Showing posts with label Kata-kata. Show all posts
Showing posts with label Kata-kata. Show all posts

Bangkit dari putus asa


Pernah tak?
Kita rasa hampir 
Putus asa.
Jatuh bangkit.
Lalu di kirimkan seorang hamba.
Menghulurkan tangan dan senyuman.
Walaupun ianya sementara.
Tetapi ia sangat bermakna.
Allah itu berlaku Adil.
Setiap pemergian akan ada pengganti.
Keep istiqomah dalam hijrah.
Jangan pernah jauh dari Nya.
Hidup bukan untuk manusia.
Tapi adalah tiket untuk mendapatkan syurga.
Berbuat amal la di dunia.
Sementara ajal belum menempah.




TIPS HUTANG SELESAI - SELESAIKAN HUTANG DGN ALLAH SWT DULU




Hutang pada masa kini adalah sesuatu perkara yang sudah biasa.
Sehinggakan andai seseorang atau sesuatu organisasi itu tiada hutang,
ia memang menakjubkan kerana ia adalah sesuatu yang jarang berlaku.
Kita sering memikirkan hutang kita dengan sesama manusia.
Namun, berapa ramai antara kita yang sedar
tentang sudah berapa banyak kita sudah berhutang
dengan Allah SWT?

Maka sebolehnya kita usahakan perbaiki hubungan dengan ALLAH SWT dulu.

Bersabarlah | Sabar itu indah


Bersabarlah!
Bila orang buat khianat pada kita,
tipu, bohong, buruk sangka, aibkan kita,
sakiti hati kita, menyombong dengan kita,
mengata kita, buat fitnag atau mengumpat..silakanlah!
Kerana Allah akan mengambil pahala mereka
dan diberikan kepada kita.
Best kan? Alhamdulillah!
Di Akhirat, Allah paparkan kembali perbuatan mereka
untuk diadili. Pada masa itu, silalah jawab! Kalau 
siapa takut balasan Azab Allah.. tentu tidak buat
perangai begitu di dunia ini!

Kafarah kepada dosa-dosa

Kadangkala Allah berikan ujian dan sedikit kesusahan sebagai kafarah kepada dosa-dosa kita untuk membersihkan diri.
Mungkin kita rasa sulit ketika menempuhinya namun bersyukurlah Allah masih memberikan perhatian-Nya dengan ujian-Nya.
Kalau dibiarkan terus kita leka dalam kemaksiatan dan dosa tanpa datang apa-apa peringatan, entah tidak tahu apa akan jadi pada kita.

Kehilangan itu mengajar aku


Kehilangan Itu yang mengajarkan kita erti menjadi seorang hamba dan kekuatan.

malah mengajar kita segalanya yang datang daripada Allah akan kembali kepada Allah juga.

mengajar kita untuk menjadi dewasa dan lebih matang dalam segala penerimaan.

Kehidupan ini kisarnya tentang menerima hakikat.

Pedih dan sakit itu biasa.
Telan saja.

Suatu masa nanti,
Kita akan berterima kasih pada Dia atas segala ketetapan yang menyakitkan hari ini

Tazkirah pagi rabu



Bila kita update 'Astagfirullah', dgn automatik orang yang baca akan cakap 'Astagfirullah'. Senangnya nak ajak orang ingat Allah. MasyaAllah


Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu dapat memelihara seorang ibu. 

Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan.

Keringkan lidah dr mengumpat,basahkan lidah dgn Zikrullah,berjalan berdiri biar bertempat,berkat ganjaran diterima InsyaAllah

Orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka

Jangan terlalu memikirkan pandangan orang terhadap anda, fikrikan apa pandangan anda terhadap diri anda sendiri.

Mengucapkan syukur walau apa pun yang kita terima, kerana kita hanyalah hambaNya yang dipinjamkan kehidupan di dunia ini.


Pencarian yang dicari


Pegang hatiku Allah, agar tetap kuat tidak mahu lagi
biarkan insan yang pegang erat tanganku ini tidak
insan lain yang bukan ajnabi melainkan dia sahaja
dia yang Engkau redha menjadi pasanganku hingga
Jannah
 
 
Take Note : Dua sebab kenapa Allah temukan kita dengan seseorang, sama ada dia jodoh untuk kita atau ujian buat kita.
 

