Sebuah Novel Cinta


Seharusnya kita Berdua selamanya
Simpan janjimu Yang kau kata dulu
Jadikan aku Seperti tertulis
Dalam novel cinta

Tapi sebaliknya Masa dah berubah
Hati engkau Tak seperti dulu
Melihat hadirnya Aku fahami
Kemahuanmu

Andai waktu Dapat kembalikan masa
Waktu dulu Semasa kita bersama
Jangan datang Segala cerita
Dalam hidup kita

Mungkin itu Hanya impian dariku
Yang mengalah Demi kebahgiaanmu
Agar engkau berdua bersama
Ku mampu tersenyum Menerima

Andai waktu Dapat kembalikan masa
Waktu dulu Semasa kita bersama
Jangan datang Segala cerita
Dalam hidup kita

Mungkin itu Hanya impian dariku
Yang mengalah Demi kebahgiaanmu
Agar engkau berdua bersama
Ku mampu tersenyum

Seharusnya kita Berdua selamanya
Simpan janjimu Yang kau kata dulu
Jadikan aku Seperti tertulis
Dalam novel cinta

Tiba-tiba Muncul Terus Tukar Template

Wajah lama blog

Wajah lama blog




Assalamualaikum | Malam ni tetiba buka blog ni. Rasa macam nak tukar template. Malas nak fikir panjang terus tukar terus. Pakai template yang zaman dulu kala. Template waktu mula mula belajar blog dulu. Simple dan sangat simple. Edit template? Nantilah edit. Buat masa sekarang mood mengedit tak muncul lagi.

Mana hilang sebelum ni? Tak hilang pun. Ada je dalam dunia blog ni. Cuma tak buka blog ni. Kenapa? Sebab lebih tumpukan blog satu lagi. Kenapa pinggirkan blog ni? Tak pinggir pun. Blog ni ada satu nilai yang tak mampu untuk dinilai. Ada cerita disebalik kewujudan blog ni. Hurmm bila buka blog ni, rasa macam sayu. Sedih pun ada jugak. Tapi takpe, hidup perlu diteruskan. Be strong bro!

Malam ni blogging sambil dengar lagu 'Mungkinkah Terjadi by Spider'. Saja dengar lagu tu, lagu kenangan. Mencari kekuatan disebalik lagu tu. Hah, kekuatanlah sangat, rasanya macam sedih je. Sebek!. Tapi takpe, kuatkan hati.

Mak, pinjamkan hatimu agar aku dapat
belajar bagaimana kau hadapi masalah
tanpa mengeluh sedikit pun