Tuesday, February 21, 2017

Rindu pada yang tiada





Engkaulah rohaniku mengalir dijiwa
Kau nur berkilau dijantungku
Nafasku hela menyembut indah namamu
Kau yang satu
Aku saksikan ujian alam terbentang
Namun dirimu jadi pujaan
Walau diganti di tangan bulan dan bintang
Rela denganmu disatukan
Ku cari ku tanya hanya sebut namamu
Ku sedar ku lena kau tetap bersama
Kini kau yang ku miliki
Nama rupa dan cara 
Bersatu jasad dan nyawaku kita serupa
Sempurna janji kita
Bersaksikan bumi dan tujuh petala langit tinggi
Aku pasti merasai cinta suci
Silaturahim
Kasihmu tiada dapatku cari ganti
Hingga ku rela hancur keranamu
Tiada kata dapat ku lafazkan lagi
Waktu disyurgai cintamu

Take Note : Rindu sebenarnya. Rindu yang tak dapat nak digambar dan diluah. Hati aku menangis kerinduan. Nak aku gapai tapi tak mampu. Nak aku khabarkan tapi takkan didengari lagi. Rindu kian bertambah. Rindu yang tak tak pernah kurang tak pernah padam. Andai rindu dapat dihapuskan aku memilih untuk kekalkan rasa rindu tu. Mungkin ini salah satu cara untuk aku melepaskan kerinduan itu. Semoga kau tenang disana. Semoga kau ditempatkan dikalangan orang yang beramal soleh. 

Bila teringatkan kau, hati mesti berkata-kata. Bagai baru semalam kita kenal. Bagai baru semalam kita bergelak tawa. Bagai baru semalam kita bercerita, bagai baru semalam kau pergi. Hakikatnya dah lama kita kenal dan dah lama kau pergi. Hurmmm rindu lagi sayang. Al-Fatihah

1 comment: