Oich tidak!! Rabu dah tiba..

Assalamualaikum..

Selamat pagi uoll. Sihat? Cik Candy doakan uoll sihat dan dilindungiNya sentiasa, Aamin. Untuk pagi nie sama seperti hari-hari rabu yang lepas. Huhuu oich tidak, rabu dah datang!!! Rasa lemah longlai aje hati ini. Macam berat hati nak bersiap pergi kelas.rabu. Tak nak masuk untuk subjek Kawad boleh tak -_-"

Rabu datang lagi. Seperti yang uoll tahu, setiap pagi Cik Candy akan ada subjek Kawad. Untuk pengetahuaan uoll, pada pagi ni Cik Candy dan bebudak kelas *DLC 02*, akan menghadapi satu ujian fizikal. Katanya ujian kawad in bertujuan sebelum kami diserapkan ke dalam Askar Wataniah secara rasmi tak lama lagi. Lemah.. lemah.. memang betul-betul lemah.

Kelas kawad memang setiap hari rabu. Tapi kalau uoll nak tahu, bermula minggu ini *hari isnin haritu dah start* kami akan berkawad setiap pagi sebelum masuk kelas. Parah..parah.. Katanya ini sebagai untuk membiasakan kami dengan ujian ketahanan fizikal yang akan diadakan pada hari ini dan sebagai persiapan mental kami sebelum diserapkan ke dalam Askar wataniah nanti. Maka, setiap pagi selepas rollcall, DLC 02 akan berkawadlah selama setengah jam sebelum masuk kelas. Setiap pagi disuruhnya kami berlari dua papan *dua pusingan padang kawad* dalam berkumpulan. Dalam bab berlari, Cik Candy memang lemah, jadinya kami team DLC 02 akan saling membantu mengcover Cik Candy dan beberapa orang lagi yang ketinggalan dalam berlari. -_-"

Ralet sangat Cik Candy berceloteh ya. Tak sedar pulak jam sekarang dah bergerak dan kian beranjak. Oklah, Cik Candy pun nak bersiap-siap pergi roll call ni. Tak naklah terlamat, nanti ada pulak denda
yangbertimba. Kuikuikuiii... uoll, doa-doakan CIk Candy dapat lepasi semua ujian fizikal untuk pagi ni ye. Okbye! Wassalam.


Nuffnang who recently viewed my blog #Part 2

Assalamualaikum..

Untuk malam ni, Cik Candy nak berentri berkaitan dengan Nuffnang. Thanks pada uoll yang merajinkan diri klik klik klik tabung kawen Cik candy tu ya. Huhuuu Alhamdulillah perkembangan Nuffnang Cik Candy agak laju dan meningkat secara mendadak. Setiap kali melihat angka dalam akaun Nuffnang tu, hati terasa semangat semacam untuk terus berblogging.

Okaylah untuk malam ni Cik Candy memang bersemangat sangat. Untuk pengetahuaan uoll, dua hari lepas Cik Candy cheak Nuffnang tu, adalah peningkatan sedikit. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya adalah juga ya. Untuk malam ni pulak, sekali lagi Cik Candy cheak. Hahaa hati bergembira sangat. Angka meningkat lagi. Cik Candy sangat-sangat berterima kasih kepada uoll yang rajin klik tabung kawen Cik Candy tu.
Jom tengok siapakah yang rajin tu.



Jom bw mereka.