Monday, April 25, 2016

STRATEGI BISNES YANG MENIPU




Apabila kita ingin membeli tiket kapal terbang, kita adakalanya akan dapati terdapat nota kecil menunjukkan "Only 1 Seat Left", iaitu pada waktu-waktu yang ada pada tarikh yang dikehendaki. Ketahuilah nota tersebut adakalanya adalah hanya strategi syarikat untuk mendesak dan mendorong kita membeli secepat mungkin.

Saya pernah mencuba, apabila mencari tiket untuk satu orang, tiba-tiba kelihatan tanda nota "One Seat Left", namun apabila saya masukkan semula data untuk pembelian dua tiket pula pada tarikh dan waktu yang sama, saya dapati tanda nota "One Seat left", sudah tiada tapi kali ini bertukar ke "two seats left"

Strategi yang sama adakalanya digunakan oleh penjual untuk cepat melariskan barangan dan seolah memukau pembeli agar jangan berfikir lagi serta segera bertindak membeli.

Ketahuilah, JIKA kehabisan atau tinggal sedikit itu BUKAN FAKTA SEBENAR tetapi rekaan, itu adalah suatu berdosa bagi penjual serta haram hukumnya atas sebab penipuan.

Atas sebab itu, juga Nabi mengingatkan :-
إن التجار هم الفجار قالوا يا رسول الله أليس قد أحل الله البيع قال بلى ولكنهم يحلفون فيأثمون ويحدثون فيكذبون

Ertinya : Sesungguhnya peniaga-peniaga adalah mereka yang jahat-jahat, sahabat bertanya : wahai Rasulullah, bukankah Allah telah menghalalkan jual beli , Nabi menjawab : Bahkan, tetapi peniaga (yang fujjar atau jahat) ini mereka kerap bersumpah (tentang kehebatan barangan yang dijual) dan mereka berdosa kerananya, mereka juga bila bercakap (ketika promosi) mereka akan sentiasa berbohong. (Riwayat Al-Hakim, sohih isnadnya menurut syarat Bukhari & Muslim; Al-Baihaqi)

Coretan : Ustaz Dr Zaharuddin

Semoga bermanfaat untuk kita semua

No comments:

Post a Comment