 

Tazkirah


"Sungguh, dakwah ini adalah mata rantai. Dan kita mahu menjadi sebahagian daripada mata rantai itu biar sedikit cuma peranan kita!"


"Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya."


"Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan (pada hari akhirat) dari akhlak yang baik." (HR. Abu Dawud)


"Tidaklah seseorang memiliki panjang angan-angan, melainkan amalnya menjadi buruk." (Imam Hasan Al-Basri)


"Allah tidak akan mengabulkan do'a orang yang hatinya lalai dan lengah." (HR. Ahmad)


Jasad kita ibarat botol kosong lutsinar yang diisikan roh didalamnya. Cantiknya botol itu bukan pada luaranya tapi pada isi dalamannya.


Pengubahsuaian sedang dijalankan

Assalamualaikum..

Hari ni hari Jumaat. Jadi esok CIk Candy cuti. Olalaaa cuti hujung minggu aje pun. Tapi tak apa, janji cuti jugak kan.

Sempena cuti hujung minggu yang akan tiba esok, Cik Candy merajinkan diri untuk melakukan pengubahsuaian terhadap blog ni. Hurmmm sebenarnya sejak terubahnya blog nie secara tak sengaja mula-mula dulu, Cik Candy rasa sedikit hampa. Entah! macam dah tak ada mood nak buka blog ni macam selalu. Terkilan sebenarnya, penat-penat Cik Candy design ikut selera sendiri tup-tup dimusnahkan macam gitu aje. Oichhh sakitnya hati kita.

Sejak kes tu, rasanya dah berkali-kali Cik Candy edit blog ni. Sebenarnya nak mencari sesuatu yang tertarik dihati tapi macam gitu jugak. Hambar semacam aje.. Guna sekejap terus edit lagi. Guna dua kejap lepas tu edit lain dan macam gitulah seterusnya.

Jadi untuk hari ni Cik candy dah berfikir secara serius dan muktamadnya! Nak cuba guna template denim pulak. Huhuuuu nampak macam lawa, cantik, comel dan menarik aje mereka yang menggunakan template ni. Jadi, hati ni pun menggediklah nak cuba juga. Tak apa, jangan risau. Template asal ni dah back up awal-awal

 Coding?. Sebenarnya Cik Candy ni tak adalah pandai mana nak usik coding-coding ni. Tapi yalah, kalau tak cuba kita tak tahu. Kalau tak belajar, kita tak pandai. Sampai bila nak duduk di takuk lama kan. Cewahhh pandai pulak Cik Candy melobi diri. Werkkkkkk!

Oklah, malas nak meleter panjang lagi. Apa pun doakan, blog Cik Candy selamat ye dari sebarang anasir kemusnahan akibat coding. Huhuuu..


"Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah ceria." (Riwayat Muslim)


Ramadhan | Perbezaan tahun ini dan tahun lepas

Assalamualaikum..

14 Ramadhan 1436. Bismillah. May
Allah ease everything for us today.
May Allah protect us for any harm.
May Allah give us strength. Aamin


Alhamdulillah, masih diberi peluang dan ruang untuk update blog ni. Tak sangka dah 14 hari Ramadhan kita lalui bersama. Alhamdulillah aku bahagia dengan kedatangan Ramadhan ni, sangat bermakna untuk aku.

Perbezaan Ramadhan tahun ni dan tahun lepas. Bagi aku terlalu banyak bezanya. Terlalu banyak untuk aku kenangan apa yang berlalu pada Ramadhan tahun lepas. Ya, bila aku kenangkan balik pasti airmata menitis. Sesungguhnya apa yang aku rasai hanya Allah yang tahu. Terlalu besar dan beratnya ujian yang Dia timpakan buat aku dan keluarga pada Ramadhan tahun lepas. Biarpun perit bila dikenang namun itulah kehidupan.

Aku bersyukur padaMu, ya Allah. Ujian yang Engkau timpakan pada kami sekeluarga membuatkan kami semakin erat, kami semakin menghargai tali kekeluargaan dan menghargai pengorbanan keluarga. Alhamdulillah.



Take Note : Semoga kami sekeluarga sentiasa bahagia, sihat sejahtera, gembira dalam lindunganNya sentiasa, Aamin




Ramadhan | Bercuti seminggu


Sila hubungi saya di laman sosial yang tertera ye. Get in touch


Take Note : Alhamdulillah, hari dan tarikh yang ditunggu akhirnya tiba juga. Hari ni dan inilah tarikhnya. Ya hari ni. Ya tarikh ni. Semangat Cik Candy bangun sahur tadi. Huhuu.. lepas sahur terus tak tidur-tidur dah. Hati ni excited sangat. Mata pun dah tak rasa mengantuk. Hati pulak melonjak gembira. Tak sabar nak tunggu malam. Oichhh...

Dikesempatan yang ada ni, sempat lagi Cik Candy layan blog ye. Hihiii.. biasalah masih ada masa kowt. Tadi lepas sahur, Cik Candy dah start packing barang, kemas bilik bagai. Yes! bilik pun dah kemas. Barang pun dah siap dipacking. Alaaa bukan banyak sangat pun barang yang dibawa balik nanti. Just beg galas je kowt. Malas nak bawak banyak barang. Jenis Cik Candy, kalau boleh nak somthing yang simple, so senang nanti nak bergerak ke hulu ke hilir. Tak payah nak bersusah payah pikul beg berkilo-kilo.. Heheee..

Bermulanya hari ni, selama seminggu Cik Candy akan balik kampung. Menghabiskan masa-masa dengan keluarga. Alhamdulillah, kebetulan pulak diawal puasa tahun ni start cuti semester. Happy, seronok, gembira, excited dan blaa.. blaaa. blaaaa.. Hati ni tak terkata. Tak tahu nak kata apa sebenarnya.

Apapun doakan perjalanan pulang Cik Candy dipermudahkan ye. InsyaAllah, malam nie akan bermulannya perjalanan Cik Candy dari Seremban ke Kuala Terengganu. Kenapa Seremban bukan Sepang? Hahaa sebabnya Cik Candy naik bus dari Seremban. Area Sepang ni manalah ada Terminal Bus Express sayang oittt.. Saja je naik dekat Seremban. Sebelum nie CIk Candy naik dari TBS ke Kuala Terengganu. Alaaa, tak kisahlah mana-mana pun janji dapat balik kampung. Ye ke idokkk? Huhuuu

Masa : 9:30 PM
Tarikh : 19 Jun 2015
Place : Terminal One, Seremban
Destinasi : Seremban ke Kuala Terengganu

Ramadhan | Tetamu yang dinanti


Lagi sehari rumah kita akan didatangi tetamu, Suaminya bernama Ramadhan, Isterinya bernama Terawih, Anaknya bernama Sahur, Cucunya bernama Iftar. Mereka akan menumpang di rumah kita selama sebulan sahaja maka layanlah mereka dengan baik-baik supaya kita mendapat ganjaran daripadaNya. Selepas sebulan mereka akan pergi meninggalkan kita dan mereka pulang dengan pesawat Syawal Air. Semoga kedatangan bulan Ramadhan tahun ni lebih berkat dan meriah berbanding tahun-tahun yang sudah.

Kedatangan Ramadhan hanya setahun sekali. Mungkin kita sempat bertemu Ramadhan untuk tahun ni tapi untuk tahun hadapan belum tentu lagi. Maka perbanyakkanlah amalan di Ramadhan ini seolah-olah ini Ramadhan terakhir buat kita semua.


Take Note : Sedih, sayu, sendu,.. sebab hari pertama puasa disambut di hostel dengan kawan-kawan. Kalu ikutkan hati ni, sebenarnya memberontak giler-giler nak balik kampung. Nak menyambut kedatangan Ramadhan dengan family tapi apakan daya. Masih ada tanggungjawab yang harus disettlekan. Hari ni last paper untuk final exam. InsyaAllah esok settlekan segalanya bagi semester ni dan lusa dengan hati yang berbahagia, gerak balik kampung.

