkataan itu cukup untuk membuat Umairah Alya hilang nafas
seketika dan mungkin juga bakal jadi mangsa tragedi apabila Haliza menarik brek mengejut kurang dari sepuluh saat.
Nyaring hon dari kereta belakang menjerit. Mujur aja tak tersembam ke bontot Swift putih kesayangan cik mangkuk ayun comel ni.
“Kau
gila ke??!! Nak bagi aku mati?” kuat suara Umairah Alya menjerit.
Wajah bujur sirihnya mula pucat tanpa darah. Bawah bibir diketap kuat.
Haliza segera membelokkan stereng ke bahu jalan. Enjin kereta dimatikan.
Seminit. Dua minit. Suasana bisu tanpa suara. Umairah Alya masih
mengurut dada. Haliza merenung jauh ke hadapan memandang kenderaan lain
di atas jalan. Menung. Berfikir. Muka blur tak payah cerita. Comel sikit
muka Ugly Betty dari si mak lampir blur ni.
“Kau ulang balik apa kau cakap tadi? Aku salah dengar ke?”mendatar suara Haliza. Pandangan masih di atas jalan.
Umairah Alya menyisip keluhan nipis di celah bibir.
“Tak. Betul lah tu. Rain tu perempuan.”
“Macam mana pula dia boleh jadi perempuan. Ish! Aku tak faham lah. Pening lah aku!” Liana mengomel-omel sambil menggaru kepala.
“Kau ni kalau aku cakap lembap karang marah. Tapi hakikatnya, memang!”
“Serius, aku tak faham ni”
“Tomboi”
“Tomboi??”
“Pengkid”
“Pengkid?”
Umairah Alya mula naik angin apabila si mak lampir blur ni hanya mengulang
kenyataannya dengan muka blur tak sudah. Kerut di dahi semakin
bertambah.
“Haih, iyelah. Rain tu tomboi. Rain tu pengkid. Kau
faham tak? Dia perempuan yang berpewatakan lelaki. Apehal slow sangat
kau ni?” volume suara semakin ditingkatkan. Umairah Alya memandang
tajam sahabat di hadapannya.
Haliza sekadar diam. Menghadam setiap patah bicara yang lahir dari bibir ulas limau si mangkuk ayun comel ni.
*****
Rain merenung skrin telefonnya. Seketika dia beralih ke skrin komputer riba
di hadapannya. Seketika lagi anak matanya mula mengalih pandang ke skrin
televisyen yang sedari tadi terbuka menayangkan slot akasia di petang
hari. Masih tidak kena. Semua jadi serba pincang. Kusut! Wajah tak ubah
macam ibu hilang the only ugly duckling yang dia ada. Serabai.
“Rain” Irfan menyapa dari balkoni melihat sahabatnya serba tidak kena sejak sejam
yang lalu. Dia yang naik rimas tengok Rain yang asyik ke hulu ke hilir
pincang tingkah.
“Rain!”sekali lagi nama temannya disapa. Suara dilantangkan.
Senyap tanpa balasan. Rain menembuskan pandangannya pada iklas Chipsmore di televisyen.
“ Nurul Haizrian!!!” Irfan menjerit sekuat hati. Anak mata mencerlung wajah dihadapannya.
Rain mengangkat pandangan dari skrin televisyen.
“Kenapa
dengan kau? Mati bini? Sampai aku panggil pun tak dengar dah” ujar Irfan mendatar sambil kaki menapak ke arah sofa. Mug white coffee di tangan
diletak ke meja.
Rain melarik senyum segaris mendengar bicara si sahabat. Senafas keluh terlahir.
“Dah
masuk dua hari dia senyap wei. Dia tak balas semua mesej aku, tweet
aku, call aku pun dia reject aku dah tak tahu nak buat apa. Aku rasa
bersalah lah.” Rain bersuara antara dengar dengan tidak. Liur ditelan.
Perit. Kesat. Terasa pasir.“Ahh sudah! Dah kenapa dengan aku ni.” Rain berbisik sendiri.
“Kau memang patut rasa bersalah. Kenapa kau tipu dia.”
“Mana
ada aku tipu. Cuma, aku tak beritahu hal yang sebenar aja” pandangan
dilempar ke luar balkoni dari tingkat empat belas itu. Senafas keluh
terlahir lagi.
