Menangis dipagi hari


Assalamualaikum..

Morning uoll. Nampak tak tajuk kat atas ? Sebenarnya untuk pagi ni airmata Cik Candy menitis secara tak rela. Oich murahnya airmata ni pepagi dah keluar. Cik candy cuba menahan tapi tetap juga terkeluar. Sedih..sedihh..

Kenapa Cik Candy menangis ? Sebenarnya untuk pagi ni Cik Candy breakpest Nasi Lemak. Rasanya hari ni first time Cik candy breakpest Nasi Lemah dekat dewan makan asrama. Sebelum ni tak pernah pulak turun ke dewan makan kalau menu Nasi lemak, tapi untuk pagi ni tergerak hati pulak nak makan.

Nak dijadikan cerita, tadi Cik Candy senduk dia punya sambal punyalah banyak. Serius, memang tak terfikir pun pedas ke tidak. Hahaa main bedal aje. Nampak macam best sangat. Warna sambal tu merah pekat. Dah lah delat dalam tu ada bilis. Lagilah mengoda selera Cik Candy.

Usai membaca bismilah, Cik Candy pun memulakan suapan demi suapan, Okay, ada sedikit rasa manis, sebab tadi Cik Candy ada tambahkan kicap sedikit diatas sambal tu. Syok makan, punya makan, tetiba lidah terasa pedas. Syok tak syok manalah, baru dua suapan dah terasa kepedasan tu. Pedah! pedas! pedas kian terasa! tapi Cik Candy tetap teruskan suapan. Nak sangat makan Nasi Lemak kan padahal Cik Candy ni jenis tak tahan pedas orangnya.

Cik candy cuba bertahan, makan dan terus makan. Tapi baru lima suapan dah berhenti. Pedas terlampau sampai mengalir airmata, air pulak jangan ditanya banyak mana Cik candy tegukk. Huhuu alagik pedas sungguh Cik Candy ni. Cik Candy pandang kiri kanan, mereka leka mengunyah  macam langsung tak pedas.

Pedas. Gara-gara pedas, Cik candy menangis untuk pagi ni. Sehingga saat ni, kepedasan tu masih lagi terasa. Inilah bahananya, dah tahu lidah tak tahan dengan kepedasan tapi gatal nak makan pedas juga. kejap lagi ni, memang sah-sah Cik Candy akan berkejaran dengan tandas. Erkkkk... sampai tahap itu sekali ye tak tahan kepedasan Cik Candy. Okbye. Wassalam.


Terasa kerdilnya diri -_-'

Assalamualaikum..

Orang kata dalam hidup ni kena sering bertanya. Orang kata malu bertanya sesat jalan. Orang kata kalau tanya, pastikan soalan yang logik akal. Orang kata pastikan dalam diri ada sikap yang sering nak belajar dari masa ke semasa. Semua tu orang yang kata. Bukan Cik CCandy. Cik Candy sekadar menaip aje. *boleh ke macam tu?*

Sebenarnya untuk malam ni, tetiba Cik Candy terasa kerdilnya diri ini. Terlalu kerdil kowt. Sobsobsobbb T_T. Sebelum ni, Cik Candy ada tenampak dan terbaca berkenaan entri exchange fead blog. Baca sekadar baca, cuba untuk memahami tapi tak berapa nak fahami. Disebabkan tak faham maka Cik Candy abaikan. Tapi semalam, Cik Candy ada terbaca satu entri berkenaan SEO dlm blog salah seorang rakan blogger Cik Candy. Setelah dibaca dan kaji, rupa-rupanya blog Cik Candy ni terdapat banyak lagi kelemahan. Okay, deep sentap disitu. *deep, tak deep sangatlah!*.

Lepas tu, nak dijadikan cerita, setelah ditolak campur tambah dan bahagi cerita, maka Cik Candy pun masuklah group Exchange feed blog dekat dalam whatsaap. Dari situ Cik Candy belajar sesuatu yang berguna. Ada ilmu yang tak pernah Cik Candy dengar sebelum ni pun turut diajarnya. Thanks, thanks dekat semua ahli group tu yang membantu Cik Candy. Sebenarnya rasa malulah juga nak bertanya. Ialah, mereka yang didalam tu, mungkin dah otai dan pro kowt, sedangkan Cik Candy masih lagi bertatih dalam dunia blogging ni. Apa pun Cik Candy harap, dengan ilmu yang dipelajari ni, Cik Candy dapatlah mempraktikkannya untuk blog Cik Candy.