Cara Penanaman Yang Berjaya

Tips Tanaman

1. Pilih media yg sesuai seperti tanah kompos, cocopeat dan sekam.

2. Rawat media terlebih dahulu sebelum menanam. Gunakan bahan semulajadi seperti mikrob utk menyuburkan tanah dan mencegah penyakit bawaan tanah.

3. Gunakan baja NPK atau baja AB yg sesuai.
Ikut jadual pembajaan. Biasa membaja seminggu atau dua minggu sekali.
Utk baja AB biasa setiap hari jika guna sistem fertigasi dan dlm pasu seminggu 3 kali.

4. Gunakan foliar..wajib utk pokok membesar dgn baik.

5. Gunakan kawalan serangga dan penyakit utk menjaga pokok. Pilih yg organik lebih baik

6. Ikut jadual kawalan utk memastikan pokok terus sihat tanpa gangguan dr perosak

7. Lakukan cantasan bila perlu mengikut jenis pokok

8. Semburan mikrob utk tanah hendaklah dilakukan 2 minggu sekali utk menstabilkan tanah.

9. Tanam bunga bungaan keliling projek tanaman kita sebagai kawalan secara biologi.
Cth bunga :Tunera, rose jepun, sunflower, cosmos dll.

Semoga panduan ini dpt diikut oleh semua dlam memastikan tanaman yg kita tanam menjadi.






Macam Mana Tonsil Boleh Wujud

Macam Mana Tonsil Boleh Wujud

Sebenarnya sakit anak tekak atau bengkak tonsil boleh terjadi pada sesiapa saja. Tak kiralah kanak-kanak ataupun yang dewasa. Kebiasaanya kita dengar orang tua-tua cakap “mesti badan anak kurang minum air, tu yang jadi bengkak.”

Kononnya nak menunjukkan yang dalaman badan kita panas hingga tonsil boleh membengkak. Tonsil sebenarnya adalah sebahagian sistem pertahanan badan kita. Tonsil bertindak untuk menghalang bakteria yang cuba masuk melalui saluran penafasan kita.


Tonsil hanya bertindak pada peringkat tahun pertama kita lahir sahaja. Selepas itu, limfa akan ambil peranan untuk menapis semua bakteria yang cuba masuk. Apabila tonsil dijangkiti kuman ataupun bakteria (sejenis bakteria streptococcus) yang dipanggil tonsillitis, ia akan membengkak dan menyebabkan kita sakit dan susah untuk menelan makanan. Ini boleh membawa kepada demam-demam, batuk, pening dan muntah-muntah.

Lebih teruk, bengkak tonsil ini akan menyempitkan saluran penafasan kita dan akan menyebabkan nafas berbau. Bengkak tonsil akan surut secara semulajadi tetapi dengan pengambilan antibiotik akan mempercepat proses penyembuhan. Tonsil akan bengkak berulang kali jika sistem pertahanan badan lemah kerana jangkitan kuman.


Dan sebenarnya ada kes yang kritikal apabila tonsil membengkak hingga teruk dan jangkitan kuman merebak ke organ dalaman penting iaitu ke bahagian jantung dan buah pinggang.

6 Cara Mudah Untuk Hilang Bengkak Tonsil

1. Makan aiskrim vanilla
Cara ini paling mudah dan senang. Tambahan mudah untuk pujuk anak-anak yang memang susah nak makan ubat. Beli aiskrim perisa vanilla (kalau boleh yang dalam bekas, bukan yang stick). Elak ambil aiskrim yang perisa coklat atau strawberi.

2. Berkumur dengan air garam
Kalau anak dah boleh berkumur, anda boleh cuba cara ini. Ini bertujuan untuk matikan kuman-kuman yang ada di sekitar tonsil. Garam dibancuh dengan air suam dan kemudian sila berkumur. Jangan sampai tertelan pula ya. Lakukan berulang kali hingga tekak rasa lebih selesa.

3. Rawat dengan vitamin untuk bengkak tonsil (kuatkan sistem imunisasi)
Untuk mereka yang berulang kali tonsil membengkak, ini menunjukkan jangkitan kuman menyebabkan sistem pertahanan badan lemah. Cadangan terbaik untuk rawat bengkak tonsil dan hilangkannya boleh ambil Scotts Emulsion atau Nutriferon. Kalau boleh sediakan di rumah, ya. Senang, bila anak sakit, terus bagi!

4. Air lemon + madu
Boleh bagi anak minum air lemon suam campur madu, dan tolong elakkan anak minum milo buat sementara. Ciri-ciri anti-bakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu melegakan sakit tekak. Jus lemon juga boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan. Jika diserang sakit tekak, selesema atau batuk berkahak, perbanyakkan minum air lemon yang dicampur dengan madu sedikit demi sedikit sepanjang hari.

5. Jangan bagi makan pedas
Haaa… ini larangan keras untuk pesakit tonsil! Makin pedas, makin bengkaklah tonsil anak tu. Mak-mak boleh sediakn sup dan masukkan bawang putih. Ini bagus nak lawan bakteria di tekak anak.

6. Elak ais
Mungkin ada yang suka makan kedai, jadi beringatlah sebab sesetengah kedai guna ais yang tidak dimasak. Ini pun boleh buat bakteria membiak di kawasan tonsil.



Tonsil bengkak biasanya hanya diberikan antibiotik untuk lawan bakteria. Jadi bila doktor sarankan anak anda makan antibiotik, sila habiskan. Kalau tak, tonsil akan datang balik. Tetapi untuk tonsilitis yang serius sehingga makan ubat apa pun tak jalan, biasanya doktor akan mencadangkan tonsil dibuang. Moga artikel ini bantu kaum mak-mak untuk rawat dan cegah dari peringkat awal bila anak demam sebab tonsil bengkak.