Latest Tweets

LightBlog

Breaking

Saturday, March 14, 2015

Usah Tinggal Daku Kekasih



Usah tinggal daku kekasih
Usah biar aku bersedih
Percintaan ini memang zalim
Tak bermata tak berhati
Seolah-olah kini teracunnya dunia
Kita pernah riang bersama
Kita pernah rasai duka
Mereka ingin kita berpisah
Tan[a harga tanpa nilai
Tanpa mu aku sepi
Ku tetap akan berpegang janji
Untuk hidup bersamamu
Walau diri sengsara
Tiada lagi airmata
Dapat ku merayu untuk bersamamu
Jangan tinggalkan daku walau sementara
Jangan biarkan dendam mempermainkan kita
Dimataku hanya ku penawar dan Syurga
Usah engkau tinggalkan
Tinggalkan ku kekasih
Usah tinggal daku kekasih...


Take Note : Assalamualaikum. Untuk pagi nie Cik candy nak bermadah pujangga sikit, boleh ke idokkk? Hahaaa. Peduli apa Cik Candy, kalau uoll cakap tak boleh. Ini blog Cik Candy yang punya so suka hati ioll lah nak buat apa pun. Kan? Okaylah, Cik candy stop merepek please! Berbalik pada tajuk tadi.

Untuk pagi ni, hari hari minggu Cik Candy di asrama sama seperti biasa. Bangun tidur, kemas bilik, dobi pakaian, bla bla bla blaaaa... niat dihati settle kemas bilik dan mendobi pakaian, Cik Candy nak siapkan asmight yang tertunggak. Tapi rasa macam tak ada mood pulak nak mengada segala bagai perkataan 'tranformer', 'perintang', 'drawing' dan segala yang berkaitan lagi. Aci tak malam nanti baru start buat asmight? :p

Pagi ni, hati Cik Candy sedikit berlagu sendu. Sendu lagi, malam tadi dah sendu, kan. Erkkk... okay memang sendu untuk minggu ni. Kenapa? Sebenarnya seseorang yang pernah hadir dalam hidup Cik Candy dulu, lepas tu hilang dan sekarang muncul kembali. Apa motif dia muncul? Entah! malas CIk Candy nak ambik peduli. Alaa tapi dalam pada malas tu, tetap juga menanti call dan masej dari dia. *selokkk Cik Candy ni!*. Hurmmm.. menanti tu memanglah menanti, tapi rasa penantian tu dah tak sama seperti dulu. Kalau dulu, mesti sensitif bagai tapi sekarang macam blurr pun ada. Apa motif dia muncul? Apa sebab dia beria-ia contact? Apa tujuan dia explin apa yang dah berlaku antara kami dulu. Apa yang dia nak sebenarnya? Serius bengang!


Sayang? Maaf rasa sayang untuk dia dah lama hilang. Cinta? erkkk.. rasanya tak ada kowt cinta untuk dia. Rindu? Rindu tu mungkin ada tapi itu dulu. Rindu sebab dia 'bff' Cik Candy kowt.. Kenangan? Hahaa memang agak banyak kenangan bersama dia. Janji-janji yang tertabur pun dah setinggi gunung rasanya tapi hanya berapa kerat aje yang tertunai. Entah, malas nak ingat perkara lama. Buat sakit hati dan semak kepala. Tapi apa pun satu aje yang Cik Candy nak cakap. Tolong jangan push Cik Candy. Dari pada Cik Candy layan awok lebih baik Cik Candy layan blog, tak pun buat asmight lagi bagus. Cik Candy tahu, awok akan baca entri ni so mohon fahami sendiri ye. masa tak pernah menunggu kita. Masa sentiasa bergerak. Setiap masa kita semakin beranjak usia dan dalam tak sedar kita juga semakin matang. Kita dapat menilai sendiri mana yang elok dan mana yang tak elok. Mana yang betul dan mana yang salah. CIk Candy tahu, awok ada alasan dan tersebab tersendiri untuk apa yang dah berlaku, tapi maaf, Cik Candy tak perlukan penjelasan itu semua lagi. Izinkan Cik Candy hidup dengan dunia Cik Candy sendiri. Tolong jangan diungkitlag i kenangan dan janji lalu Semua tu langsung tak memberi faedah untuk kita di masa hadapan. Apa pun semoga awok bahagia dengan life awok, dan izinkan Cik Candy bahagia dan tenang dengan life Cik Candy. Tolong jangan usik emosi Cik Candy lagi. Apapun yag berlaku, awok tetap kawan Cik Candy. Ya, kita kawan. Selamanya kita kawan. Okbye. Wassalam.

6 comments:

  1. ade jodoh kot.. ehek..

    lyn je di sbgai kwan..

    ReplyDelete
  2. bila hati masih sayang kan kak cc. acamtuu laa jadinya

    ReplyDelete
  3. Buat tak tahu je cc..jgn dilayankan sgt perasaan..teruskan kehidupan mcm biasa :)

    ReplyDelete
  4. hurm.. lelaki xpernah putus asa utk mencuba..mendekati gadisnya mungkin itu jodohn.ehh haha

    #exchangefeedgroup

    ReplyDelete
  5. Takpe Cik Candy layan je macam biasa (kawan) and focus kat benda yg penting :)

    ReplyDelete
  6. kalau saya memang tak layan ahh. hahaha. arkward rasanyaa

    ReplyDelete

Adbox