Wednesday, February 22, 2017

Tips Berniaga Online #5


Saya juga seorang penjual online. Tapi bila customer senyap tak jadi beli, saya ok ja.

Tak ada pun nak marah2. Bagi saya tu bukan rezeki saya. Tapi ada sesetengah seller kalau customer PM je mesti nak kena beli barang yang dijual tu.
Jangan buat macam tu 😓. Kita kena fikir. Mungkin customer kita tu teringin tapi bila dia / kita PM dan dapat tahu harga. Harga pulak mahal dari yang dia bajet. Kita tak tau hati dia macamana. Mungkin dia sedih tak dapat barang yang dah lama dia inginkan. Ataupun mungkin dia tengah kumpul lagi duit untuk dapatkan barang yg kita jual itu.
(Saya faham. Selain sebagai seller online, saya juga pembeli online. 😉)

Jadi kepada seller2 online jangan sombong. Jangan marah. Block2 customer apabila dia tak beli barang kita. Selagi dia tak buat hal bukan2, layan la dia elok2. In shaa Allah, percaya rezeki Allah tidak pernah tersalah alamat.

Terima kasih byk2 pada yg sudi membeli dgn saya. Sayang smua..

1 comment:

  1. Betul..kadang2 customer cuma nak survey harga je..jangan marah kalau customer tak beli dengan kita..anggap tu bukan rezeki kita..rezeki tak pernah salah alamat...

    ReplyDelete