Pertolongan cemas

February 28, 2015

Assalamualaikum

Korang tahu tak apa itu pertolongan cemas? Tahu tak apa fungsi pertolongan cemas? tahu tak macam mana nak melakukan pertolongan cemas? tahu tak apa kebaikannya petolongan cemas? pada yang tahu tu, baguslah. Pada yang tak tahu, jom baca apa yang Cik Candy nak kongsi ni. Ini adalah salah satu silibus yang perlu Cik Candy pelajari untuk semester ni. Harap dapatlah membantu kesedaran korang serba sedikit ya.

Maksud Pertolongan Cemas

  • Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna


Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas

  • membantu menyelamatkan nyawa mangsa
  • mengelakkan mangsa dai kecederaan yang lebih teruk
  • membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa

Sifat-sifat pemberi Pertolongan Cemas yang baik
  • mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri didalam mengendalikan kes-kes kecemasan
  • pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian atau sekelilingnya
  • tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes
  • mempunya sifat bertimbang rasa kepada mangsa.
  • tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberikan keutamaan rawatan mangsa
  • bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan si mangsa.


Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas

  • menyelamatkan mangsa secara pernafasan CPR jika pernafasan mangsa terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan
  • membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan kuman
  • memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak
  • elakkan mangsa dari mengalami renjatan
  • memberi semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang
  • atur bantuan agar mangsa memdapat rawatan perubatan




Dah baca dan fahamkan. Jadi lepas ni, bolehlah korang bantu apa yang patut sekiranya keadaan memerlukan ya. Hulurkan tangan, ringankan beban mangsa. Kalau tak dapat nak bantu banyak pun, cukuplah dengan membei kata-kata semangat. Okbye! Wassalam.

You Might Also Like

1 ulasan

  1. pernah belajar.. :) dan jadi nurse dekat sklh time merentas desa. (padahal takda pesakit datang kat yaya) hahaha

    ReplyDelete

Like us on Facebook