Sakitnya hati ditusuk terkilan

May 25, 2015


Sakit hati. Susah sangat ke nak mintak tolong? Kenapa perlu bagi beribu alasan. Kalau tak nak tolong, terus terang saja. Kang senang!. kenapa perlu kusutkan kepala nak cipta sejuta alasan. Kenapa pelu buat aku terfikir-fikir.

Entah! Tak fahamlah. Time korang mintak tolong, aku cuba tolong yang termampu. Even kadang kala pertolongan yang diminta tu menyusahkan aku. Aku bukan nak mengungkit. Bukan juga nak membangkit. Tapi sekadang meluahkan apa yang aku rasa ketika ni. Terasa. terkilan dengan sikap sesetengah kawan.

Ketika aku berdepan saat getir, kau ada disisi aku tapi bukan untuk menolong sebaliknya untuk menyerabutkan lagi keadaan. Entah! Aku tak faham dan malas untuk memahami. Kau sendiri tahu sikap dan perangai aku macam mana. Kau sendiri jelas cara aku macam mana. bagi aku semua benda tu simple. tapi tak sesimple ABC. Jadi, terus terang saja, kang mudah.

Takut aku terasa? Hah! Come on lah beb. Aku bukan budak kecil lagi. Tak guna kau tolong kalau hati tak ikhlas. Tak guna beb! so better kau cakap je yang sejujurnya. Aku pun tak adalah semak sangat kepala.

Tapi apa pun aku nak korang tahu. Apa yang korang buat, aku maafkan. tapi untuk aku lupakan, mungkin mengambil masa. So faham-faham sudah.

Entri ni, aku tak tuju pada kau, kau, kau dan kau. Sesiapa yang terasa, padam muka! Nampak sangat kau ada buat salah pada aku, kan! Huh, kesah pula aku. Apa pun, pandai-pandai koranglah. Masing-masing dah besar panjang. Kita berkawan ni bukan untuk sehari dua. Kalau boleh berkawan tu biarlah sampai bila-bila.



You Might Also Like

3 ulasan

  1. Situasi dan kawan macam tu memang ramai.. susah nak cari yang betul2 dinamakan kawan..susah payah bersama.. yang nak suka2 je ramai... apa2 pun, yang penting cik candy tak macam tu kan... so keep it that way..

    ReplyDelete
  2. emm..macam faham sangat masalah remaja lebih2 lagi anak perempuan dengan rakan sebaya, pcl kadang menjadi pendengar setia mereka...apa yg boleh hanya mengatakan... abah/mama pon lalui masa itu.. jadi cepat matang dan jangan mudah melatah. Pengalaman itu mendewasakan kita dan mengenal erti perhubungan sesama manusia..

    ReplyDelete

Like us on Facebook