Monday, March 16, 2015

Wajib baca untuk penggemar kedai mamakkkkkk..!!!

Hati-hati minum di kedai bro!

Lebih kurang seminggu yang lalu..STRESS KERJA.. Bila otak dah berdengung, apa lagi, kedai mamak 24jam lah tempat yang dituju. Hmmm.. keluar ke tempat lain pula lah. Tapi ke mana? Kedai mamak kat sini memang bersepah tapi ke mana hala yang paling dekat dan cepat. Bukan nak makan sangat pun. Cuma nak minum aje. Dapat tea tarik halia kaw pun dah sedap. Tiba-tiba teringat satu kedai yang seorang kawan cadangkan dah bertahun dulu. Baik.. Boleh cuba di situ. Lebih kurang 10 minit aje pun.. kalau memandu.

Samapi kat kedai dah pukul 12:30 tengah malam. Punyalah ramai manusia. Hampir kesemua tempat penuh. Hmmm.. Diaorang ni tak reti nak tidur ke? Esok tak kerja kot? Duduk dan order. Mak aikkk.. minah yang ambil order ni.. mukanya.. manis lagi cuka. comel tu bolehlah tahan juga. Bak kata orang sebagai penyeri kedai tapi kalau muka kelat dan ketat, pergi mana pun tak berseri.

Sementara menunggu minuman, mata mula meliar memerhati sekeliling kedaii. Entah mengapa tiba-tiba terlihat ada sebijik botol kecil diselitkan di siling penjuru pintu masuk kedai. hati dah mula resah. Mulalah menggaru kepala yang tak gatal. Kepala didongokkan lagi. Di penjuru satu lagi, terlihat lembaga perempuan, berjubah hitam tengah bertenggek di atas alang. Matanya tajam memerhatikan setiap pelanggan yang datang. Rambutnya bagai model iklan syampu Rejoice - sebelum menggunakan syampu. Mengerbang.

Rupanya... alahai.. harimau tengok pun boleh pengsan! Terkopek sana sini. Badannya diayun-ayunkan bagai meratip. Apa yang diratipkan pun, tak jelas. Sesekali apabila pelanggan baru masuk, tangannya akan dijuntaikan menyentuh kepala pelanggan itu.

"Ini tehnya. Makan tak mahu?" tanya seorang lagi pelayan, sambil menghentak mug berisi tea. Kepala digelengkan. Ehh.. baru kerja jadi pelayan dah berlagak. Sudah laa duit pelanggan tu yang membayar gaji tapi layan pelanggan macam orang mintak sedekah.

Petua orang tua, bila makan diluar, lagakan lidah ke lelangit. Kalau geli, barulah diminum. Raba juga bawah bekas minuman atau makanan. Kalau minuman tu panas dan bawahnya sejuk atau sebaliknya, adalah sesuatu yang diletakkan. Setelah semua itu dilakukan, bacalah selawat dan doa makan.

Ketika tangan dihulur ke mug, entah bagaimana kedengaran kuat bunyi mug merekah. Tak sampai 19 saat, tiba-tiba terbelah dan air tea melempah. Hampir sahaja tea panas mengenai seluar. Kepala diangkat dan mata tepat merenung ke arah benda di atas alang pintu.

Ia berayun sekali lagi. bagaikan monyet di dalam kandang. Mamak kat kaunter cepat-cepat berlari dan bertanya apa yang berlaku. Kepala digeleng sambil membayar terus duit tea. Bayaran ditolak dengan alasan air tidak diminum lagi dan mahu digantikan dengan minuman lain.

Hmmm.. tak perlu untuk diganti. Biarlah. Tapi sebelum keluar sempat menegur mamak. "Tolong buang botol yang kat atas tu dan perempuan tu sekali," sambil menunjuk ke arah siling. Mamak seolah terkejut bila ada orang tahu akan muslihat pelarisnya. Melangkah keluar dari kedai itu, terasa ada benda yang mengikuti. Toleh ke kiri, kelihatan perempuan berjubah hitam sedang mengekori. Nampak tak boleh balik rumah teruslah ni. mahu tak mahu, kaki terus melangkah ke arah sebuah lagi kedai mamak.

Tea tarik halia dipesan. Tambahan - air mineral dan limau nipis. Badan menghadap belakang kedai. Limau diperah ke dalam air mineral. Beberapa surah dibacakan berserta doa untuk keselamatan. Setelah menghabiskan minuman, kaki perlahan melangkah ke arah kereta.

Bulu roma tegak kembali. Masih mengikuti rupanya. Perlahan botol air mineral dibuka dan air dimasukkan ke dalam mulut. Walaupun tidak kelihatan, namun deria keenam terasa bagaikan ada tangan yang ingin mencapai tengkuk. Semakin lama semakin rapat. Badan dikalik ke kiri dan serentak air dihembur keluar ke arah makhluk itu. Mungkin kerana terkejut, ia terus melompat ke arah lampu jalan dan terus bertenggek. Campuran air mineral dan limau disimpan.

Beberapa pelanggan di kedai mamak memerhati dengan pelik. Buat- buat tak tahu aje lah. Bukan ini lembaga yang mengekori... tetapi hampir sama tanpa sabit panjang. Langkah dipercepatkan ke arah kereta dan dengan pantas menghidupkan enjin. Mata terus memandang lampu jalan. Ya.. ia masih di situ. Bagaikan menunggu arahan tuannya.

Sepanjan perjalanan ke rumah, hati bertanya... apakah teruk sangat perniagaannya sehingga memerlukan bantuan daripada luar? Jika dilihat pelanggannya memang ramai. beberapa bulan dahulu pernah makan di sini dan ternyata juadahnya memang enak! Apakah ketamakan telah mengaburi matanya...



Take Note : Kalau anda ada petua sebelum makan di kedai luar, share sahaja ilmunya. Kekadang kita ingat orang lain tahu tapi ada yang ramai lagi yang tak tahu. Mudah-mudahan ilmu anda bermanfaat untuk kita semua. Kisah ni dikongsi oleh salah seorang kawan Cik Candy di dalam group wechat. Cik Candy kongsikan disini untuk tatapan kita semua. Mana yang baik, ambil dan jadikan pedoman. Mana yang tak baik, buanglah dan jadikan sempadan.  Wassalam.

12 comments:

  1. tak penah tepikir plak mamak pun pakai pelaris
    ingtakan sebab mamak ada wifi je =.=
    allahuakbar

    ReplyDelete
  2. Mintak dijauhkan perkara macam ni berlaku kat kita..thanks cc atas perkongsian

    ReplyDelete
  3. Mintak dijauhkan perkara macam ni berlaku kat kita..thanks cc atas perkongsian

    ReplyDelete
  4. bnyk sangat peniaga menggunakan pelaris.. mashaallah.. nak makan bacalah doa.. huhu..

    ReplyDelete
  5. Kadang terfikir, kedai mamak ni nmpk pelanggan tak putus-putus. Masya Allah, mintak-mintak lepas ni tak ade yg guna jln singkat nk untung

    ReplyDelete
  6. selalunya kedai melayu je guna guna nih.. pelaris bagai. Sesuatu yg pelik..berhati² selalu.

    ReplyDelete
  7. Takutnya entry ni Cik Candy wuuwuuu T.T

    ReplyDelete
  8. nice sharing . ralik pulak baca sampai habis . boleh try petua2 ni nanti

    ReplyDelete
  9. ada juga yang masih mengamalkan benda2 macam ni CC. :)

    ReplyDelete
  10. ramai tokey restoren guna pelaris, ada orang cakap guna 'monyet'..nthla..hehe

    ReplyDelete