Wednesday, April 1, 2015

Perbalahan Hudud yang dimardud terlupa Allah yang wujud


Saat aku berada di hudud..
..antara Darul Aman dan Langkasuka yang luput.
..di kota khamar dan pelacur sahut menyahut.
Aku terdengar orang berbalah hukum hudud..
..hukum dari langit yang sedang mardud
..tidak ia di hijjah oleh hukuma bersujud
..namun si gengsi yang bimbang kursinya tersudut
Aku jadi hairan yang teramat
Kenapa hukum itu digaduhkan sangat
..walhal semua yang hidup mahu selamat
..walhal hudud itu hukum penjahat
..walhal orang baik takkan disebat
Jika hudud itu menghukum penjahat
Kenapa orang baik tak mahu berpakat
Kenapa bertikam sampai lumat
..walhal kelmarin berpeluk rapat
Jika hudud itu tak ikut perlembagaan
Kenapa tidak ditukarkan jalan
Lembaga Negara kepada Tuhan
..yang tiada dapat digantikan
..dengan ayat yang memberi kebaikan
Apa yang rugi jika hudu berjalan?
Akan berperangkah Malaysia yang aman?
Jika hudud melanggar hak asasi
Hak siapa yang akan rugi?
Hak penjahat bolehkah diberi?
..seperti ku lihat di kota maksiat ini
Jika hudud itu tidak demokrasi
Memenjara itu semuakah mempersetujui?
Dan hukum Allah perlukan dikonsultasi?
..dengan yang tidak bersyahadah 2 kali?
..atau yang keliru mengaku mengerti?
Jika hudu belum difahami
Masuklah kampung pusing negeri
Berilah ceramah setiap hari
..dari subuh sampai dinihari
..seperti esoknya hendak mengundi
Tulislah kitab barang selori
Tampal poster sana sini
Edarlah risalah macam along dan ceti
..biar dimengerti penjahat dan pencuri
Jika infra hukum belum siap
Apa di tunggu sampai terlelap
Mengatur yang lain bukan main cekap
Mensistemkan perintah Ilahi kenapa lembab
Apa yang tak sedia tolong cakap!!
Biar di kerah si buta dan si gagap
Menggantikan kerja para strategis bercakap
Jika hudud itu menggencatkan pelaburan
Pelabur mana yang hendak di hududkan?
Pelabur yang menyamun perlukan dilayan?
..jika datang mengeksploit kekayaan..
dan pulang memusnahkan kedaraan
Hudud yang sempurna hanya pada Tuhan
Manusia menggubal mesti ada kelemahan
Jika mu pandai, buatlah pembetulan
Janganlah menyalak di segenap jalan
Mu bukanlah haiwan yang tiada fikiran
Hudud itu bukan untuk menyiksakan
Hukum al Wadud itu asasnya kasihan
Tujuan menyelamat si jahat dari siksaan
..siksa yang teramat di hari kemudian
..biarlah di sini di rasakan kesakitan
..supaya dia bersih bertemu Tuhan
Dan..
Kita semua pun haris berkasih-kasihan
Berunding dan berbincang cari kesefahaman
Dengan ilmu dan keikhlasan
Kerana..
Sekarang ini pun Allah memerhatikan..
..siapa yang ikhlas, siapa yang cari undian
Aku yang bingung ingin menyarankan..
Berbuatlah apa pun hanya untuk Allah
Kerana..
Hanya yang ikhlas..
..akan dikurniakan Hidayah Allah
..dan dilihatkan Nur di setiap jalan.



Take Note : Untaian kata diatas merupakan salah satu untaian kata yang diposkan oleh saudara mara Cik Candy dalan group ws 'Haji Embung & Ank Beranak". Group tersebut ditubuhkan bagi menghimpun dan mengeratkan lagi pertalian kekeluargaan kami, tak kira saudara jauh mahupun dekat. Untaian kata diatas diposkan dalam group tersebut bagi renungan kami bersama. Cik Candy mengambil kesempatan lalu menjadikannya sebuah entri disini. Niat dihati sekadar untuk berkongsi dengan para blogger. Ambillah mana yang baik sebagai renungan dan panduan kita. Dimana terlihat keburukannya, maka jauhilah dan dijadikan pedoman buat kita semua. Semoga ada ilmu yang bermanfaat yang dapat dikutip. Wassalam.

8 comments:

  1. fuhhh....!! bahasa tinggi ni CC..
    tak mampu nak hadam gitu je.. kena study lebih skit... hehehehehe..

    apapun, akak faham apa yg cuba disampaikan.. good post..!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuuu bahasa sindiran dalam diam dan pengajaran dalam nyata tu kak ain :p

      Delete
  2. Replies
    1. Heheee thanks abg wan.. Semoga sedikit sebanyak bermanfaat untuk kita..

      Delete
  3. perghh falsafah tinggi.. tak tercapai akalku..hahha.. :)

    ReplyDelete
  4. Kadang2 apa yg kita citer org tk faham kdg2 apa yg org citer kita tk faham..sbb tu laa kita kena baca baca bagi faham..thanks kc ats perkongsian ini..

    ReplyDelete