“Okey, kau cuma tak beritahu hal yang sebenar.
Kau tak menipu pon. Jadi, kenapa kau tak berterus terang dengan dia.
Sekarang macam mana.” Irfan buat muka jerk bila Rain masih mahu menang
dengan bicaranya. Macam lah beza sangat tipu dengan tak beritahu hal
sebenar tu!
“Aku tak berkesempatan. Aku takut dia lari.”
“Sekarang dah lari dah pun!” Irfan memintas lebih dulu.
Rain senyap. Wajah semakin suram. Kalau boleh digambarkan dengan animasi
kartun di disney channel, awan hitam pakej dengan kilat guruh mula
berarak di atas kepala si pemilik nama Nurul Haizrian Idham ini.
“Sekarang macam mana Irfan. Aku tak tahu nak buat apa dah ni.”
Irfan masih bernawaitu ingin membuli sahabatnya yang satu itu. Tapi
melihatkan wajah suram itu, nawaitunya dibatalkan. Bimbang banjir kilat
atau mungkin juga taufan katrina akan berlaku sebentar nanti.
“Haih. Muka handsome, jambu. Tapi lembap macam burung kasuari kau ni kan! Sedih betul!”
“hurm” hanya sepatah kata yang muncul di bibir.
Irfan menggeleng kepala. Parah sungguh sahabatnya yang seorang ni.
“Pujuk
lah dia. Minta maaf elok-elok. Mungkin dia terkejut. Tak sangka yang
kau ni sebenarnya bukan jejaka idaman malaya macam yang dia fikir. Nanti
lama-lama dia sejuk lah. Ladies Rain, lama mana je dia nak marah. Kau cuma perlu explain pada dia keadaan yang sebenar supaya dia faham,
kenapa kau macam ni, dan untuk apa kau berkawan dengan dia.
Sungguh-sungguh lah sikit. Semangat! Semangat!” Irfan menepuk perlahan
bahu rakannya itu meniup sedikit semangat.
Rain melarik senyum segaris.
Di kepalanya mengatur rancangan untuk memujuk si gadis yang kini mula menjadi bayangan yang memburunya tiap masa.
“Ah!
Rasa apa ini. Rindu mungkin. Ya, aku rindu kau Umairah Alya. Agak-agak perasaan kita sama tak?” Rain mula mengomel seorang
diri.
Irfan menggeleng kepala melihat sahabatnya mula tersenyum-senyum tak tentu punca. Parah budak ni!
*****
Again!
Haliza meletak pen di tangan ke meja. Pandangan ditala ke arah gadis di
tingkat atas katil double decker di sudut kamar. Nafas dihela kasar.
“Again!
Still reject call? Please lah Myra, bising okey fon kau tu. Tolong lah.
Apa masalah kau ni hah?”suara Haliza sedikit kasar. Geram melihat Umairah Alya berselubung enak di bawah selimut hello kittynya seperti tiada
apa yang berlaku sedangkan sejak sejam yang lalu telefon bimbitnya
menjerit minta diangkat tidak diendahkan.
Umairah Alya menarik sedikit selimut separas lehernya. Bibir dicebikkan apabila dimarahi teman baiknya itu.
“Buat
muka donald duck kau tu! Kau ingat comel? Ape masalah kau ni? Ish!
Rimaslah aku!” si mak lampir mula membebel-bebel. Langkah diayun ke tepi
katil. Selimut comel hello kitty ditarik melepasi kaki. Anak mata
mencerlung tajam pada si mangkuk ayun yang masih berbaring.
“Aku
tak tahu nak buat apa.” serak basah kedengaran Umairah Alya melontar
suara. Bibir masih dicebik buat muka comel separuh siap.
“Apa yang kau tak tahu? Angkat aje lah call tu. Dari kau biar aje memekak sepanjang hari!”
“Aku nak cakap ape?” mendatar sahaja dia bersuara. Ala budak blur pun ada. Sedih!
“Cakap
apa? Eh helo! Sejak bila yang kau tak reti bercakap? Cakap aje lah
apa-apa pun. Tu pun aku nak kena ajar ke” Haliza mula naik angin melayan
kerenah si mangkuk ayun ni.
