Latest Tweets

LightBlog

Breaking

Thursday, February 26, 2015

Dilema dalam kelemasan katanya!!

Assalamualaikum.

Hey korang, malam nie Cik Candy nak meluah sikit. Boleh? Cik Candy pun malas nak bermukadimah panjang berjela disebabkan malam nie internet macam buat perangai sikit. Sebelum Cik Candy bermusuh dengan internet, ada baiknya Cik Candy teruskan point yang berkaitan dgn tajuk diatas.

Apa perasaan korang kalau nampak gurl lain jadikan pic BF korang sebagai wallpaper handphone? Agak-agak apa tindakan yang akan korang lakukan? Pernah terfikir tak akan perkara ni? Ataupun korang pernah mengalami situasi macam ni.

Ieka dan Rydal couple dah hampir tiga tahun. Dalam masa hampir tiga tahun tu, macam-macam yang dah mereka lalui bersama. Jatuh bangun mereka sama-sama rasai. Susah senang, mereka sama-sama harungi. Pernah mereka bergaduh tapi sekadar pergaduhan kecil. Perselisihan pendapat merupakan perkara biasa, namun itu menjadikan perhubungan mereka bertambah erat. Setiap kali ada kemusykilan, mereka akan saling bertanya. Setiap kali ada masalah, mereka akan saling berkongsi.

Rdyal, seorang yang berpewatakan tegas namun mempunyai hati yang lembut. Pada pandangan mata Cik Candy, Rydal memang seorang yang baik hati. Sikap dia yang tak lokek menolong kawan, membuatkan persahabatan kami kekal. Cik Candy berkawan rapat dengan Ieka. Ieka dan Cik Candy sering kali berkongsi masalah bersama. Setahu Cik Candy, selepas couple dengan Rydal, Ieka sentiasa tersenyum. Setiap kali dia bercerita dengan Cik Candy, rasa bahagia jelas terpancar di wajah dia. Tapi baru-baru ni, tiba-tiba Ieka mengadu pada Cik Candy.

Katanya, Rydal ada berkawan dgn sorang gurl ni. Menurut Ieka, Rydal pernah bagitahu dia yang gurl tu dah pun ada BF. Makanya gurl tu dan Rydal hanyalah kawan. Gurl tu dengan Rydal memang agak rapat pada pandangan mata Ieka. Mereka selalu contact. Rydal pun seakan-akan melayan gurl tue. Sampaikan satu tahap setiap kali Ieka dan Rydal keluar bersama, pastu gurl tu akan ikut sekali. Pelik! Kenapa gurl tu menyibuk setiap kai mereka keluar? Kenapa gurl tu tak ajak je BF dia keluar? Dari hari ke hari, sikap gurl tu membuatkan Ieka rimas. Gurl tu seolah-olah ingin mencuri perhatian Rydal. Setiap kali mereka keluar bertiga, gurl tu seperti mahu Rydal mendahulukan dia dalam setiap perkara berbanding Ieka. Okay, Ieka masih mampu bersabar dengan sikap tersebut.

Sejak Rydal berkawan dengan gurl tu, Ieka dan Rdyal lebih kerap bertekak. Katanya Ieka, kenapa perlu gurl tu ada sekali setiap kali mereka keluar? Kenapa perlu gurl tu ikut kemana saja mereka pergi? Kata berdating tapi kenapa perlu gurl tu ikut? Itulah yang selalu Ieka persoalkan. Rdyal pulak mengambil pendekatan sebagai kawan tak salah kalau nak tolong kawan yang sedang susah. Apa salahnya ajak gurl tu ikut sekali. Kesian dekat gurl tu. Balik-balik gurl tu yang dijadikan isu mereka bergaduh. Sampai satu tahap Ieka mengadu pada Cik candy sambil menangis.

Untuk malam ni, sekian kalinya lagi Cik Candy mendengar tangisan Ieka di corong telefon. Sayu, sedih, sendu, syahdu, semua ada. Katanya tadi mereka keluar  makan dan gurl tu ikut sekali. Seperti biasa dalam kereta gurl tu akan mengambil tempat di sebelah Rdyal yang pemandu. Nak tak nak , Ieka terpaksa duduk di belakang. Kebetulan untuk malam ni, Ieka ternampak gambar Rdyal dijadikan wallpaper pada telefon gurl tu. Ieka tak pasti sama ada Rdyal tahu ke tidak akan hal ni, tapi yang pastinya Ieka jelas kecewa dan sedih.

