Sunday, February 22, 2015

Oich Cuti dah habis!!!

Assalamualaikum..

Cakk! Cakkk! Hurmmm lesu semacam terasa hari ni. Memang lesu pun. Sampai je hostel, kumpul baju kotor sampai menggunung satu balidi, konon nak cuci pakai mesin basuh sekali mesin basuh rosakkk!! Bukan sekali tapi rasanya dah berkali-kali. Setiap kali Cik Candy nak guna mesti rosak. Tapi bila budak-budak lain nak guna, Cik candy tengok elok memanjang mesin basuh tue. Hampeh! Penat, berhabis tenaga tapi jimat RM2.50. Hahaaa.. Ok full stop.

Sebenarnya untuk hari nie, Cik Candy macam tade hati pun nak balik hostel. Entah! tak tahu. Rasa macam blur semacam petang ni. Nak dijadikan cerita, sampai je hostel tadi Cik Candy terus cuci baju-baju kotor. Lepas semua dah settle berjemur dekat ampaian, Cik candy masuk bilik terus on lappy dan buka blog. Hehee nampak tak bertapa Cik Candy rindukan blog ni. Kuikuikuiii..

Perkara pertama yang Cik Candy buat adalah, tengok chat-chat yang ditinggalkan si pengunjung yang pernah berkunjung ke blog Cik Candy. Lepas tu Cik Candy buka di bahagian ulasan untuk melihat komen-komen yang ditinggalkan oleh para blogger. Alhamdulillah, sepanjang ketiadaan Cik Candy, blog ni tetap meriah dengan kedatangan pengunjung. Huhuuu, thanks uall yang sudi berkunjung. Muaah sikit!

Cik Candy ada ushar segmen dan kontes yang terbaru. Nampaknya ramai juga blogger yang buat segmen dan kontes ye. Huhuuu niat di hati memang nak join sama. Tapi time ni terasa malas dan sangat malas lagi nak join. Huhuu malas nak tag-tag, malas nak blacklink, malas nak tunggu loading. Maaf ye, sifat malas sedang menguasai ni. InsyaAllah malam nanti Cik Candy join ye.

Apapun, untuk cuti raya cina tahun ni memang tersangatlah hambar. Hurmmm hambar yang sukar ditafsirkan. Rasa seperti ada sesuatu yang tak dapat dilepaskan walaupun nak dilepaskan. Korang mesti tak fahamkan apa yang Cik Candy maksudkan. Huh! Cik Candy sendiri pun tak faham. Apa pun thanks kat kawan Cik Candy. Dia yang bersusah payah dan menceriakan hari-hari cuti Cik Candy di perantauan nie. Okbye. Wassalam.



4 comments:

  1. ya betul esok pun bah balik mengajar

    ReplyDelete
  2. sama la....esok dah start keje (T T)...nak cuti lg...kehkeh

    ReplyDelete
  3. Sama la kita, malas je nk balik tmpt merantau lepas cuti lama. -_-

    ReplyDelete