Latest Tweets

LightBlog

Breaking

Monday, March 2, 2015

DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA



Assalamualaikum

Mereka yang suka belanja makan,
bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.
Mereka yang rajin bekerja,
bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.
Mereka yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan,
bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.
Mereka yang sukarela membantu anda,
bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat anda sebagai seorang sahabat.

Mereka yang selalu wassapp anda,

bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka mengingati anda.
Satu hari, kita semua akan terpisah,
kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...
Satu hari anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan
kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA."


Take Note : Buat sahabat, terima kasih kerana sentiasa ada disaat aku terjatuh. Terima kasih kerna selalu ada tatkala aku tersungkur. Terima kasih kerana ada disaat aku memerlukan teman untuk berbicara, memerlukan telinga sebagai pendengar, memerlukan bahu untuk bersandar dan memerlukan kata-kata nasihat untuk aku terus bangkit meneruskan hidup ini. Sahabat, hadirnya kamu membuatkan hidup aku lebih bermakna. Hari yang kita lewati seakan bertambah serinya. Setiap tempat yang kita pergi pasti ada tercipta kenangan. terlalu indah untuk diingat kembali. Bibir pasti tersenyum mengenangkan telatah setiap seorang diantara kita. Sahabat, aku impikan persahabatan yang berpanjangan dan berkekalan bersamamu. Mungkin kini kita jarang bersua. mungkin kini kita jarang berhubung. Mungkin kini kita seakan menyepi diantara satu sama lain. Namun aku percaya, jauh disudut hati kita ingatan diantara satu sama lain tidak pernah terpadam. Semoga persahabatan yang terbina diantara kita berlandaskan kejujuran, keikhlasan, dan kesetiaan. ikatlah ukhwan yang terjalin diantara kita seeratnya. Semoga kita akan terus bersahabat selamanya. (=

6 comments:

  1. atotototo. saya saya sayang cik candy jugak boleh ?:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuuu.. syg awok jugaklah cik @sayidah napisah. Muaah setepek ye. Ops (=

      Delete
  2. Tersentuh sangat bila cik candy recall semua momen indah seorang sahabat tu..
    Sekarang pun anak dah mula tanya bila dia nampak kawan-kawan mama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Bila diingatkan balik, walau apa pun berlaku dalam kepahitan tetap ada yang terindah bersama sahabat. Jauh mana pun jarak, sahabat tetapi dihati. (=

      Delete
  3. Tetiba saya rasa rindu kawan kawan saya :(

    ReplyDelete
  4. Sahabat2 beginilah yang lengkapkan fragmen hidup kita :)

    ReplyDelete

Adbox