Latest Tweets

LightBlog

Breaking

Monday, February 23, 2015

Sakit pulak hati kita!


Assalamualaikum..

Hai lalinkk.. krikk krikkk terasa mengedik disitu. Hahaa peduli apa Cik Candy. Ini blog Cik candy yang punya. Awak tade share dlm nie tau. Olalalalaaaa (= *merapu dah nie!

Uoll kenapa tak tidur lagi? Esok tak start kerja lagi ke? Esok tak start kelas lagi ke? Ouh uoll masih bercuti lagi erk. Ok fine, Cik Candy terasa jelous menggunung. Untunglah siapa-siapa yang dapat cuti lama. Hahaaa bolehlah kumpul ampau banyak-banyak. Makan limau sampai tak ingat dunia. Ye dop? Okaylah untuk malam ni Cik Candy saja gedik berentri, padahal dah lewat malam kowt.

Cik Candy sebenarnya nak meluahkan something. Sorry dan maaf andai ada sesiapa yang terasa. Cik Candy just meluahkan apa yang dirasa. Kalau ikutkan hati, Cik Candy memang suka blogwalking. Cik Candy memang suka terjah ke blog-blog yang lain. Cik Candy memang suka menyemak dalam blog orang lain. Tapi ada satu yang Cik Candy tak suka! *tetiba emo plak*

Cik Candy tak suka bila blog yang diterjah tu berat terlampau! Hampir berjanggut nak tunggu loading tu settel. Mak aikk macam suku hilang Cik Candy punya mood. Sakit hati pun ada. *dalam hati sumpah sesumpah blog tu. Padam muka. Hahahaaa!* Sabar aje lah. Ambik masa yang lama untuk masuk tu dah satu hal. Lepas tu dia punya style blog tu punyalah canggih. Tercengang kejap Cik Candy. Mana disembunyi button 'Follow'. Mana disorok 'Chatbox'. Mana dibuangnya 'kotak komen'. Sabar aje lah. Sasau juga nak mencari weh!

Pastu kan untuk sesetengah blogger yang anjurkan 'Segmen' atau 'Giveaway'. Apa salahnya kalau korang punya Copy And Paste tu diopenkan untuk seketika. Nanti dah habis korang punya peraduan tu, gunalah balik. Tau tak susah untuk kami para peserta nak blogwalking ke blog-blog blogger yang lain, yang ikut serta. *korang faham tak apa yang cuba nak disampaikan ni? Cik Candy tak reti nak explin lol*

Dalam dunia blog ni, macam-macam benda yang Cik Candy jumpa. Macam-macam kerenah yang Cik Candy temu. Ada yang positif, ada yang negatif. Ada blogger yang ramah, ada blogger yang kejar follower semata-mata. Cik Candy harap tade lah permusuhan dan persengketaan ye. Untuk Cik Candy, mana yang baik akan diikuti dan mana yang buruk akan cuba dijauhi.

Cik Candy pun bukanlah sempurna walaupun cuba untuk jadi sempurna. Lagipun Cik Candy ni masih lagi bertatih dan belajar untuk jadi seorang blogger yang lebih baik walaupun tak dapat jadi yang terbaik. Apa pun Cik Candy harap dari masa ke semasa dan untuk masa akan datang, Cik Candy mampu untuk lebih matang dalam berblogging dan menghadapi hidup nie. Night. Muuuah sikit! Okbye. Wassalam (=




7 comments:

  1. Part sorok kotak komen dah pernah jumpa. Yg tak boleh copy-and-paste pun dah jumpe. Errrr. Byk jugak sebenarnya. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bnyak sbnrnya @Nurul Shahira tapi tak mampu nak diperkatakan. Biasalah laen org, laen cita rasakan. (=
      Morning lalinkkk..

      Delete
  2. wah wahh marahnya dia haha. lek lek cik candy. yang part canggih tu sy setuju :p lagi satu cursor kecik sgtt smpi tak nmpk hehehe.

    btw, saya punya blog berat ke tak cik candy? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kn2. dia punya cursor tu mmg kecik yg amat sabor jep lh -_-"
      huhuuu @sayidah napisah punye ringan jep. xperlu nk tunggu loding lame-lame. (=

      Delete
  3. Hai... Marah lagi ke? Cikla singgah sini

    ReplyDelete

Adbox