Perjalanan sebelum dipasang Nuffnang

February 06, 2015


Assalamualaikum..


Siapa ada pasang Nuffnang dalam blog? Apa imbuhan yang dapat? Apa fungsi Nuffnang?
Sebenarnya terlalu banyak benda yang nak Cik Candy tanyakan berkenaan dengan Nuffnang ni. Tapi pada siapa yang harus ditanya? Pada siapa harus Cik Candy jadikan rujukan?

Untuk pengetahuaan semua, sebenarnya Cik Candy dah lama blogging. Kalau tak silap dalam tahun 2010. Kebetulan waktu tu lecture (masa study diploma dulu) suruh Cik Candy dan rakas sekelas cipta satu blog dan buat entri dalam bahasa inggeris dekat dalam blog tu. Untuk subjek berkenaan, markah kami akan dinilai berdasarkan entri-entri yang kami buat. Ingat lagi, waktu tu Cik Candy masih lagi tak berapa nak celik IT, BI plak setakat cukup-cukup makan saja, dapat pulak lecture yang tegas. Omg! Omg! Omg!!! Hahahaa memang huru hara untuk satu semester. Tapi apa pun alhamdulillah, Cik Candy lulus untuk subjek berkenaan.

Bermula dari situ Cik Candy mula berjinak-jinak dalam blog. Menulis sekadar mengisi masa lapang. Menulis hanya ketika bersedih. Blog dijadikan platfom oleh Cik Candy untuk meluahkan segala rasa marah dan amarah. Ketika itu bagi Cik Candy, follower tak penting, blogwalking apatah lagi. Huhuuu menulis sekadar suka-suka. Cik Candy ada terpandang beberapa paparan iklan "blogging sambil buat duit", "buat duit secara online", "cara mudah dapatkan duit", dan bla bla bla blaaa.. Waktu tu, pernah juga terfikir nak cuba sertai tapi rasa takut seakan menebal. Maka Cik Candy ambil keputusan, blogging sajalah. Tak payah nak join semua benda-benda yang mengarut tu. Heheee.. dulu dianggap mengarut, sekarang mungkin boleh dijadikan salah satu punca rezeki kowt.

Setelah hampir lima tahun Cik Candy berblogging, maka untuk tahun ni Cik Candy cipta satu blog baru yang diberi nama Cik Candy Sour. Pada asalnya blog nie dicipta untuk dijadikan eksperimen tentang segala macam tutorial sebelum Cik Candy mengaplikasikannya ke dalam blog yang lagi satu (tekan sini). Tapi tak sangka plak, tiba-tiba blog ni dah pun menjadi salah satu daripada blog kesayangan Cik Candy sekarang ni.

Nak dipanjangkan cerita, petang tadi ketika Cik Candy tengah blogwalking, adalah ternampak banner Nuffnang dalam blog teman Cik Candy (jomsantaisekejap). Aishhh sekali imbas tengok, rasa macam berkenan pulak. Macam comel. Macam teringin pulak nak letak segala bagai banner dalam blog sendiri. Jadinya Cik Candy pun ambil keputusan untuk meletakkan juga banner Nuffnang tu dalam blog sendiri. Huhuuu, niatnya sekadar untuk suka-suka, tapi kalau ada rezeki apa salahnya dapat income lebih walaupun sedikit.

Cik Candy akui, waktu nak masukkan banner Nuffnang tu memang agak terkial-kial. Macam mana nak buat. Mana nak dapatkan banner tu. Celah mana nak cari dia punya coding. Hahaaa macam kelakar pun ada. Berpuluh-puluh kali Cik Candy ulang step yang sama. Rasa macam dah nak fead up tapi tetap juga teruskan. Punyalah semangat nak pasangkan juga banner Nuffnang tu. Ulang punya ulang, akhirnya siap juga. Menjadi! Menjadi juga usaha gigih dan jitu Cik Candy. Apapun semoga dengan kehadiran bannder Nuffnang tu, maka meriahlah sikit blog Cik Candy.

Rasanya dah berjela-jela Cik Candy punya cerita. Apa kata Cik Candy stop dulu setakat ni. Next time, Cik Candy share lagi ye. Dan untuk korang semua, sudi-sudikanlah jari jemari dan tetikus tu menekan Cik Candy punya banner Nuffnang ye. InsyaAllah selepas ni, kemana saja pergi, Cik Candy akan klik korang punya banner Nuffnang juga. Sekian. Wassalam

You Might Also Like

11 ulasan

  1. meh sy blanja klik2 malam niii hehehehe

    http://ijahoney.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Thanks @dyanzakhi. Done follow u back

      Delete
  3. hai cik candy ...salam kenal...nanti saya tolong click2 jugak ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks @Nett (=
      Salam kenal kenal kenalan ye... Huhuuu

      Delete
  4. Semoga murah rezeki cik candy dengan nuffnang. :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook