Kapak dan Emma Maembong


Pada suatu hari, Pak Amir pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Apabila lalu dekat kawasan tasik, Pak Amir tergelincir dan kapak buruknya terjatuh dalam tasik itu. Maka datnglah Pari-Pari Tasik kepada Pak Amir.
Pari-Pari : Kenapa dengan kau?
Pak Amir : Kapak aku terjatuh ke dalam tasik

Pari-Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari-Pari : Inikah kapak kamu?
Pak Amir : Tidak

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari-Pari : Inikah kapak kamu?
Pak Amir : Tidak, kapakku buruk sahaja

Pari-Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari-Pari : Inikah kapak kamu?
Pak Amir : ya, itulah kapak buruk aku.
Pari-Pari Tasik suka sikap Pak Amir yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pula, Pak Amir berjalan di tasik yang sama bersama isterinya. Kali ini isterinya pula tergelincir lalu terjatuh ke dalam tasik. Pak Amir susah hati. Lalu datanglah Pari-Pari Tasik bertanya kepada Pak Amir.
Pari-Pari : Kenapa kamu sedih?
Pak Amir : Isteriku terjatuh dalam tasik

Pari-Pari pun menyelam dan kembali bersama Emma Maembong.
Pari-Pari : Inilah isteri kau?
Sambil menangis Pak Amir menjawab ye.
Pari-Pari pun marah lalu berkata berkata " Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak!"
Sambil menahan pilu, Pak Amir menjawab, "Bukan aku tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Emma Maembong, kau akan bawa pula Luna Maya, kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau membawa isteriku. Bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga kepadaku. Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua. Lagipun hari ni dah mula dikenakan GST pulak tu"


Take Note : Senyum Sokmooooo....

Perbalahan Hudud yang dimardud terlupa Allah yang wujud


Saat aku berada di hudud..
..antara Darul Aman dan Langkasuka yang luput.
..di kota khamar dan pelacur sahut menyahut.
Aku terdengar orang berbalah hukum hudud..
..hukum dari langit yang sedang mardud
..tidak ia di hijjah oleh hukuma bersujud
..namun si gengsi yang bimbang kursinya tersudut
Aku jadi hairan yang teramat
Kenapa hukum itu digaduhkan sangat
..walhal semua yang hidup mahu selamat
..walhal hudud itu hukum penjahat
..walhal orang baik takkan disebat
Jika hudud itu menghukum penjahat
Kenapa orang baik tak mahu berpakat
Kenapa bertikam sampai lumat
..walhal kelmarin berpeluk rapat
Jika hudud itu tak ikut perlembagaan
Kenapa tidak ditukarkan jalan
Lembaga Negara kepada Tuhan
..yang tiada dapat digantikan
..dengan ayat yang memberi kebaikan
Apa yang rugi jika hudu berjalan?
Akan berperangkah Malaysia yang aman?
Jika hudud melanggar hak asasi
Hak siapa yang akan rugi?
Hak penjahat bolehkah diberi?
..seperti ku lihat di kota maksiat ini
Jika hudud itu tidak demokrasi
Memenjara itu semuakah mempersetujui?
Dan hukum Allah perlukan dikonsultasi?
..dengan yang tidak bersyahadah 2 kali?
..atau yang keliru mengaku mengerti?
Jika hudu belum difahami
Masuklah kampung pusing negeri
Berilah ceramah setiap hari
..dari subuh sampai dinihari
..seperti esoknya hendak mengundi
Tulislah kitab barang selori
Tampal poster sana sini
Edarlah risalah macam along dan ceti
..biar dimengerti penjahat dan pencuri
Jika infra hukum belum siap
Apa di tunggu sampai terlelap
Mengatur yang lain bukan main cekap
Mensistemkan perintah Ilahi kenapa lembab
Apa yang tak sedia tolong cakap!!
Biar di kerah si buta dan si gagap
Menggantikan kerja para strategis bercakap
Jika hudud itu menggencatkan pelaburan
Pelabur mana yang hendak di hududkan?
Pelabur yang menyamun perlukan dilayan?
..jika datang mengeksploit kekayaan..
dan pulang memusnahkan kedaraan
Hudud yang sempurna hanya pada Tuhan
Manusia menggubal mesti ada kelemahan
Jika mu pandai, buatlah pembetulan
Janganlah menyalak di segenap jalan
Mu bukanlah haiwan yang tiada fikiran
Hudud itu bukan untuk menyiksakan
Hukum al Wadud itu asasnya kasihan
Tujuan menyelamat si jahat dari siksaan
..siksa yang teramat di hari kemudian
..biarlah di sini di rasakan kesakitan
..supaya dia bersih bertemu Tuhan
Dan..
Kita semua pun haris berkasih-kasihan
Berunding dan berbincang cari kesefahaman
Dengan ilmu dan keikhlasan
Kerana..
Sekarang ini pun Allah memerhatikan..
..siapa yang ikhlas, siapa yang cari undian
Aku yang bingung ingin menyarankan..
Berbuatlah apa pun hanya untuk Allah
Kerana..
Hanya yang ikhlas..
..akan dikurniakan Hidayah Allah
..dan dilihatkan Nur di setiap jalan.



Take Note : Untaian kata diatas merupakan salah satu untaian kata yang diposkan oleh saudara mara Cik Candy dalan group ws 'Haji Embung & Ank Beranak". Group tersebut ditubuhkan bagi menghimpun dan mengeratkan lagi pertalian kekeluargaan kami, tak kira saudara jauh mahupun dekat. Untaian kata diatas diposkan dalam group tersebut bagi renungan kami bersama. Cik Candy mengambil kesempatan lalu menjadikannya sebuah entri disini. Niat dihati sekadar untuk berkongsi dengan para blogger. Ambillah mana yang baik sebagai renungan dan panduan kita. Dimana terlihat keburukannya, maka jauhilah dan dijadikan pedoman buat kita semua. Semoga ada ilmu yang bermanfaat yang dapat dikutip. Wassalam.