Kisah isteri yang merasa derhaka kepada suami


Ketika aku sedang menanti teman menjemput ku di masjid, aku melihat seorang wanita berjilbab seperti menunggu seseorang juga. Lalu aku menegurnya utk berbual bual sambil menanti teman menjemput ku pulang.

Selepas bertanya khabar dan berbual seketika, tiba2 wanita itu bertanya, "Cik sudah berkahwin?". Jawabku, "Belum". Dan aku bertanya pula, "Tunggu siapa?". Jawabnya, "Menunggu suami."

Aku melihat wanita ini membawa beg laptop dan satu beg yg besar. Seperti wanita berkarier. Lalu aku beranikan diri utk bertanya, "Kakak kerja di mana?"
"Alhamdulillah 2 jam tadi, secara rasminya saya tidak bekerja lagi," jawabnya dan terpancar sinar kegembiraan di wajahnya.

Lalu aku bertanya, "Kenapa?".
Jawabnya tegas, "Ini adalah langkah awal utk wanita yg berkarier utk lebih taat kpd suaminya." Aku kehairanan dgn jawapannya apatah lagi melihat dia tersenyum.

"Saudari boleh saya ceritakan kenapa. Semoga ia boleh dijadikan pelajaran yg baik. Saya bekerja di pejabat yg mana gaji saya 10 kali ganda lebih besar dari suami. Suami saya di waktu pagi berniaga roti bakar dan di waktu petang berniaga ais cendol. Kami baru bernikah 3 bulan dan kelmarin buat pertama kalinya saya menangis kerana merasa derhaka kpd suami. Saudari tahu kenapa? Waktu itu jam 7 mlm suami saya akan menjemput saya seperti biasa di pejabat. Kebiasaannya jam 3 saya sudah pulang tapi pada hari itu kerja saya sgt banyak. Sampai di rumah saya kepenatan."

"Kerana kepenatan kepala saya begitu pening. Kebetulan suami saya beritahu badannya seperti berangin dan kepalanya pening juga. Dia meminta saya mengambilkannya air segelas. Saya kata saya sgt keletihan dan memintanya ambil sendiri. Jam 11.30 malam baru saya tersedar dan cepat2 menunaikan solat Isyak. Selepas solat saya melihat suami lena tidur. Saya ke dapur dan melihat pinggan mangkuk sudah dicuci. Pakaian kami sudah dibasuh. Siapa lagi yg buat jika bukan suami saya."

"Astagfirullah, bukankah suami saya juga beritahu dia juga pening kepala. Rasa hiba mula saya rasakan. Lalu saya ke bilik utk menerangkan kpdnya keadaan saya tadi. Saya tgk dia lena tapi saya pegang wajahnya. Masyallah panas sungguh badannya. Dia demam panas. Saya teringat kata2 terakhirnya sebelum saya tertidur tadi. Dia hanya menyuruh saya mengambilkannya air saja tapi saya membantahnya. Air mata saya ini menitis mengenangkan saya melupakan hak2 suami saya," ujarnya

Subhanallah, aku melihat kakak ini bercerita dgn semangatnya,membuat hati ini sayu. Dan dpt ku lihat titisan air mata yg diusapnya.

Sambungnya lagi, "Dgn gaji yg saya miliki, saya merasa tak perlu meminta nafkah pada suami kerana gaji saya jauh lebih besar dari suami apatah lagi yg diberikan kpd saya nilainya begitu sedikit. Tapi suami selalu memberikan hasil jualannya dgn ikhlas dari lubuk hatinya.
Setiap kali memberikan hasil jualannya, dia selalu berkata “Umi, ini ada sedikit rezeki dari Allah. Ambil ya. Buat keperluan kita. Walaupun tidak byk jumlahnya, mudah-mudahan Umi redho”, begitulah kata suami saya.

"Saat itu saya baru merasakan betapa harta ini membuat saya sombong dan derhaka pada nafkah yang diberikan suami saya, dan saya yakin hampir tidak ada wanita berkarier yg selamat dari fitnah ini”

“Alhamdulillah saya sekarang bernekad utk berhenti bekerja, mudah-mudahan saya lebih tahu menghargai nafkah yg diberikan suami. Memang sifat wanita sering susah hati jika tanpa harta, dan kerana harta juga wanita sering lupa pengorbanan seorang suami."

“Saya berkunjung ke rumah orang tua, dan menceritakan niat saya ini. Saya sedih mereka dan saudara-mara tidak bersetuju niat saya utk berhenti berkerja. Mereka membanding-bandingkan pekerjaan suami saya dgn suami2 yg lain.”

“Saudari tahu, saya hanya mampu menangis saat itu. Saya menangis bukan kerana apa yg dikatakan adik saya itu benar, Demi Allah bukan kerana itu. Tapi saya menangis kerana imam saya sudah DIPANDANG RENDAH olehnya.

"Bagaimana mungkin dia meremehkan setiap titis keringat suami saya, padahal dgn titisan keringat itu, Allah memandangnya mulia ? Bagaimana mungkin dia menghina org yg sentiasa membangunkan saya utk sujud di malam hari? Bagaimana mungkin dia menghina org yg dgn kata2 lembutnya selalu menenangkan hati saya?

"Di saat kebanyakan org lebih memilih jadi penganggur tetapi suami saya, tak ada rasa malu baginya utuk menafkahi isteri dgn nafkah yg halal. Itulah yang membuat saya begitu bangga pada suami saya.
"Suatu hari nanti jika saudari mendapat suami seperti suami saya, saudari tidak perlu malu utk menceritakannya pekerjaan suami pada org lain. Bukan masalah pekerjaannya tapi masalah halalnya, berkahnya dan kita memohon pada Allah semoga Allah menjauhkan suami kita dari rezeki yg haram," kata-kata terakhirnya sambil tersenyum manis padaku.

Kulihat dari kejauhan seorang lelaki dgn menggunakan motor buruk menghampiri ke arah kami, wajahnya ditutupi kaca helmet. Sambil mengucapkan salam, wanita itu meninggalkanku. Wajah wanita itu tenang sekali, wajah seorang isteri yg begitu redha.

Ya Allah….
Sekarang giliran aku yg menangis. Hari ini aku dpt pelajaran paling berkesan dlm hidupku. Pelajaran yg membuatku menghapuskan persepsi utk mencari org-org kaya sebagai calon suamiku yg selalu bermain dibenak pemikiran ku selama ini. Subhanallah..Walhamdulillah..Wa Laa ilaaha illallah…Allahu Akbar
Semoga pekerjaan, harta dan kekayaan tak pernah menghalangimu utk tidak menerima pinangan dari laki2 yg baik agamanya..

Take Note : Serendah mana pun perkejaan suami, kita sebagai isteri seharusnya bersyukur dan menghargai. Hasil usaha yang didapati oleh suami adalah dari sumber yang halal, jadi kenapa perlu kita memperlekehkannya. Sebenar mana pun pekerjaan isteri, kedudukannya tetap di bawah suami. Jadi kenapa perlu bermegah dan berbangga. Untuk kekalkan rasa bahagia dan gembira dalam berumahtangga, seharusnya suami dan isteri bersama-sama memainkan peranan. Mana yang kurang, sama-sama tambah dan mana yang terlebih, sama-sama hargai. Wassalam.

Nak sayang Abah macam Fatimah sayang Nabi



“Abang, laptop saya kena curi. Habis semua dokumen penting saya dalam tu. Dahlah nak guna minggu ini urgent pula tu.”
Berkerut kening lelaki berumur 35 tahun itu. Meletakkan fonnya. Panggilan tadi dari isterinya. Isterinya yang jarak umur 7 tahun darinya itu sedang menghabiskan penulisan tesisnya di peringkat sarjana di universiti.
Nak tak nak, pasangan itu terpaksa berjauhan. Berjumpa sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Si suami buka gerai makan kecil saja di kampungnya. Kerja sendiri. Oleh kerana isterinya ada degree, dia pula hanya sampai di peringkat diploma, lelaki itu mencadangkan isterinya sambung belajar. Peluang untuk isterinya itu mendapat kerjaya yang lebih baik mungkin lebih cerah. Itu yang terbaik pada hematnya.
“Ibu nak balik?”
Anak tunggal perempuannya yang berumur 5 tahun menyentuh tangannya. Tersentak seketika dari lamunan.
“Tak, ibu sibuk study. Sibuk baca banyak buku. Minggu depan, kita pergi jumpa ibu ya?”
Senyum sambil membelai rambut anaknya itu. Mujurlah anak kecil itu tidak banyak kerenahnya. Seolah-olah memahami ibunya bertungkus lumus berjuang menimba ilmu. Demi masa depan keluarga mereka.
“Mana aku nak cari duit seribu dua dalam masa satu minggu ni? Aduh.”
Kepalanya kusut seketika. Sudahlah jualan di gerainya itu akhir-akhir ini makin perlahan. Lokasi kedai dalam kampung pula tu. Sejak cukai dalam negara dinaikkan, semua barangan naik mendadak harganya. Secara tidak langsung, kos dan modal meningkat. Peniaga kecil sepertinya terbeban. 
Mundar-mandir sendiri dalam rumah. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri.

