Wednesday, August 31, 2016

Antara kehendak dan kewajiban


Aku nak cari yang soleh. Jaga solat…”
Aku pula nak yang solehah, pandai jaga aurat..”
“Kenapa mencari. Kenapa tak menjadi?”

Semua orang pasti ada masalah dalam hidup. Sedar tak kita ia salah satu cara Allah nak suruh kita kembali dekat dengan Nya..?  Solat. Pastinya di awal waktu. Solat jangan dibuat main , brutal mana pun , rock kapak mana pun , jiwang mana pun , janganlah tinggalkan Solat . Solat menghubungkan kita dengan Allah.

Bila kita memikirkan perjalanan hidup ini, dan mengingati setiap dugaan Allah, pastinya kita akan sibuk menjaga kehidupan diri sendiri. Pastinya kita takut menyentuh kehidupan orang lain, apa lagi mencari keburukan dan kelemahan insan disekeliling kita. Sesungguhnya, hidup ini umpama pusingan roda, ada ketikanya kita di atas, ada waktunya kita dibawah. Kesempurnaan kehidupan kita, bukannya jaminan untuk menghina kekurangan kehidupan orang lain. Sentiasa muhasabah diri, jangan leka memandang kekurangan orang lain, sehingga terlupa memperbaiki kelemahan diri…


1 comment: