Latest Tweets

LightBlog

Breaking

Thursday, March 26, 2015

Tip mengelakkan anak-anak ketagih gajet


1. Jangan beli tab, Ipad ke apa-apa sajalah untuk anak-anak. Selagi tiada kepentingan guna, usahlah beli. Tidak perlu kenalkan mereka dengan laptop dan komputer di awal usia. Apatah lagi game di internet. Tambah-tambah, bermacam iklan yang tak baik ada di internet.

2. Sejak dari dalam perut, sampai keluar perut ibu, parents kena suka baca Al-Quran. Bukan anak yang baca. Tapi, mak ayah yang duk selalu baca depan anak-anak. Mak ayah baca, anak ikut. Ramai anak belajar meniru melalui apa yang mereka dengar walaupun tak reti membaca.

3. Kalau ayah gamer, jangan duk main game depan anak-anak. Seriously kena faham, Allah sebut demi masa, manusia itu dalam kerugian kecuali yang beramal soleh. Kalau main game sampai dua tiga jam, sampai lewat pagi, macam tak ok je. Kena lebih matanglah, dah kawin kan.

4. Bawa anak-anak walaupun masih kecil ke majlis ilmu. Ajar mereka pakai pakaian sunnah tutup aurat di awal usia lagi. Bila ayah ibu cinta ilmu, anak-anak pun jadi ikut sama. Insya-Allah.

5. Bawa anak-anak ke taman permainan untuk beriadah. Atau main saja depan rumah dengan anak-anak. Jangan biarkan anak jadi anti-sosial dengan tab di tangan. Ajarkan anak-anak ikut solat walaupun solat sunat.

6. Ajari anak-anak berzikir yang mudah-mudah. Ayah start, ibu sambung, anak ikut. Sebagaimana ada sebuah keluarga ulama ini, tidak membiarkan anak-anak mereka diam mulut tanpa zikir kerana dibimbangi mulut itu 'mati' tanpa mengingati Allah.

7. Hadkan penggunaan televisyen. Jangan dibiarkan saja anak-anak menonton kartun pagi, petang, dan malam. Kartun dikatakan merangsang minda kanak-kanak, tapi jika terlalu berlebihan, tak elok juga.

8. Wajibkan setiap hari baca Al-Quran. Pesankan pada anak-anak, kewajipan ini ayah ibu amanahkan sampai ke akhir hayat. Baca setiap hari. Bukan setakat di sekolah rendah saja, kemudian berhenti di peringkat seterusnya.

9. Tanamkan dalam jiwa anak-anak, sifat zuhud dan tidak bermewah-mewah. Terus-terang pada anak-anak, 'keluarga kita orang susah'. Fahamkan anak-anak, jangan terpengaruh dengan anak-anak orang kaya lain yang suka menunjuk-nunjuk cara hidup mewah mereka. Syukuri apa yang kita ada.

10. Kenalkan mereka dengan buku-buku ilmiah. Jauhkan mereka dari baca buku kisah-kisah dongeng seperti Cinderella dan lain-lain. Berikan mereka buku-buku ringkas sirah Nabi s.a.w. Ada banyak di pasaran. Bacakan pada mereka sehingga mereka minat. Ambil sedikit masa 10 minit sebelum tidur sebagai contoh cerita tentang Nabi s.a.w.




12 comments:

  1. Replies
    1. Hahaaa selamat berpraktis ye abg wan (:

      Delete
  2. hehehehhee.. bagus tips2 ni walaupun mcm susah je nak buat.... grgrgrgrgr... tapi paling penting, ia bermula dari mak ayah tu sendiri lah kan... bila dengan anak2, tinggalkan la social media tu sementara...... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee.. sekadar perkongsian bersama kak..

      Delete
  3. Nampak senang tapi bukan senang nak mempraktikkannya.. tambah dunia sekeliling tidak kira sesiapa sentiasa ada hp. Jadi kalau ibubapa dapat mengajar dan menjauhkan anak2 dari gajet2 tersebut, macam mana pulak bila dia menghadapi dugaan2 daripada dunia luar daripada keluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah pasal... cakap memang senang tapi nak buat tu yang payah.. Tapi apa pun, pokok pangkalnya bermula dari ibubapa tu sendiri..

      Delete
  4. zaman skrg yg lela paling tak setuju. ank umur 3 tahun dah pandai main ipad, walaupon tengok bnde yg berkaitan dgn pelajaran tapi bagi lela bnyak lagi care untuk belajar .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong leyla... Zaman cc dulu semua benda kena belek buku.. tapu sekarang semua benda di hujung Jari.. Bagi cc banyak keburukan dari kebaikan zaman it skrg

      Delete
  5. tips yang bagus.. zaman sekarang semua belaka gadet.. bagus kak

    Jom Vote blog acik bagi msmw

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuuu.. thanks acik..
      InsyaAllah Cc vote acik..

      Delete
  6. Replies
    1. Huhuuu thanks ye.. mana yang baik tu kita sama2lah jadikan pedoman...

      Delete

Adbox