“Abah, peninglah tengok pusing-pusing.”
Anaknya mengomel. Mengusik hatinya.
“Abah exercise ni. Nak jadi hensem kenalah bersenam. Nak abah yang hensem tak?”
Dia mencubit manja pipi tembam anaknya. Geram. Comel sangat. Anaknya gelak-gelak sambil melarikan diri dari ayahnya itu.
Dalam kekalutan fikiran, mujurlah Allah anugerahkan si kecil itu menyejukkan hati dan perasaan. Dia melemparkan pandangannya ke halaman rumah. Matanya fokus pada motosikal EX5 miliknya. Hatinya berbisik, jualkan saja. Itu saja caranya untuk dapatkan wang segera. Nak harapkan duit dalam bank, memang tak mencukupi. Beberapa ratus saja yang ada. Nak pinjam dengan orang, segan pula rasanya. Lagipun, masih ada sebuah kereta Kancil untuk berulang-alik.
Lelaki itu membulatkan tekadnya.
**
Tunai sudah ada dalam tangannya. Tolak saja di kedai cina berhampiran. Mujur masih lekat harga dalam dua ribu. Cukuplah tu untuk beli sebuah laptop baru.
“Kita buat surprise kat ibu, nak? Jom kita gi jumpa ibu hari ini!”
Si kecil itu terlompat-lompat riang bila dengar nak jumpa ibunya. Pagi-pagi lagi, dua beranak itu dah siap-siap. Anaknya senyum saja dengan gaun merah jambunya. Duduk di seat sebelah ayahnya dengan tali keledar kemas dikenakan. Langsung tidak dimaklumkan pada si isteri, mereka akan pergi menemuinya di kampus. Perjalanan dalam empat jam merentasi negeri.
Dalam kereta, si ayah berborak dengan anaknya.
“Kamu nanti, kena jadi rajin macam ibu ya. Ibu pandai. Tak macam abah sekolah pun ponteng-ponteng. Belajar pun sekadar lulus saja.”
Anaknya tengok saja wajah ayahnya yang sedang memandu sambil berceloteh. Senyum dengan bibir mungilnya.
“Abah nak kamu jadi solehah macam Fatimah az-Zahra.”
Anaknya bertanya,
“Siapa tu?”
Ayahnya membalas lembut,
“Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Fatimah sebahagian daripadaku, dan barangsiapa yang menimbulkan kemarahannya juga menimbulkan kemarahanku.” Fatimah adalah anak Nabi s.a.w. yang paling bongsu. Nak tahu kenapa Rasulullah s.a.w. sayang sangat padanya? Sebab beliau perjuangkan Islam sebagaimana Rasulullah perjuangkan. Sayang kepada agama lebih dari segalanya. Sayang sekali sama ayahnya.
Pernah ketika Nabi s.a.w. dihina, dimaki hamun, malah diletakkan najis binatang ketika Nabi s.a.w. sedang sujud menyembah Allah SWT, dengan menangis sedih Siti Fatimah membersihkan tubuh Nabi sa.w. daripada kotoran yang ditaburkan oleh kaum Quraisy.”
“Fatimah seorang yang suka belajar. Rajin menuntut ilmu dari ayahandanya. Apa yang ayahnya tak suka, dia benci sama. Apa yang ayahnya suka, dia turut cinta.”
Anaknya tersengih saja melihat ayahnya bercerita. Ayahnya mengerling geli hati melihat telatah anaknya yang sedikit terlopong. Entah faham, entah tidak.
“Sayang abah tak?”
“Sayang sangat!”
**
Hari sudah petang ketika kereta mini itu tiba di perkarangan asrama universiti. Si suami mendail nombor isterinya. Tanya isterinya di mana. Tanpa maklumkan mereka berdua telah sampai di sana. Isterinya membalas,
“Saya outing hari ini, bang. Pergi perpustakaan universiti. Tak ada di asrama.”
Suaminya itu sedikit hampa. Alang-alang dah datang, tunggu sajalah di garaj kereta. Berhampiran saja dengan asrama isterinya.
Seketika, anaknya melambai-lambai tangannya dari dalam kereta. Dia menjenguk sama.
“Ibu, ibu!”
Anaknya menunjuk-nunjuk jemarinya ke arah seorang wanita yang sedang berdiri di hadapan asrama. Tak lama, tiba sebuah kereta Honda Civic Type-R berhenti betul-betul di sebelah isterinya.
Hatinya mulai berdebar-debar. Keluar seorang lelaki lagaknya seperti orang kerja pejabat. Segak bergaya. Buka pintu untuk isterinya masuk ke dalam kereta. Berlalu dari situ.
Suami tidak tunggu lama. Hidupkan kereta. Follow kereta tadi dari jarak agak jauh supaya tidak disedari. Dia cuba call isterinya. Oh. Fon si isteri telah dimatikan. Menyebabkan debaran jantungnya hampir tergendala.
Kedua-dua kereta itu telah pun sampai ke Genting Highland.
“Library apa di Genting Highland?!” Bentak hatinya yang sedang berkecamuk.
Parking jauh sikit sambil matanya tidak berkelip sikit pun dari mengintai sang isteri. Hatinya masih berharap, ini semua cuma sangkaan buruk hatinya. Mungkin isterinya ada kerja di situ.
Lelaki itu keluar dari kereta. Isterinya juga keluar sama. Si lelaki meraih tangan isterinya. Berpegangan tangan. Seperti pasangan kekasih. Isterinya memaut lengan lelaki, melentokkan kepalanya sedikit di bahu.
Saat itu juga, jatuh menitik air mata si suami semahunya. Hanya Tuhan yang mengerti segala!
“Ini ke perpustakaan awak tu?!”
Pasangan sejoli itu berpaling ke arah suara yang menengking. Detik itu juga, tumbukan padu singgah di muka lelaki tak guna. Namun, tumbukan itu dibalas kembali bertubi-tubi. Lawannya itu lelaki sado. Lelaki sasa yang masih muda. Akhirnya yang rebah terkulai adalah dirinya sendiri.
Anak perempuannya berlari mendapatkan ayahnya. Menangis-nangis. Dalam terketar-ketar, si suami bersuara.
“Abang datang untuk berikan laptop yang awak minta. Datang dengan anak nak surprisekan awak, nak happykan awak, tapi tak sangka abang yang terima surprisenya!”
Isterinya itu membalas bongkak,
“Aku tak suruh pun kan datang hari ni?! Dahlah, aku dah tak nak kau lagi. Kita berpisah saja. Kau hantar aku masuk universiti, sebab nak aku yang sara keluarga lepas keluar universiti nanti? Eh, aku tak bodohlah.
Buat apa aku hidup dengan lelaki yang harapkan gaji isteri?! Kau sedarlah diri sikit. Lelaki yang kau serang ni yang banyak tolong aku di sini. Dia baik hati, tak kedekut macam kau. Kau hantar tiga empat ratus sebulan mana cukup? Kau ingat aku budak sekolah ke? Duk kat bandar tak macam kat kampung! Nak pakai duit banyak!
Laptop tu bukan kena curi pun. Aku sengaja nak kau bank-in duit, sebab alat kosmetik, supplements aku dah habis. Aku tak suruh pun kau belikan laptop baru. Lurus bendul la kau ni. Sudahlah. Jangan buat hal sini. Kita jumpa saja di mahkamah!”
Hancur lebur hati si suami mendengar kata-kata isteri kesayangannya. Berubah terus. Baru dia perasan isterinya sudah pandai bergaya, pakai cantik-cantik tak pernah pula dipakai sedemikian di depannya.
“Anak tu hak aku! Aku akan tuntut hak penjagaan anak.” Wanita itu menuding jarinya ke arah si kecil.
Anaknya itu tidak bergerak dari sisi ayahnya. Mendakap erat. Tak mahu lepaskan. Menangis-nangis sambil berkata pada ibunya,
“Tak nak ibu! Tak nak ibu! Nak sayang abah macam Fatimah sayang Nabi!”
Ibunya tergamam. Tak menduga sebegitu jawapan anak kecil itu.
Ayahnya juga turut terkesima. Bagai disuntik kekuatan baru, sang suami bangun. Perlahan-lahan berlalu dari situ dengan memimpin tangan anaknya. Tanpa berpaling langsung ke arah pasangan sejoli di belakangnya.
Hatinya tawar sehabis tawar. Dalam hatinya pasti, bukan kerana dia tidak pandai mendidik isteri.
Bukan kerana berjauhan memisahkan dua hati. Bukan kerana dia tak cuba sedaya upayanya atau kerana tidak ikhtiar seikhlas hati. Ini semua ujian Tuhan. Untuk buatnya lebih tabah hadapi kehidupan.
Bila hati dah tak sayang. Bila setia dah hilang bisanya.
Apa saja yang dihamburkan isterinya tadi, itu semua alasan.
“Katalah apa yang kau ingin, selagi kau dapat berkata!”



Take Note : Kisah nie, diambil daripada kawan Cik Candy dan sedikit diolah oleh Cik Candy sendiri. Tujuan kisah nie dipaparkan sekadar untuk berkongsi dengan semua. Jadilah isteri yang jujur dan amanah. Si suami percaya akan tindak tanduk si isteri, jadi kenapa perlu dikhianati kepercayaan tersebut. Sebagai orang tua, seharusnya tunjukkan contoh yang baik untuk anak-anak. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Wassalam.