Selamat Tahun Baru Cina

February 18, 2015

Assalamualaikum..

Hai sayang. Olalalaaaa, suka hatilah nak menggedik panggil sayang. Kau apa kesah. Opsss boleh ke macan gitu? Okay, abaikan.

Cik Candy sebenarnya nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina untuk semua yang menyambut perayaan tersebut. Semoga perayaan tu disambut dengan meriah, namun tidak dilupakan mereka yang sedang dalam kesusuahan dan bersedih.

Sebenarnya Cik Candy pun bersedih. Kenapa? Hukhukk Cik Candy tak dapat balik kampung. Pihak IPT bagi cuti sekejap sangat. Empat hari je kowt, mana cukup Cik Candy nak balik kampung. Mak pun dah cakap awal-awal tak payah baliklah. Huhuuu bukan melarang sekadar menasihat je. Mak cakap buat sakit badan je duduk dalam bus 8jam. Betul juga apa yang mak cakapkan tu. Niat dihati ni sebenarnya memang nak balik tapi dah mak bagi nasihat macam gitu, Cik Candy pun mengiakan sajalah. Makanya untuk raya cina tahun nie Cik Candy akan menyambut di perantauanlah ye.

Cik Candy tak balik kampung bukanlah bermakna Cik candy akan terperap diasrama ye. Kuikuiiii, sebenarnya Cik candy dipelawa oleh seorang kawan supaya mengikut dia balik kampung. Hahaa kampung tade kampung sangatlah kan. Kawan Cik candy tu tinggal di Meru, Klang. InsyaAllah petang ni, sekejap lagi kami akan gerak balik ke Klang. Kawan-kawan doakan perjalanan kami dipermudahkan ye.

Nampaknya cuti raya cina empat hari nie Cik Candy akan menjadi penduduk Klanglah buat seketika. Huhuuu, dah lama tak jejak kaki ke Klang. Kali terakhir Cik candy jejak kaki ke Klang dalam 3tahun lepas kowt. Terlalu banyak kisah manis dan pahit Cik Candy yang terukir di Klang. Apapun semoga Cik Candy mampu bertahan hidup dalam kenangan. :p

Okaylah, rasanya dah panjang Cik Candy berceloteh. rasanya better Cik Candy stop dulu kowt. Hehee kejar masa nak bersiap, tunggu bus, naik ktm dan seangakatan dengannya kejap lagi. Doakan perjalanan Cik Candy dipermudahkan ye. Bye bye bye sayang. Jumpa lagi minggu depan ye. Tunggu Cik Candy habis cuti. Wassalam.



Take Note: I love u family. I miss u sayang. InsyaAllah pertengahan bulan tiga nanti ada cuti pertengahan semester selama dua minggu. Time tu Cik Candy akan balik kampung lepaskan kerinduan yang menggunung terhadap  family tersayang. Apapun Cik Candy doakan mak, ayah, abang dan adik-adik sentiasa sihat dan dirahmatiNya selalu. Semoga family Cik Candy dalam keadaan bahagia, gembira, ceria, kuat dan sentiasa positif dalam menghadapi kehidupan ni. (bila sebut pasal family mesti hati jadi sebak.*nanges)


You Might Also Like

8 ulasan

  1. Replies
    1. Thanks ye @At-Tarmizi (=
      Cuti dah habies..

      Delete
  2. selamat bercuti.. ha'ah. kejapnya cuti kan? cian cik candy xdpt balik.. apa2 pun take care.. selamat tahun baru cina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks @hidayah Suhailee.. (=
      Selamat tahun baru cina juga... tahun kambing katanya.

      Delete
  3. Selamat Tahun Baru Cina Cik Candy

    Cik Candy belajar kat mana ye? UKM ke? sebab saya baca Cik Candy pergi Klang naik KTM?

    Terima kasih sebab follow saya Cik Candy. Saya dah follow balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Candy study area sepang. Ambik bus ke Nilai. Dari Nilai baru naik KTM ke Klang (=

      Delete
  4. berhati2 g klang tu cik candy sayangg hehehe

    cik candy ditag sini http://memburucintamu.blogspot.com/2015/02/iphone-5s-giveaway-by-syafiqspecki.html :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks @sayidah napisah. Alhamdulillah Cik Candy dah selamat pegi dan selamat balik.. thanks tag me lalinkkk (=

      Delete

Like us on Facebook