Wednesday, February 11, 2015

Sebelas haribulan dah muncul!!!

Assalamualaikum..

Selamat pagi. Apa khabar? Oichhh sempat pulak Cik Candy berblogging pagi ni, kan. Well, memang sempat sangat-sangat. Huhuuuu... Ok tutup membicaraan kata.

Sebenarnya Cik Candy tengah gementer ni. Oichh dalam pada gementar sempat lagi blogging? Mestilah. Blogging untuk meluahkan rasa kegementaran dan kegusaran. Tapi kenapakah?

Sebenarnya, hari ni tiba juga. Setelah beberapa lama menunggu ketibaan hari ni. Kalau mengikut kata hati, Cik Candy nak langkau saja. Daripada sepuluh haribulan terus ke duabelas haribulan. Tapi boleh ke macam gitu? Hahaaaa. Okay, Cik Candy dah masuk dalam mood merapu rasanya. Kita berbalik kepada topic kegusaran Cik Candy tadi.

Sebenarnya, hari ni hari yang Cik Candy sendiri tak pasti macam mana nak diexplinkan. Glurppp! takut. cuak. gusar. cemas, ishhh semua adalah. Kami, para pelajar DLC 02 akan mendafarkan diri sebagai askar wataniah untuk hari ni. Sobsobsobbbb.. kami dipaksa untuk menyertainya. Katanya pihak atasan, kami nak ke tak nak ke tetap kena nak kan diri juga. Tetap perlu masuk. Oichhh.. takut wehh! Macam manalah situasi kejap lagi ye. Agak-agak apalah yang akan berlaku kepada kami ni.

Askar wataniah. katanya nanti kami akan diberi latihan pada setiap minggu. Tapi bukan latihan saja-saja sebab pihak Kementerian Belia Dan Sukan dan pihak Kementerian pertahanan akam memberi elaun kepada kami. Ishhh, elaun tu memanglah best. Tapi hujung minggu nak menghadap latihan tu yang tak bestnya. T_T

Bagi Cik Candy. Untuk menyertai askar wataniah ni memang agak keberatan sikit. Sebelum ni memang pernah terniat dihati untuk menyertainya. tapi semua tu sudah terkubur beberapa tahun lepas. Kenapa? Huhuu sebabnya ketika temudaga pengambilan askar wataniah, Cik Candy ada tersangkut di beberapa tempat. Dan tak sangka pulak, tiba-tiba untuk tahun ni, askar wataniah datang mengofferkan diri untuk disertai. Omg!!!

Askar wataniah. Cik Candy tak kalau disuruh berkawad ketika latihan nanti. tapi yang paling Cik Candy benci adalah apabila disuruh berlari. Oichhhh hancur terus! Comfrem pancit stamina beb! Huhuuuu tapi apa pun Cik Candy harap segala perjalanan dan urusan kami dipermudahkan. Cik Candy doakan, kami para pelajar DLC 02, mampu dan berjaya lalui hari ini, esok dan seterusnya dengan semangat bersatu hati dan kesabaran yang tinggi. Wassalam


19 comments:

  1. dulu masa study cita2 sangat nak masuk askar wataniah tapi tak pergi2 pun register...dont worry k...enjoy je...kutip pengalaman...
    tQ singgah n komen dekat blog kite ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaaa @Cik Jelita jom masuk sama-sama.. banyak faedah yang dapat. Yang pasti elaun melambung (=

      Delete
  2. pergh..kita baca kita yg gementarnya..hahha
    em..bila dah terpaksa..relakan ja jiwa itu ya cik candy..
    nanti jatuh cinta punya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhahaaaa.. alkesahnya gimik semata-mata kan.. @Nana liena jom join sama-sama. Jom kawad!

      Delete
    2. kita kaki kaku la cik candy..hahahaha..
      mmg tak reti kawad

      Delete
  3. Replies
    1. Thanks @Fhatin Amelia. Harap2 semuanya lepaslah. Huhuuu tadi pun dgr diaorg penya penerangan. Makkk aikk macam semput. Kena cukupkan 240jam untk setahun T_T

      Delete
  4. amin aminnn. cik candy bolehh! go go ale ale aleee! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Huhuu @sayidah napisah jom join sama-sama. Boleh jumpa nnt bln 5 kat Kem Sungai Buluh. Kuikuikuiii

      Delete
  5. Kiri kanan kiri kanan kiri kanan...BERHENTI!! ahaksss tulah selalu dengar kalau kita berkawad.. Kenangan2 lama.
    Anyway, cik candy semuga sentiasa cekal dan tabah, semua ni anggap sebagai latihan jatidiri untuk menjadi seorang yang lebih berani menghadapi masa depan...kan cik candy berpewatakan kasar tapi hati baldu..tak gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhahahaaa.. Tang kiri kanan kiri tu ok lagi. Tapi bila disuruhnya buat formasi dan lari tu yang pancit @Jomsantaikejap Jss oittt.. Hancus terus stamina. Tapi apapun harap lepas laa semua nie (=

      Delete
  6. best nya masuk askar wataniah. saya masuk kadet remaja sekolah masa sek men tp masuk uni dah malas nak masuk camtu. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuuu jom join @Umi Nazrah. Kita merajinkan diri. Huhuuu katanya masa study pun boleh cari duit (=

      Delete
  7. haha saya kna pergi ke plkn tp skrang plkn dh xde so happy la..by the way , good luck ..

    #klik nuffnang #visit me on shukranzahari.blogspot.com ..happy blogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhahaaa untunglah tak kena PLKN. Tapikan, Cik Candy dulu pun tak kena juga PLKN. Hahaa kita geng lah @shukran TQ

      Delete