Cik Candy tumpang sedih dan marah dgn apa yang menimpa Ieka. Bagi Cik Candy, dalam hal ni Rydal pun bersalah juga kowt. Cara dan layanan dia pada gurl tu mungkin membuatkan gurl tersebut salah faham. Mungkin Rydal menganggap gurl tu kawan tapi gurl tu yang menganggap Rydal sebaliknya. Dan lagi satu, gurl tu dengan Ieka memang tak rapat. Even setiap kali Rydal dan Ieka keluar, gurl tu ikut sekali, gurl tu memang jarang bertegur sapa dengan Ieka. Hahaaa entah ah labu! Cik Candy pun dah penat bagi nasihat dekat si Rydal tu. Lagipun Cik Candy pernahlah juga jumpa si gurl tu sekali. Hahaa time tu, Ieka ajak Rydal datang melawat Cik Candy dekat asrama. Tak sangka pulak gurl tu ikut sekali. APTB!! sabar aje lah.

"ien, awk tahu x pompuan tu buat gambr bie saya jd wallpaper fon dia. Dahlah gambar tu dia edit-edit. Dia edit gambar bie saya dengan dia. Panas betul ati orang. Rasa mcm nak sound-sound je pompuan tu. Tau tak orang dah penat bersabar dgn kerenah dia. Kata ada bf, dah tu kenapa gedik nak ikut kiteorang kuar. Setakat ni orng tak pernah nampk lagi dia keluar dgn bf dia. hari-hari kiteorng keluar, dia follow. Dah tu bile masa nak keluar dgn bf dia. Bontot ayam betol lah pompuan tu. Sakit hati aku ni. Ishhh org geramlah ien. Tau tak tadi orng dekat blkng tu nangis je. Bie tanya td, org cakap selsema. Bencilah tgok muka pompuan tu."

Orang doakan awok dengan Rydal bahagia. Semoga segala diat suci dan harapan cadangan korang tu tercapai. Orang harap awak tabah lalui semua nie. Ni ujian dan dugaan untuk korang. Jangan jadikan kehadiran gurl tu sebagai satu malasah yang akan menghambarkan realy korang. Semoga bahagia milik korang.

10 comments:

  1. okay macam pernah rasa.tapi bukan saya.tapi kawan saya.dan memang panas! baca entry cik candy ni pun rase mcm nak ngamuk tau! hahahaha *emo*

    tapi bg pendapat saya, gurl tu patut di kembalikan ke alam nyata, rydal tu pun satu, sila lah act gentleman sikit dan tahu mana satu yg lebih penting. and ieka plis be strong and pertahankan hak anda. hak ke? mksdnye sila lah bertindak yg sepatutnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit hati kan. Huhuu kita yang mendengar pun dah sakit hati. Empunya diri yang lalai acmne lah agaknya rasa hatinya tu (=

      Delete
  2. klu ai kan, tak salahkan girl tu sorang, si BF kawan u tu yg kena tegas.. andaian ai la kan, mesti ada apa2 antara mereka. Klu x knpa BF kawan u sampai nak bwk dia ke mana2.. BTW sian kawan u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 Cik Candy dgn Ieka pun rasa mcm tu juga, tapi bila difikir dn dikaji balik Rdyzal just angal gurl tu kwn jep. Tapi masalah sikap Rdyzal yg terover penting kan kwn tu maybe buat gurl tu salah faham kowt.

      Delete
  3. sedihnya kalau jadi ieka. plis be strong. rydal patut sedar, perempuan senang jatuh hati kalau ada lelaki baek dan ambk berat ttg dia. perempuan tu pun patut sedar, jangan jadi penghancur bahagia orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kn. Kita yang tengok dn dgr pun dah rasa sedih. Dia yang alami tu apatah lagi. Harap sangat krisis diaorang cpt berakhir.

      Delete
  4. Ieka tu need to be strong and takyah layan si rydal tu kot. Tgok if rydal cari dia ke tak. Mmg patut pun bertekak dgn si rydal pasal perempuan tu. Perempuan sekarang jenis suka hati je sakit kan hati org selagi org tu tak kawin. "Baru girl friend belum kawin pun lg" or "baru tunang, belum kawin pun lagi.. Boleh putus apa " words that i hate to hear :/ hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Padahal perempuan sama perempuan, mesti faham hati dan perasaan perempuan. Entah pape, kaum sendiri pun nak dijatuhkan..

      Delete
  5. BLOGWALKING HERE..

    #nuffnangclick
    #visit me on shukranzahari.blogspot.com
    #happy blogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks @shukran TQ (=
      will bw u back later.

      Delete

Adbox