Tak mampu berkata-kata lagi

March 21, 2015

Assalamualaikum..

Hai uoll. Apa khabar, sihat? Alhamdulillah, semoga kita semua sihat sejahtera dan dilindungiNya sentiasa, Aamin. Untuk malam ni, dalam pada tak termampu dah, masih sempat untuk Cik Candy hasilkan satu entri. Sebenarnya banyak cerita dan gambar yang nak dikongsikan tapi rasanya tak berkesempatan untuk kongsikannya malam ni. Maaf ya, lain hari dan lain masa Cik Candy kongsikan bersama uoll.

Okaylah, berbalik pada tajuk diatas. Sebenarnya untuk malam ni Cik Candy dah hilang hampir 99% tenaga. Oichhhh penat, sakit habis semua ada. Tidakkkkk.. rasa macam orang tua pulak dah, sakit sana, sakit sini, satu badan rasa sakitnya.

Untuk hari ni, Cik Candy ada join perlawanan badminton diantara department-department di IPT ni. Dia punya penat dalam perlawanan tu hanya Allah saja yang tahu. Yalah, dah lama sangat tak bersukan, sekali bersukan memang pancit terus. Tapi apapun, alhamdulillah kami mendapat tempat kedua. Department Cik Candy menghantar tiga team untuk perlawanan tersebut iaitu, team double wanita, double lelaki, dan team campuaran wanita dan lelaki.

Alhamdulillah, syukur yang teramat, ketiga-tiga team ni berjaya ke peringkat akhir. Tapi sayangnya kami kalah diakhir perlawanan. Ini bererti, kami di tempat kedua. Tak sangka pulak ketiga-tiga team yang dihantar mendapat tempat kedua. Yahooooo!  rezeki kami. Berjaya mengharumkan nama department electrical dan juga nama tenaga pengajar di department tersebut. Okbye. Wassalam.



You Might Also Like

3 ulasan

Like us on Facebook