Hapuskan kesedihanmu

April 27, 2015


1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya..

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nmpk jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya.

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian seblm bertemu kembali Hawa.

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal.

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat


Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...
Allah mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bilamana brrhadapan dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"... ALHAMDULILLAH UTK SEGALA2NYA YA RAHMAN.


You Might Also Like

24 ulasan

  1. Replies
    1. Betul tu Kak Nani.
      Semoga kita semua sentiasa di dlm lindunganNya

      Delete
  2. Replies
    1. Betul tu Bonde (=
      Belajar bersyukur dgn apa yg kita miliki.

      Delete
  3. Nice entry... Allah ada dgn kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Sis MF (=
      Semoga kita semua sentiasa mnegingatiNya dan bersyukur

      Delete
  4. semua perkara pasti ada hikmahnya kan cc =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong dayah. Heheheee

      kekadang kita xdpt terima apa yg dah berlaku tapi sbnarnya disebalik tu ada hikmah dan kebaikan utk diri kita sbnarnya.

      Delete
  5. semoga terhapus sgla kesedihan. insyallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheee Papaglamz (=
      Ambek tisu dan hapuskan kesedihan yang bermukim dihatimu. Bpositif dlm hidup

      Delete
  6. Replies
    1. Syukur alhamdulillah, semoga kita semua sentiasa beringat dan bersyukur. Kan Parih (=

      Delete
  7. semoga kesedihan ini dibawa pergi oleh tiupan angin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa. Amboi kak khaty bkn main lagi.
      Apa pun cc doakan segala kesedihan berlalu pergi dan diganti dgn kegembiraan dan kebahagiaan, Aamin.

      Delete
  8. Kita antara insan yg terpilih utk menerima dugaan...kita patut bangga sbb allah nak tgok kita mampu atau tidak menghadapi dugaan..xde kesedihan macam x lengkap rencah kehidupan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong, kak Su.
      Allah menguji hambaNya dgn ujian yang selayaknya untuk hamba-hambaNya. Berusaha, berdoa dan bertawakallah dlm menghadapi dugaan tu. InsyaAllah kita mampu

      Delete
  9. Replies
    1. Rintihlah dgn penuh kekusyukan.. Berserahkan diri kepadaNya. Ikhlas hati dlm menghadapi dugaan dariNya. InsyaAllah kita mampu.. (=

      Delete
  10. mereka lebih banyak dugaan berbanding kita. kita ni apa je dugaan dah merungut mengeluh. hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong Amy.
      Sebenarnya sesusah mana pun kita, ada lagi org yg paling susah. Bersyukurlah dgn apa yang kita ada.

      Delete
  11. Replies
    1. Thanks CN.
      Semoga serba sedikit bermanfaat untuk kita semua (=

      Delete
  12. rupanya ada yang lagi sedih kisah mereka dari kisah kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah Syira.
      Semoga sedikit sebanyak kita dapat ambil iktibar dan pengajaran.

      Delete

Like us on Facebook