Latest Tweets

LightBlog

Breaking

Tuesday, March 17, 2015

Masa Itu Emas

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, petang ni Cik Candy sekali lagi dapat berentri. Mood petang ni pun tersangatlah cantik. Hehee cantiklah sebab petang tadi dah selamat menghantar satu asmight pada lecture yang berkenaan. Alhamdulillah, lega. Walaupun ada perubahan isi last minit namun tetap jugak dapat disiapkan. Huhuuu punyalah runsing tadi, sampaikan tak sempat nak mengisi perut untuk tengah hari tadi. tak apalah, berkorban masa dan tenaga sedikit.

Untuk petang ni, Cik Candy rasa sedikit tenang, walaupun tak setenang mana. Huhuu lega, sebab 'presentension' pada petang ini dibatalkan. Katanya minggu depan baru present, maknanya Cik Candy ada masa lagi seminggu untuk mengumpul segala bagai maklumat dan bahan yang berkaitan. Yahoooo! *giler excited happy kau*. Happy, tak happy sangatlah. Esok masanya untuk menghantar dua lagi tugasan yang diberikan. Apapun Cik candy harap, segalanya dipermudahkan.

Okaylah berbalik pada tajuk diatas, sebenarnya untuk minggu lepas dan minggu ni, Cik Candy agak kesuntukan masa. Nak blogwalking ke blog kawan-kawan pun tak berapa nak sempat. Tapi adalah juga yang Cik Candy blogwalking. Tapi tak banyak pun. Maaf ye, kawan-kawan. InsyaAllah, nanti selesai segala bagai urusan, Cik Candy akan mula berblogwalking seperti biasa. harap korang tak serik untuk terus singgah ke blog Cik Candy.



2 comments:

Adbox