Sepi tanpa perasaan


Terjaga dari tidur, aku memandang telefon dengan rasa yang kosong. Aku melihat notifikasi yang ada. Satu persatu aku membacanya sambil lagi. Tiada niat dihati untuk membuka notifikasi tersebut. Kepala blur berpusing, hati kosong berirama. Aku gagahkan kaki melangkah. Ada tanggungjawab yang perlu aku selesaikan. Dahulukan perkara yang wajib. Abaikan seketika perkara yang remeh-temeh.

Usai menjalankan tanggungjawab, sekali lagi aku memandang telefon. Sepi. Langsung tidak berbunyi. Aku tenung telefon tu dengan hati yang hiba. 'dia tak nak contact aku ke', 'dia dah lupakan aku ke', 'dia dah tak perlukan aku ke'. Setiap persoalan tersusun kemas dalam benakku. Hampa. Tapi kenapa sebenarnya dia menghilang ye? naik hairan aku memikirkannya. Dalam pada aku ego untuk tidak mempedulikannya, aku tetap juga mengambil tahu akan kewujudan dia. Benci aku hanya di bibir bukan dihati. Tapi dia..

Aku rindukan dia. Terlalu rindukan dia. Aku masej dia namun tak berbalas. Aku call dia namun tak berangkat. aku stalker mukabuku dia, aku nampak dia sedang mengonlinekan diri. Syahdunya hati aku. Dia abaikan aku kerana mukabuku? Aku buka whatsSap dia. Aku tengok last seen dia. Dia sedang online. Tapi kenapa masej aku tak dibalasnya. Masih wujud lagikan aku dimata dia. Masih ada lagikah nama aku dihati dia, 



Take Note : Sekadar untaian kata yang tak diketahui mana punca tenggelam timbulnya. Sekian.


Stress! stress!! stress!!!

Assalamualaikum..

Hey, hey jom kasi pecah, hey, hey, hey jom kasi goyang.. Apa yang pecah dan apa yang nak digoyangkan Cik Candy oitttt. Jangan nak buang tabiatlah malam-malam buta ni. Lempang jugak satgi. Tempeleng muka tu baru tahu. Hahaaa nampak tak Cik Candy punya stress. Siap boleh bercakap sendiri-sendiri lagi. Berat-berat :/(

Helolololoooo milo uoll. Sebenarnya malam ni Cik Candy nak berentri. Banyak benda yang nak disharekan tapi macam tak larat sangat nak bertaip. Kenapa? Oichhh sakit kepala menggangguku. *sama tak macam iklan kat dalam tv tu*. Dalam tak larat pun, tetap laratkan juga diri untuk bertaip. Nak meluahkan sesuatu, boleh? Nak meluahkan apa yang terbuku dihati ni.*tetiba rasa mcm nak nanges. Makkkkk, i need u!*

Sebenarnya untuk hari ni Cik Candy rasa sedikit blur. Entah! tak tahu kenapa, tapi memang terasa sangat, sangat dan tersangatlah blur. Mungkinkah ini effect tiga hari bercuti. Effect setelah tiga hari tak hadir ke kelas. Tak pun ni kesan daripada pengambilan ubat. Ishhh mustahillah. Ubat yang doktor bekalkan tu just antibiotik, ubat tahan sakit dan ubat sapu aje pun. Celah mana pulak datang kesannya, kan. Dah tuh kenapa dengan Cik Candy ni, blur semacam???

Hurmmm.. pagi tadi Cik Candy pergi kelas macam biasa. Alaaa sama seperti hari-hari yang selalunya tu. Tapi nak dijadikan cerita, boleh pulak tertinggal kotak pensel, tertinggal kalkulator, tertinggal fail aissamgth dan yang paling teruk bila CIk Candy tertinggal kunci bilik. Subahanallah, tak tahulah apa yang tak kena harini. Banyak pulak barang yang tertinggal. Masuk aje kelas pagi tadi, memang terasa macam nak nanges. Sudahlah hari ni ada kuiz untuk subjek Akta, Cik Candy pulak tak bawak buku Akta tersebut. Makkkk aikkkk memang sesak urat kepala. Teruk diperlinya dek lecture. Tebal sungguh cuping telinga menahan perlian. Sabarlah duhai hati. Tapi kenapa dengan Cik Candy hari ni erk? Masih dalam mood MC ke apa ? banyak pulak kesilapan yang dilakukan hari ni. Tapi apapun aku bersyukur dan thanks pada bebudak kelas yang benyak membantu.

Okaylah, Cik Candy pun dah tak ada idea untuk terus merepek dekat sini. Daripada berterusan merapu merapan, better Cik Candy stop dan settlekan assmight yang perlu disettlekan. Katanya insin minggu depan ada tiga assmight yang perlu disubmitkan. Olalalaaaa, memang bersengkang mata, menahan kepalalah untukk settekan ketiga-tiga subjek tu dalam satu masa. Tapi apapun, insyaAllah akan dapat disiapkan sebelum due date tu. Okbye. Muaaah setepak! Wassalam (=