Latest Tweets

LightBlog

Breaking

Friday, March 6, 2015

Menangis dipagi hari


Assalamualaikum..

Morning uoll. Nampak tak tajuk kat atas ? Sebenarnya untuk pagi ni airmata Cik Candy menitis secara tak rela. Oich murahnya airmata ni pepagi dah keluar. Cik candy cuba menahan tapi tetap juga terkeluar. Sedih..sedihh..

Kenapa Cik Candy menangis ? Sebenarnya untuk pagi ni Cik Candy breakpest Nasi Lemak. Rasanya hari ni first time Cik candy breakpest Nasi Lemah dekat dewan makan asrama. Sebelum ni tak pernah pulak turun ke dewan makan kalau menu Nasi lemak, tapi untuk pagi ni tergerak hati pulak nak makan.

Nak dijadikan cerita, tadi Cik Candy senduk dia punya sambal punyalah banyak. Serius, memang tak terfikir pun pedas ke tidak. Hahaa main bedal aje. Nampak macam best sangat. Warna sambal tu merah pekat. Dah lah delat dalam tu ada bilis. Lagilah mengoda selera Cik Candy.

Usai membaca bismilah, Cik Candy pun memulakan suapan demi suapan, Okay, ada sedikit rasa manis, sebab tadi Cik Candy ada tambahkan kicap sedikit diatas sambal tu. Syok makan, punya makan, tetiba lidah terasa pedas. Syok tak syok manalah, baru dua suapan dah terasa kepedasan tu. Pedah! pedas! pedas kian terasa! tapi Cik Candy tetap teruskan suapan. Nak sangat makan Nasi Lemak kan padahal Cik Candy ni jenis tak tahan pedas orangnya.

Cik candy cuba bertahan, makan dan terus makan. Tapi baru lima suapan dah berhenti. Pedas terlampau sampai mengalir airmata, air pulak jangan ditanya banyak mana Cik candy tegukk. Huhuu alagik pedas sungguh Cik Candy ni. Cik Candy pandang kiri kanan, mereka leka mengunyah  macam langsung tak pedas.

Pedas. Gara-gara pedas, Cik candy menangis untuk pagi ni. Sehingga saat ni, kepedasan tu masih lagi terasa. Inilah bahananya, dah tahu lidah tak tahan dengan kepedasan tapi gatal nak makan pedas juga. kejap lagi ni, memang sah-sah Cik Candy akan berkejaran dengan tandas. Erkkkk... sampai tahap itu sekali ye tak tahan kepedasan Cik Candy. Okbye. Wassalam.


9 comments:

  1. Replies
    1. Huhuuu Suspen kan.. kn... tu laa pasal tibai tanpa usul periksa lagi :p

      Delete
  2. Cik Candy ni kan suka buat suspen hahaha. Meh mai melaka belajar makan pedaih hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuikuikuiii.. suspen takk :p
      Cik Candy perdah skali sampai melaka. Tapi tak sempat nak berjalan pusing2. InsyaAllah nnt Cik Candy datang sana pekena asam pedas ye :)

      Delete
  3. Tak tahan pedas ke CC? Rugi lah noo. Kampung Kak Sha buat masak lemak cili padi ikan keli, pehhh, pedas menyengat. Kaw kaw punya lah. Pehtu, meloncat-loncat masuk bilik air. Ekekeke ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak lemak tu mmg best kak.. Tapi kan, Cik Candy pun tak makan ikan keli laa.. kuikuiii tak reti nak makan :)
      Jom pekena keropok lekor dengan nasi dagang kak .

      Delete
  4. berasap la teling huhuu . kalau saya makan , asal ada nasi dengan ayam pon dah boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal, gatal nak ambek sambal lebih, kang dah berasap dipagi hari. :)

      Delete
  5. adoiiii ingat nya apa lah tadi cc oiiii hahah

    ReplyDelete

Adbox