“Kau tak faham lah. Ish, kau niiii”
“Memang
aku tak faham dengan kau ni. Apa yang susah? Kau just angkat call dia,
then cakap jangan ganggu kau lagi ke, kau dah ada boyfriend ke, kau tak
suka dia ke, apa ke whatsoever, kau cakap ajelah apa-apa sampai dia
berhenti cari kau. Tu pun susah ke minah? Kau nak buat apa dengan tomboi
tu? Tak faham lah aku apa yang payah sangat otak kau ni nak proses.” Si
mak lampir sudah mulakan bebelan panjang lebar. Langkah di bawa kembali
ke meja belajar. Mug berisi milo panas dicapai.
“tapi........”
“Apa lagi!”
“Aku..... Aku macam rindu dia. Aku macam suka kat dia aja”
Mug terlepas dari tangan terjun ke lantai.
Bersepai.
“What! Umairah Alya!!!!!”
*****
Pagi
sabtu adalah waktu paling bahagia untuk bersantai-santai di atas katil
bersama selimut dan bantal golek sambil bermimpikan putera kacak datang
melamar dengan kuda putih. Acehh! Lebih-lebih pula!
Kedua
gadis berteman karib ini masih enak berlingkar di atas katil
masing-masing walaupun jarum jam sudah mencecah ke angka 11. Yang
seorang masih lena melakar mimpi bersama si putera. Yang seorang
tenggelam dalam dunia sendiri dengan novel di tangan. Heaven! Tanpa
kelas, tanpa kuliah, tanpa aktiviti kelab dan tanpa assignment.
Bahagianya hidup jadi pelajar kalau macam ni hari-hari. Alamatnya
bankraplah negara beri biasiswa dan pinjaman pada mahasiswa dan
mahasiswi yang cemerlang dan terbilang ini.
“Perhatian kepada
pelajar aspuri yang bernama Umairah Alya, sila
hadir ke ruang legar kerana ada tetamu ingin berjumpa.”vsuara dari
speaker bilik pengumuman asrama memecah sunyi dan cukup untuk
memecah-belahkan ketenteraman para pelajar pagi itu, tetapi tidak Umairah Alya yang masih nyenyak memeluk patung hello kitty sebesar pemeluk.
Haliza melurut novel ke dada. Memasang telinga dengan pengumuman sebentar tadi.
“Saya
ulang sekali lagi, perhatian kepada pelajar aspuri yang bernama Umairah Alya, sila hadir ke ruang legar kerana ada
tetamu ingin berjumpa. Sekian, terima kasih” suara Maya pelajar
undang-undang semester 4 yang cukup dikenali Haliza.
Segera dia melompat dari katil mencari tubuh di katil atas.
“Myra bangun! Ada guest nak jumpa kau ni. Bangun woi!” tubuh temannya digoncang sedikit.
Cukup
kenal dengan sahabatnya yang seorang ini, dan kepayahannya untuk bangun
dari tidur, Haliza mencari alternatif lain. Seluruh tenaga dikumpul,
katil dua tingkat itu digoyang-goyangkan sepenuh hati. Laju saja Umairah Alya menegakkan batang tubuh dengan mata terbeliak.
“Apahal
kau gila? Aku ingat ada apa lah tadi. Kau nak bunuh aku ke? Nak bagi
aku sakit jantung?” Umairah Alya mula naik berang apabila mimpi indahnya
terganggu. Tambah berang bila melihat wajah si mak lampir yang
tersenyum tak berdosa di tepi katil.
“Ada guest nak jumpa kau lah. Ada announced nama kau tadi.”
“Hah! Siapa?”
“Mana
lah aku tahu siapa mangkuk. Kau pergilah tengok. Parents kau
maybe.” Haliza kembali berbaring di katilnya. Novel kembali dicapai.
Umairah Alya kelam kabut turun dari katil. Pencuci muka dicapai seraya membuka pintu ke kamar mandi.
“Tapi semalam daddy aku tak ada pun kata nak datang.”sempat dia bersuara sebelum keluar.
Haliza sekadar memandang dengan dahi berkerut.
Kurang dari lima minit kemudian Umairah Alya kembali ke dalam kamar. Kelam kabut menyarung jeans dan t-shirt.
“Hoi
mangkuk! Kau tak mandi ke?” Haliza mula duduk melihat sahabatnya
lintang-pukang merapikan diri. Habis jatuh berterabur segala benda di
atas meja.
