Latest Tweets

LightBlog

Breaking

Saturday, March 14, 2015

Cara isteri uji kesetiaan suami

Assalamualaikum..


Seorang isteri, ingin menguji suaminya. Apakah tindakan suaminya andai dia meninggalkan suami tanpa apa-apa sebab begitu sahaja. Lalu si isteri menulis surai untuk si suami.

"Abang, saya dapat merasakan abang curang dan saya ingin keluar dari rumah ini. Selamat tinggal. Halalkan makan minum saya. Ampuni segala dosa saya."

Selepas menulis surat dan meletaknya dibirai katil, si isteri cepat-cepat menyorok di belakang almari di biliknya. Ingin mengintai reaksi suaminya membaca surat tersebut.

Tidak lama kemudian, suaminya pulang dan membaca surat tersebut. Namun setelah membaca surat tersebut, suaminya kelihatan begitu gembira, membalas suratnya dengan menulis sesuatu dibelakang kertas yang ditulis tadi. Bersiulan sambil mandi dan terus memakai baju serta wangi-wangian. Suaminya mendail dan bercakap dengan seseorang.

"Hey sayang, Akhirnya perempuan itu sedar bahawa aku curang terhadapnya. Bagus dia dah keluar dari ruamh ini kerana aku tak sepatutnya menikahi dia. Jom, kita berjuma ditempat biasa sekarang."

Lalu suaminya melangkah keluar dari biliknya dan terus keluar dengan keretanya. Setelah isterinya mendengar percakapannya itu, isterinya menangis dan tersangatlah sedih dan apabila suaminya keluar, dia keluar dari belakang almari dan melihat apa yang ditulis suaminya. lalu ia membaca.

"Aku nampak kaki kau, bongok. Aku keluar sekejap, beli roti."

Take note : Siapakah yang menguji dan siapakah yang teruji dalam ujian ni sebenarnya -_-"


12 comments:

  1. Replies
    1. Bhahahaaa tu lah pasal. Sentap pulak ati wife dia

      Delete
  2. Kena fikir mendalam ni soalan yang last tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon difikir-fikirkan Kak Sha. Hahaaa

      Delete
  3. UHUK .. MEMULA BACE TU .. DLAM HATI . KEJAMNYE SUAMI .. TP BILA DA BACE ABIS .. ALAHAI .. TORKONO .. XMAU BUAT ACAMTU KAT SUAMI .. TAKUT . HAHAHA

    ReplyDelete
  4. hahahaha...kesian si bininya kena troll :D

    ReplyDelete
  5. lawak pon ade.. kesian kat bini pon ade..
    ekeke

    ReplyDelete
  6. sampai hati panggil wife macam tu kan..huhu..

    ReplyDelete
  7. gurau kasarnya.... huhu xsnggup daku >,<

    ReplyDelete

Adbox