Sahabat | Bersama kita berbuat kebaikan

Buat Semua Sahabatku;
Ketika kita menanam padi, rumput ikut tumbuh.
Tapi saat kita menanam rumput,tidak pernah tumbuh padi.
Dalam melakukan kebaikan terkadang hal yang buruk turut menyertai.
Namun saat melakukan keburukan, tidak ada kebaikan bersamanya.
Jangan pernah bosan untuk berbuat baik meskipun tidak sempurna di mata manusia, asalkan dilakukan dengan ikhlas keranaNYA, sungguh itu akan terlihat lebih sempurna pada pandangan Allah...

Doa untuk kawan kawan ku.
1. Ya Allah jika disaat ini ada kawan ku yang sakit, sembuhkan lah dia.
2. Ya Allah jika disaat ini ada kawan ku yang bermasalah, beri lah jalan keluar untuk dia.
3. Ya Allah jika disaat ini ada kawan ku yang kesempitan wang, kau murahkan lah rezekinya.
4. Ya Allah jika disaat ini ada kawan ku yang bermasam muka diantara satu sama lain, damaikan lah mereka.
5. Ya Allah jika disaat ini ada kawan ku yang sesat duniawi, kurniakan Nur kepada dia.
6. Ya Allah jika disaat ini ada kawan ku lalai, kurniakan lah Hidayah Mu kepada dia.
7. Ya Allah jika di saat ini ada kawan ku yang bersedih hati, kembalikan lah kecerian diwajahnya.
8. Ya Allah jika disaat ini ada kawan ku yang berada dipersimpangan jalan yang  berliku, tunjukkan lah jalan yang diredhai oleh Mu.
Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin.


Take Note : Blog Cik candy sedikit terabai dan serabai buat sementara waktu. Maaf tak sempat nak blogwalking ke blog kawan-kawan skrg ni. Biasalah, sibuk sikit study disebabkan final exam. InsyaAllah minggu depan Cik Candy akan blogwalking seperti sediakala ye. 


Ragam Kehidupan | Jangan Berlagak


Seorang mak cik telah pergi ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM 500.

Tetapi kemudiannya kerani di kaunter bank itu telah melontarkan kad dengan lagak yang kurang ajar kepada mak cik itu sambil berkata “Kalau nak keluarkan duit kurang daripada RM5000 sila keluarkan di ATM. Kami tiada masa untuk keluarkan wang yang sedikit.”

Kemudian, mak cik itu mengambil kad itu semula dan menyerahkannya kepada kerani tersebut dan berkata  “Kalau macam tu keluarkan sahaja semua yang ada di dalam akaun ini.”

Kerani bank itu sangat terkejut apabila mendapati di dalam akaun mak cik itu terdapat sejumlah RM 20 JUTA.
Dengan lemah lembut & penuh santun, kerani bank menyatakan mereka tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu. Jika mahu pengeluaran sebanyak itu, perlulah membuat temujanji.

Mak cik itu kemudiannya bertanya tentang jumlah yang boleh dikeluarkan secara serta merta pada hari tersebut. Lalu kerani bank menjawab dengan amat sopan. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM 300, 000 sahaja.

Mak cik itu menjawab “kalau begitu saya mahu keluarkan RM300,000 SEKARANG!!”

Dengan susah payah kerani bank mengira dan menyerahkan kepada mak cik itu.
Setelah mengambil duit itu, mak cik menyerahkan semula duit sebanyak RM299, 500 kepada kerani tersebut dan berkata, “Saya hanya memerlukan RM500 sahaja. Sila simpan semula semua duit saya ke dalam akaun saya…….

Take Note : Pengajaran dari kisah cerita ini adalah? Renung balik apa yang telah dan pernah kita lakukan. Lepas ni sila berfikir sebelum melakukan sesuatu ye.

Exam dan rindu keluarga

Assalamualaikum..

