Monday, February 16, 2015

Pagi yang happy!


Assalamualaikum..

Jadikan siangku lebih indah, jadikan malamku lebih romantik. Eh, boleh ke macam gitu?? Bhahahaaa, ok abaikan. (nampak tak Cik Candy punya mood happy pagi ni)

Sebenarnya untuk pagi ni sama seperti pagi-pagi yang sudah. Cik Candy suka berblogging pagi hari disebabkan internet yang laju dan mengisi masa yang terlebih sebelum bersiap pergi kelas. Selalunya pada hari isnin, mood Cik Candy tak berapa nak stabil. Malas nak pergi kelas setelah dua hari bercuti. (cuti hujung minggulah). Tapi untuk hari ni mood happy meluap melampau over pulak dah. Kenapa?

Alkesahnya tadi Cik Candy ada blogwalking ke blog Cik sayidah napisah bagi melihat ragam dan kerenah jawapan yang beliau berikan setelah beliau di tag oleh Cik Candy dalam acara Liebster Award. (acara ke? *abaikan). Maka dengan senang hati Cik Candylah beliau punya jawapan. Hahaaa mahu tergelak kowt dengan jawapan-jawapan yang diberikan. Kreatif dan inovatif habaq hang!

Lepas tu Cik Candy pun kliklah beliau punya Nuffnang, maka pergilah ke new tab dan tunggu sampai habis loading. Korang tahu apa yang Cik Candy nampak? Heheheee, Cik Candy punya earnings dah meningkatlah weh. Hari tu Cik Candy punya RM0.15 je. Mungkin bagi sesetengah orang malu untuk share benda ni, tapi bagi Cik Candy apa yang nak dimalukan. Mungkin ada yang pernah mengalaminya. Kan?. Untuk pagi ni, earnings Cik Candy telah meningkat menjadi RM0.90. Okaylah tu, kira banyaklah juga daripada tade peningkatankan.

Semangat. Semakin semangat Cik Candy nak berblogging sambil klik klik. Sesetengah orang cakap menghasilkan duit lebih. Cik Candy pun mengakui semua tu ada betulnya. Cik Candy sekarang pun dalam proses untuk mendalami dengan lebih mendalam ilmu berblogging mampu menjana pendapatan secara lebih serius. Setidak-tidaknya, dapatlah juga Cik Candy mencari duit poket untuk beli segala bagai buku-buku studykan.

Oklah rasanya dah panjang Cik Candy berceloteh. Sebelum Cik Candy terus merapu-rapu, better stop setakat ni. Selamat pagi blogger. Selamat berblogging ye. Wassalam.



6 comments:

  1. haha, betul.. memang susah jugak nak earn money dari Mr. nuffnang, tambah-tambah masa blog tengah dalam usaha nak menaik ni.. memang payah.. Zue pun sama.. Dari tahun 2012 join Nuffnang, sekarang baru ada RM19.40 kot.. tapi takpe.. ni untuk tabungan.. hehe, goodluck cik candy, btw Zue dah jawab soalan for Liebster Award, tunggu masa yang sesuai je nak publish, saja nak buat saspen sikit.. hehe ^_^v

    ReplyDelete
  2. hai cik candy..dulu2 wat blog bodoh2 saja tulis. tapi betollah, blogging ni blh buat duit. kite pon dah terjebak. hehe. btw, happy monday too! mggu ni keje semangat siket sbb keje 2 hari 1/2 je. kihkihkih :)

    ReplyDelete
  3. uhuk uhukkk patutlah tersedak je pagi tadi huahuaaa. amboi amboiii sukanya dia~ tahniah le dah meningkat. saya 0.00 sen lagii hehe. baru buat nuffnang kate ko :p

    ReplyDelete
  4. Terbaikk.. Sikit2 lame2 jadi bukit..

    ReplyDelete
  5. Jangan malas2 pegi kelas :)
    Internet laju memang impian setiap blogger.

    ReplyDelete