“Tak payah. Nanti parents aku tunggu lama pula.
Macam diorang tak biasa bau aku tak mandi. Hahaha! Bye!” laju saja
sepatu putih di tepi pintu dicapai dan berlalu ke luar.
“Kot iya parents kau, kalau orang lain? Masak!” Haliza sekadar mengomel sendiri sambil menggeleng kepala.
*****
Umairah Alya memanjang-manjangkan leher semampu mungkin mencari kelibat
kedua orang tuanya. Jangan kata batang hidung,bayang kereta kepunyaan
mummy dan daddynya pun langsung tak kelihatan.
“Biar betul si
mak lampir ni, entah-entah salah dengar tak. Nama orang lain tapi dia
kata nama aku. Ish!” bebel Umairah Alya perlahan.
Baru
sahaja dia ingin menapak kembali ke dalam asrama, dia sekali lagi
terkejut dengan kehadiran batang tubuh yang berdiri betul-betul di
belakangnya. Wajah Rain tersengih kerang menyapa pandangan.
“Hai” sepatah kata dari gadis tomboi itu.
“Awak
buat apa kat sini? Macam mana awak boleh sampai sini? Mana tau saya ada
kat sini?” soal Umairah Alya bertalu-talu. Ekspresi wajah terkejut
beruk tak hilang lagi. Beruk pun tak terkejut macam dia.
“Sorry.
Tak bagi tau awak dulu nak datang sini. Awak senyap aje dari saya
seminggu ni. Call message tweet semua tak reply. Saya tahu awak marah.
So saya datang nak pujuk awak lah ni.” Rain masih dengan senyum kerang.
Umairah Alya terkelu. Senyap tanpa bicara. Otaknya mula memproses tindakan seterusnya.
“Apehal
mamat ni duduk tengah-tengah panas macam. Ya Allah, panasnya lahai.
Berpeluh-peluh aku. Dah la dengan tak mandinya. Malunya aku!” omel Umairah Alya sendirian dalam hati.
Si mangkuk ayun lembap ni masih memaku diri ditengah terik matahari. Sekadar merenung tanpa bicara.
“Err... Err..”
Hachummm!
Rain terbersin lebih dulu sebelum sempat si mangkuk ayun menutur kata. Umairah Alya tersedar lantas menarik tangan Rain menuju ke pondok rehat
kawasan ruang legar itu. Rain menjongket kening melihat tangannya ditarik
tetapi sekadar membontoti sahaja langkah gadis itu.
“Kita duduk kat sini ajelah ye. Tak panas sangat” ujar Umairah Alya seraya melabuh punggung selang dua kerusi dari Rain.
Rain mengerut dahi
“Kenapa awak duduk jauh sangat ni? Tak sudi duduk sebelah saya ke?”
“Eh! Tak lah. Hee. Ni kan asrama. Bukan dekat luar.” laju saja Umairah Alya beralasan. Padahal takut kantoi bau kambing gurun!
Rain sekadar mengangkat bahu.
“Okey.
By the way, saya tak tahu nak pujuk awak ni macam mana. Err.. saya tak
pandai pujuk orang kot! Tapi saya belikan ni untuk awak.” Rain menghulur
beg kertas sederhana besar.
Bibirnya mengukir senyuman manis. Dania Qasandra meneguk liur. Alamak! Comel gila lah kau ni! Beg kertas disambut.
Dahi
mula berkerut melihat isi kandungan beg kertas. Perlahan tangannya
mencapai kandungan di dalam. Patung angry bird sebesar buku lima, kuih
batang buruk sebalang dengan bunga matahari yang dikait comel dengan
benang bulu kambing. “Biar betul budak ni! Romantik tak jadi ke apa?
Semua benda yang aku tak suka langsung. Ish! Tak sweet betul lah!” Umairah Alya mula membebel dalam hati.
Ingatkan kot nak bagi
teddy bear comel ke, ferrero rocher ke, ros merah ke, ni... ish! Nak
klasik pun berpada-pada lah! Bayangan putera idaman datang dengan kuda
putih kini bertukar dengan melihat puteranya menunggang keldai yang
hidung kembang dengan gigi besar di depan! Erkkk!! Spooky!
*******
BERSAMBUNG