Saturday, September 3, 2016

Bahaya Pangkat Dan Harta Benda


Firman Allah :

كَلا إِنَّ الإنْسَانَ لَيَطْغَى * أَنْ رَآهُ اسْتَغْنَى

”Ketahuilah ! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, bila dia melihat dirinya sudah kaya dan serba cukup.” [QS. Al-‘Alaq : 6-7].

عن ابن كعب بن مالك الأنصاري عن أبيه قال : قال رسول الله ما ذئبان جائعان أرسلا في غنم بأفسد لها من حرص المرء على المال و الشرف لدينه

Artinya : "Dari Ka'ab bin Malik berkata, Rasulullah saw bersabda , "Tidaklah dua ekor serigala yang lapar lebih berbahaya bagi seekor kambing itu daripada ketamakkan seseorang terhadap harta dan kedudukan terhadap agamanya".

Semua manusia yang hidup di dunia akan diuji olih Allah swt. Ada kalanya ujian itu berbentuk kemiskinan dan kesusahan dalam kehidupan dan ujian2 lain yang sangat memerlukan kesabaran yang amat kuat dalam menghadapinya. Adakalanya ujian dalam bentuk kesenangan dan kekayaan dan pangkat atau keududukan yang baik. Ujian sebigini terlebih payah untuk seseorang bersabar dengannya.

Abdurrahman bin Auf r.a. berkata :

ابتلينا مع رسول الله بالضراء فصبرنا ثم ابتلينا بالسراء بعده فلم نصبر

Artinya : Kami telah diuji bersama Nabi saw dengan kesempitan dan kesusahan dan kami bersabar, kemudian kami diuji dengan kesenangan dan kami tidak mampu bersabar".

Kasih kepada pangkat dan kedudukan lebih bahaya daripada kasih kepada harta. Sebab seseorang akan mudah mengeluarkan hartanya untuk mengejar dan membeli pangkat, tetapi sebaliknya seorang itu tidak akan menukar pangkatnya untuk mendapatkan harta.

Siapa yang cinta pada harta dan pangkat kedudukan, dia akan tidak hiraukan keadaan orang lain, hatinya sentiasa curiga kepada orang, demi menjaga harta dan pangkat yang sangat dia kasihi.
Tiadalah ubat paling mujarab dalam mendapatkan kesembuhan dari penyakit kasihkan harta dan pangkat ini selain menyedari bahwa semua itu adalah pinjaman Allah swt kepada kita untuk sementara waktu sahaja. Sampai masanya semuanya akan diambil balik olih Allah samada diambil balik setelah kita meninggal dunia atau diambil balik ketika kita masih lagi segar bernyawa.

Berapa ramai orang yang ada harta bertimbun tidak dizinkan olih Allah swt menikmatinya sebab jatuh sakit. Dan ramai yang baru mendapat kekayaan dan belum sempat membelanjakannya tiba2 dijemput pulang olih Allah swt. Tinggallah segala harta dan kekayaan untuk anak isterinya.
Jika ada bekal akhirat, Alhamdulillah. Kalau tiada bekal dibawa mati, nahaslah jawabnya.

Ibnu Mas'ud r.a pernah berkata, "Barangsiapa yang mahu kepada akhirat, dia akan korbankan dunianya. Dan barangsiapa mahu kepada dunia, dia akan korbankan akhiratnya.

Pilihlah apa yang yang kita kamu pilih. Kita yang akan merasai kesudahannya.

No comments:

Post a Comment