Mereka bercerita tanpa tahu cerita

February 05, 2015

Assalamualaikum..


Waktu macam nie Cik Candy masih sempat berblogging. Ops! berblogging sekadar untuk meluahkan apa yang terisi dihati ni. Nak dipendam takut makan diri. Nak ditahan bimbang nanti mereput. Nak diabaikan, terasa macam semakin panas cuping telinga. Jadi untuk mengelakkan segala kesan-kesan negetif yang difikirkan itu, maka biarlah Cik Candy luahkannya disini. 

Korang semua pernah tinggal di asrama tak ? Cik Candy percaya ada diantara kita yang memang pernah tinggal di asrama. Dan ada juga diantara kita yang langsung tidak pernag tinggal di asrama. Ok, abaikan mereka yang tidak pernah tinggal di asrama. Di sini, ingin Cik Candy luahkan tentang sedikit rasa terkilan. Bagi sesiapa yang pernah dan sedang tinggal diasrama semestinya tahu akan lumrah dan dilema yang dialami kowt. 

Bagi Cik Candy, kita tinggal di asrama secara berramai-ramai, bukannya keseorangan. Jadi kenapa mesti ada sikap pentingkan diri sendiri? Di asrama, kita semua bagaikan adik beradik. Yang tua dianggap kakak dan yang muda dianggap adik. Di sini kita memerlukan diantara satu sama lain. Mana yang susah ditolong dan mana yang senang, bersamalah kita kongsi. Tapi kenapa perlu diwujudkan sikap iri hati? Kenapa perlu ada sikap sombong? Kenapa perlu ada hasad dengki? Oichhh, terasa macam darah menyirap naik ke kepala pulak!

Rasanya hidup Cik Candy di asrama, hanya dalam dunia Cik Candy sendiri. Cik Candy tak ganggu hak dan privasi orang lain. Cik Candy tak ada menyombong kowt (Memanjang aku senyum bila jumpa orang). Nak mengutuk, mengata dan bergosip tentang orang lain? Oich itu bukan cara Cik Candy. Tapi kenapa mesti ada yang mengganggu hak dan ketenangan Cik Candy!!

Perlu ke mereka berdengki terhadap Cik Candy? Rasanya Cik Candy kot yang patut jelous terhadap mereka. Kenapa? Yalah, mereka dalam satu kelas ramai perempuan. Bila ke mana selalu bersama. Apa saja yang dibuat mesti berteman. Bergelak ketawa dalam kelas sama-sama, boleh bertepuk tampar sesuka hati, boleh bergosip sama-sama tapi Cik Candy sebaliknya. Dalam kelas, Cik Candy seorang saja perempuan. Mana pergi selalu keseorangan, memanglah pelajar-pelajar lain ada tapi mereka lelaki. Jadi tingkah laku dan tindak tanduk Cik Candy seakan terbatas. Memang mereka take care Cik Candy, mereka jaga kebajikan Cik Candy tapi mereka kadang kala tidak memahami apa yang ada dalam hati Cik Candy. Cik Candy tahu, kebanyakan pelajar asrama perempuan seakan-akan tidak puas hati tengok Cik Candy memanjang bergelak ketawa dengan pelajar lelaki kelas Cik Candy. Tapi kenapa? Salah ke Cik Candy rapat dengan budak-budak kelas Cik Candy? Jelous melihat keakraban kami ke? kami dah seperti adik-beradik kowt. Sama-sama susah dan senang, saling bantu-membantu. Jadi perlu ke sampai mereka mengutuk dan mengata kami?

Entahlah, time ni terasa macam sedih pulak. Tadi tiba-tiba terdengar ada suara sumbang yang kedengaran. Cik Candy tahu, hidup di asrama ni, banyak dugaannya. Bukan senang untuk kita puaskan hati orang lain. Bukan senang untuk kita menutup mulut orang lain. Jadi Cik Candy mengambil sikap untuk diamkan saja. Apa mereka nak kata, katakan saja. Apa mereka nak cakap, teruskan bercakap. Yang penting Cik Candy tahu apa itu kebenaran. Apapun alhamdulillah dan thanks pada budak-budak kelas dan kawan2 rapat Cik Candy di asrama. Mereka ada tatkala Cik Candy memerlukan bahu untuk bersandar. Mereka meminjamkan telinga disaat Cik Candy ingin meluahkan rasa hati. Terima kasih dan syukur yang tah terhingga, kerana Cik Candy punyai sahabat yang memahami Cik Candy. Wassalam.

You Might Also Like

7 ulasan

  1. tetiba rasa nak klik je post cik candy ni...
    saya tinggal di asrama sejak umur 13 tahun aka form 1 lagi...
    ye... macam2 perangai ada... yang baik dan yang buruk and to be honest I did join both group....
    kadang2 tersisih dan kadang terlebih kasih...
    sikap iri hati/buruk sangka/pentingkan diri sendiri and all those negative behaviour ni ada kat mana2... bukan kat asrama je...

    pesan saya... be yourself and just go with the flow...
    yang baik tu kita jadikan sebagai panduan and yang buruk tu jadikan sempadan.... :

    ps: sekali sekala luahkan kat blog pun okay.... boleh kongsi2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks @fariza rahman. InsyaAllah, Cik Candy akan terus jadi diri sendiri. Huhuuu

      Delete
  2. Sebenarnya, manusia semacam itu, ada kat mana-mana pun, jenis yang ada jer tak kena. Apa pun, bersabar yer. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks @Haffizul Iskandar. Apapun semoga mereka sedar dan insaf :)

      Delete
  3. Cik Candy, itu perkara normal kalau duduk di asrama even sy pun stay dekat asrama dari form 1. Biasalah adat orang berdengki. Chill ok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhahaaaa Cik Candy sentiasa chill :p
      @Nadiya (=

      Delete

Like us on Facebook