Hari ni first day aku exam. Ada dua paper untuk 3 subjek, semua soalan objektif. Sebelum jawab exam tadi aku ikut pesanan mak. Aku baca doa. Punyalah excited nak jawab exam, sekali aku terbaca doa makan. Hehee.. Alhamdulillah, aku dapat jawab dengan semangat dan confident yang berkobar-kobar. Masa yang diperuntukkan untuk setiap paper adalah selama satu jam tiga puluh minit. Tapi dalam setengah jam pertama aku dah angkat kaki. Bukan sebab tak dapat jawab. Tapi dah siap menjawab. Cepat kan? Rasanya itulah hasil aku study malam tadi. Rasa macam sangat berbaloi bersengkang mata. Untuk paper seterusnya, minggu depan pulak. Maknanya esok, lusa, tulat, tubeng, aku mereputlah dekat dalam bilik. Ramai diantara student yang balik kg. Biasalah mereka tinggal di sekitar sini je. Aku tak balik kg ke? Tunggu lagi dua minggu aku balik. Balik sempena cuti semester selama satu minggu. 

Malam tadi, sebelum study aku sempat call mak macam biasa. Sama macam malam-malam yang lepas. Aku mengadu nak balik kg. Aku mengadu rindu dekat mak, ayah dan adik-adik. Aku mengadu rindu pada masakan mak. Mak cakap, setiap kali aku call, mesti tanya mak masak apa. Makk ouh mak, mestilah angah tanya. Dah terlebih rindu sangat ni. Tak dapat merasa masakan, dapat tahu nama masakan tu pun jadilah. Mak cakap masak ikan tiga rasa. Ikan sungai, ayah dan adik dapat waktu mancing kat sungai pagi semalam. Alahaiii ayah dan adik aku tu, pantang ada cuti mesti berkepit dengan joran. Huhuu itulah hobi utama hero-hero dihati aku. Ayah, abang dan adik-adik aku semuanya minat memancing. 

Aku cakap dekat mak, esok aku exam *hari nilah* . Mak cakap, buat elok-elok. Baca soalan betul-betul. Sebelum jawab exam, baca bismillah, baca doa penerang hati. Banyak yang mak pesan. Alhamdulillah, thanks mak untuk segala pesanan tu. iLOVEu mak. Aku cakap dekat mak, 'doakan orang berjaya jawab ye'. Mak cakap, 'mak sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak mak. Walaupun anak-anak mak jauh di mata tapi mak tak pernah lupakan anak-anak mak'. Serius, rasa sendu pulak bila dengar mak cakap macam gitu. Sungguh besarnya pengorbanan dan kasih sayang mak untuk anak-anaknya. 

Ishhh.. bila menyentuh isi family mesti aku sensitif. Rasa macam nak menangis je. Sebak sebenarnya. Terbayang gelagat dan telatah family di ruangan mata. Sabarlah hati, berbaki dua minggu je lagi sebelum balik kg. Dari kejauhan, aku doakan semoga keluargaku sentiasa sihat, gembira, bahagia dan dilindungiNya selalu. Walaupun mereka jauh berbatu-batu dari aku namun mereka tetapi dihati. iLOVEuFamily.


Take Note : Sekarang musim exam so segala aktiviti fizikal seperti kawad dan sukan dihentikan untuk seketika. Aktiviti seperti usrah dan ceramah sempena menanti ketibaan Ramadhan pula sedang giat disertai. Semoga dengan ketibaan Ramadhan tidak lama lagi akan memberi keberkatan buat kita semua.


“Kalau suatu hari anda sudah terbang tinggi ke langit. Jangan lupa pada tanah di bawah. Hidup ini roda sayang. Buat baik pada semua. Tidak kira bangsa agama. Jangan pernah simpan prejudis, kita semua sama. Tidak seorang antara kita sempurna, pasti ada cacat celanya. Belajar bertolak ansur, belajar menerima. Hidup ini tidak lama. Nikmati sepenuhnya.”

Hanya kamu dihatiku, keluargaku tersayang


Take Note : Kita adalah kejadian yg sempurna tetapi apa yg kita lakukan selalunya tidak sempurna. Tegurlah andai aku tersasar..

Cintai aku kerana Allah

Saat kau mencintai aku kerana paras rupa,
ingatlah rupa aku akan berubah suatu hari nanti..
Saat kamu mencintai aku kerana harta,
ingatlah harta akan berkurangan suatu hari nanti..
Saat kamu mencintai aku kerana kelebihan yang aku miliki,
ingatlah aku bukan manusia yang sempurna..
Suatu saat kamu pasti akan melihat kekurangan aku,
ketika itu mungkin rasa cinta kau untuk aku akan pudar..
Maka cintailah diri aku kerana akhlak yang aku miliki,
terimalah setiap kekurangan dan kelebihan aku dengan seadanya,
InsyaAllah kita akan kecapi kebahagiaan di dunia dan juga diAkhirat.

Jika kau seseorang yang sedang 
dalam pencarian untuk menemukan 
pasangan hidup yang baik, maka tak usahlah
mencarinya dengan cara  mengejar-ngejar dirinya.
Cukuplah untuk mencari redha Allah 
terlebih dahulu, kelak Allah akan jaminkan 
untukmu menemukan dia yang kau cari
dalam keadaan yang baik.


Take Note : Jika kau mencintai seseorang kerana Allah maka kau jua harus patuh atas aturan dan perintah Allah

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH


1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersol
at akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membel
akang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka d
engan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya..


Take Note : Amalkan yang Sunnah tapi jangan diabaikan yang wajib.

Malam Nisfu Sya'ban

Assalamualaikum..

Tarikh 15 Sya’ban 1435 H jatuh pada 2 Jun 2015M. (Sambutan pada 1 jun selepas maghrib).... Malam ini.....ya!!!

Apa yang menyebabkan malam Nisfu Sya’ban ini besar ertinya bagi umat Muslim ?

Berikut ini diceritakan seperti yang di alami Rasulullah SAW (HR. Abu Hurairah):

Kebesaran hari ini diterangkan oleh Rasulullah saw.

” Malaikat Jibril mendatangiku pada malam Nishfu (15) Sya’ban, seraya berkata, ” Hai Muhammad, malam ini pintu-pintu langit dibuka. Bangunlah dan Solat lah, angkat kepalamu dan tadahkan dua tanganmu kelangit .”

Rasulullah saw bertanya,

” Malam apa ini Jibril ?”
Jibril menjawab.

” Malam ini dibukakan 300 pintu rahmat. Tuhan mengampuni kesalahan orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, kecuali tukang sihir, tukang nujum, orang bermusuhan, orang yg terus menerus minum khamar (arak atau minuman keras), terus menerus berzina, memakan riba, durhaka kepada ibu bapak, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturahim. Tuhan tidak mengampuni mereka sampai mereka taubat dan meninggalkan kejahatan mereka itu .”
Rasulullah pun keluar rumah, lantas mengerjakan solat (sendirian) dan menangis dalam sujudnya, seraya berdoa :
” Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab dan siksa-Mu serta kemurkaan-Mu Tiada kubatasi pujian-pujian kepada-Mu sebagaimana Engkau memuji diri-Mu; Maka bagi-Mu lah segala pujia-pujian itu Hingga Engkau rela .” (HR Abu Hurairah)

Oleh karena itu sahabatku, malam ini sangatlah baik untuk beribadah dan memohon ampunan (bertaubat) atas segala hal buruk yang kita lakukan, dan semoga Allah swt menerima segala amal ibadah dan mengampuni dosa-dosa dan kesalahan kita.

Diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari RA bahwa Rasulullah SAW bersabda:
“ “Sesungguhnya Allah pada malam Nishfu Sya’ban mengawasi seluruh mahluk-Nya dan mengampuni semuanya kecuali orang musyrik atau orang yang bermusuhan.” (HR Ibnu Majah)


Take Note : Kejarlah amalan yang mendatangkan kebaikan untuk kita dan tinggalkan segala amalan yang mendatangkan kemudaratan kepada kita. Sesunggunya kita mampu mengubah dan menentukan hala hidup kita.