Sunday, March 1, 2015

Rindu kembali lagi.


Waktu mula kita berpadu kasih
Disuatu senja diawal Aidilfiti
Wajahmu menawan, mencuri hatiku
Dan kau berjanji untuk hidup bersamaku
Dan aku bersumpah untuk akan setia bersamamu

Namun kini apa yang telah terjadi
Yang tinggal nisan usang dipusaramu
Tertulis namamu dik dan tarikh pergimu
Hancur punah harapan untuk samamu

Alunan takbir di Aidilfitri
Menyusup dan menhempas jiwa ragaku
Ku rindu belaian cintamu oh kasih
Tak mungkin itu berulang kembali

Tinggal kini hidupku menyendiri
Merintis dunia gersang yang tak berakhir
Terbayang wajahmu dik seolah kembali
Seiringan alunan takbir di awal Aidilfitri

Kata orang kenangan lalu tak akan mungkin berulang kembali. Kata orang perkara yang lepas jangan dikenang. Kata orang kita hidup untuk masa depan. Kata orang buang yang keruh ambil yang jernih. Kata orang memang sesenang berkata-kata. Tapi kita yang meghadapinya tak semudah yang dikata. Hakikat dan kenyataan hidup yang harus diterima tak semudah itu.

Untuk pagi ni, walaupun masih dalam mood cuti tapi awal pagi Cik Candy dah terbangun Terjaga dari tidur sebab termimpikan seseorang. Mimpikan seseorang yang dah lama pergi meninggalkan dunia fana ni. Apa maksud mimpi itu. Kata orang mimpi itu mainan tidur. Kata orang bila kita tidur tanpa basuh kaki maka itulah jadinya. Kata orang mungkin disebabkan kita terlalu merindui sebab tu sampai terbawa dalam tidur. Boleh percaya ke dengan kata-kata orang tu? 

Cik Candy rindu dia. Tanpa sedar terasa cepatnya masa berlalu. Dua bulan dari sekarang genaplah dua tahun dia pergi meninggalkan Cik Candy. Pergilah kasih, pergilah sayang dan yang tinggal hanya kenangan. Hampir dua tahun dah berlaku tapi semuanya masih jelas dan nyata dalam ingatan Cik Candy. Dia hadir dalam hidup Cik Candy secara tak sengaja. Dialah yang banyak memberi kata-kata semangat dan dorongan. Dialah penasihat terbaik yang Cik Candy miliki. Dialah insan yang selalu menahan segala amarah Cik Candy. Dialah tempat untuk Cik Candy berkongsi cerita. Dialah yang Cik Candy sayang selepas family. Bersama dia, Cik Candy mampu menjadi diri sendiri. Senyum, ketawa, gelak tawa, usik mengusik menjadi sajian kami seharian. Rindu dia!

Tapi tanpa diduga dia pergi meninggalkan Cik Candy dengan tiba-tiba. Perpisahan yang berlaku payah untuk diterima. Dia terlantar tak berdaya selama hampir sebulan di ICU. Hospital bagaikan rumah kedua untuk Cik Candy saat tu. Melihat wayar yang berselirat membuatkan airmata ni menitis. Melihat sebahagian angota badan dia berbalut meruntuh tangkai hati Cik Candy. Sungguh untuk saat tu Cik Candy tak kuat tapi harus dikuatkan juga diri ini. Kalau boleh setiap saat nak berada disisi dia, bacakan Yassin untuk dia dan bagi kata-kata semangat pada dia. Nak sangat dia buka mata saat tu. Tapi harapan seakan-akan tipis. Doktor pun cakap, meeka dah berusaha sehabis baik. Tawakal dan berserah saja kepada Allah. Rela dan lepaskan dia pergi dengan tenang kalau itu yang terbaik untuk dia dan kami semua. Cik Candy yang dengan pun dah sendu, keluarga dia apatah lagi.

Sebulan hampir berlalu, akhirnya dia pergi jua. Perginya membawa seluruh kebahagiaan dan kegembiraan Cik Candy. Terasa macam mimpi. Baru semalam kami bersama. Baru semalam kami bergaduh manja. Baru semalam kami berdating. Baru semalam dia mengajar Cik Candy settlekan matematik tiba-tiba hari ni Cik Candy dikhabarkan berita kepergian dia. Hati mana yang tak sedih bila kehilangan orang yang dia sayang. Jiwa mana yang mampu menahan tangisan bila melihat orang yang dia sayang diusung pergi. Cik Candy rindu dia!

Bila rindu bertamu kembali, mesti Cik Candy akan dengar lagu yang kat atas tu. Lirik lagu tu seakan tepat mengena kowt. Huhuu dulu-dulu dia pernah dedikasikan lagu tu untuk Cik Candy kat radio Suria. Fm dalam segmen #SuriaCinta. Ingat lagi, katanya yang hidup pasti akan mati. Kita tahu tarikh lahir kita tapi kita tak tahu tarikh mati kita. 

Alhamdulillah semakin hari, hati ni semakin dapat terima kepergian dia. Walaupun payah namun Cik Candy merelakannya. Apapun jadi dia tetap yang terindah pernah hadir dalam kehidupan Cik Candy. InsyaAllah selagi hayat dikandung badan, ukhwah Cik Candy dan family dia takkan terputus. Hampir dua tahun dah berlalu. Maknanya Hampir dua tahun juga Cik Candy hidup bergerakbebas. Huhuuu rasanya sendiri lebih baik dari berdua kowt. Hati ni seakan tertutup sejak kepergian dia. Tapi untuk baru-baru nie, rasanya hati Cik Candy dah kembali nak berseri. Huhuuu 'my crush' in my class. Alaa tak mengharap lebih pun. Ada jodoh tak kemana. Tade jodoh, kawan aje lah sampai bila-bila. Kan.

Apa pun jadi, Cik Candy bersyukur sebab pernah dipertemukan dia. Seorang insan yang terlalu sabar dan tenang dalam menangani peel Cik Candy. Seorang insan yang sentiasa utamakan keluarga dalam membuat sesuatu perkara. bertemu dan berkenalan dengan dia, membuatkan Cik Candy banyak belajar sesuatu yang baru. Tak pernah jemu dia memberikan nasihat untuk Cik Candy sepanjang Cik Candy mengenalinya. InsyaAllah segala nasihatnya akan Cik Candy ingat. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Alfatihah




5 comments:

  1. sedekah al fatihah dekat dia. mungkin dia 'hadir' dlm mimpi sbb nk mintak doa dari kita, supaya tak lupa dia :)

    takziah ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah dia sentiasa diingati dalam setiap doa. Semoga dia tenang disana.

      Delete
  2. boleh tahu siapakah insan yg baik tersebut cik candy? :')

    sedekahkan al-fatihah.moga dia tenang di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuu dialah insan yang banyak menolong Cik Candy kenal erti hidup sebelum ni. Dialah bakal tunang Cik candy, tapi syg Allah lebih menyayangi dia. T_T
      Apapun semoga dia tenang disana.

      Delete
  3. Sedihnya baca ni.
    Taktau nak kata ape. Takut tambah kesedihan.

    ReplyDelete