Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Keburukan Membawa Beg Tangan Yang Terlalu Berat

Ngeri kesannya kpd Wanita di luar sana tanpa kita sedari, bila kte sering bawa beg tangan yg trlalu berat.

Golongan WANITA memg tidak dapat dipisahkan dgn beg tangan. Kalau boleh segala benda dari kunci, dompet, bekas alat solek, tisu, telefon bimbit dan sebagainya mahu disumbat di dalamnya.

Kadang2 akibat lambakan barangan di dalamnya, beg tangan tadi terus menjadi berat hingga sukar untuk dibawa.

Tahukah anda wahai kaum Hawa, perbuatan ini sebenarnya sangat bahaya kerana ia memberikan kesan jangka panjang pada tubuh badan anda.
________________________________________

1. Timbulnya rasa sakit kepala yang kerap

Beg tangan yang berat akan memberi kesan terhadap  tulang belakang. Bahagian ini akan terbeban sehingga menyebabkan ketegangan otot yang sekaligus akan menjadikan kepala menjadi sakit.

2. Ketegangan pada leher

Semasa membawa beg tangan yang berat, otot bahu akan 'bekerja lebih kuat'. Otot akan menegang dan memberi kesan kesakitan terhadap leher.

3. Postur badan berubah

Kesan ini paling ditakuti oleh wanita kerana membawa beg tangan yang berat akan menjadikan anda bongkok. Kesannya tidak dapat dilihat sewaktu muda, tunggu sahaja jika sudah berusia nanti.

4. Pembentukan otot bahu tidak seimbang
Selalunya kita mengenakan beg pada bahu yang kita selesa. Tapi tekanan demi tekanan ini menyebabkan otot bahu dominan ini membesar berbanding sebelah lagi.

5.Kebas

Beban pada bahu ini juga akan menyebabkan rasa kebas dan sakit bila ia dipikul dalam tempoh yang lama. Perkara yang sama Ia juga boleh dirasai pada bahagian belakang leher.
________________________________________

Ngeri rasanya kann bila tiap hari2 beg yg kta bawa tu, tanpa kte sedari kesan buruk bawa beg tangan yg terlalu berat kan? Nampak macam perkara biasa namun sebenarnya ade kesannya.

Jadi, korang kena beringat okay! Kurangkan jumlah barang dalam beg dan bawa apa yang perlu sahaja. Beg tangan yang berat ini memudaratkan badan kornag sendiri terutamanya wanita.

sumber: Dipetik dari thelist.com




Cara Penanaman Yang Berjaya

Tips Tanaman

1. Pilih media yg sesuai seperti tanah kompos, cocopeat dan sekam.

2. Rawat media terlebih dahulu sebelum menanam. Gunakan bahan semulajadi seperti mikrob utk menyuburkan tanah dan mencegah penyakit bawaan tanah.

3. Gunakan baja NPK atau baja AB yg sesuai.
Ikut jadual pembajaan. Biasa membaja seminggu atau dua minggu sekali.
Utk baja AB biasa setiap hari jika guna sistem fertigasi dan dlm pasu seminggu 3 kali.

4. Gunakan foliar..wajib utk pokok membesar dgn baik.

5. Gunakan kawalan serangga dan penyakit utk menjaga pokok. Pilih yg organik lebih baik

6. Ikut jadual kawalan utk memastikan pokok terus sihat tanpa gangguan dr perosak

7. Lakukan cantasan bila perlu mengikut jenis pokok

8. Semburan mikrob utk tanah hendaklah dilakukan 2 minggu sekali utk menstabilkan tanah.

9. Tanam bunga bungaan keliling projek tanaman kita sebagai kawalan secara biologi.
Cth bunga :Tunera, rose jepun, sunflower, cosmos dll.

Semoga panduan ini dpt diikut oleh semua dlam memastikan tanaman yg kita tanam menjadi.






Macam Mana Tonsil Boleh Wujud

Macam Mana Tonsil Boleh Wujud

Sebenarnya sakit anak tekak atau bengkak tonsil boleh terjadi pada sesiapa saja. Tak kiralah kanak-kanak ataupun yang dewasa. Kebiasaanya kita dengar orang tua-tua cakap “mesti badan anak kurang minum air, tu yang jadi bengkak.”

Kononnya nak menunjukkan yang dalaman badan kita panas hingga tonsil boleh membengkak. Tonsil sebenarnya adalah sebahagian sistem pertahanan badan kita. Tonsil bertindak untuk menghalang bakteria yang cuba masuk melalui saluran penafasan kita.


Tonsil hanya bertindak pada peringkat tahun pertama kita lahir sahaja. Selepas itu, limfa akan ambil peranan untuk menapis semua bakteria yang cuba masuk. Apabila tonsil dijangkiti kuman ataupun bakteria (sejenis bakteria streptococcus) yang dipanggil tonsillitis, ia akan membengkak dan menyebabkan kita sakit dan susah untuk menelan makanan. Ini boleh membawa kepada demam-demam, batuk, pening dan muntah-muntah.

Lebih teruk, bengkak tonsil ini akan menyempitkan saluran penafasan kita dan akan menyebabkan nafas berbau. Bengkak tonsil akan surut secara semulajadi tetapi dengan pengambilan antibiotik akan mempercepat proses penyembuhan. Tonsil akan bengkak berulang kali jika sistem pertahanan badan lemah kerana jangkitan kuman.


Dan sebenarnya ada kes yang kritikal apabila tonsil membengkak hingga teruk dan jangkitan kuman merebak ke organ dalaman penting iaitu ke bahagian jantung dan buah pinggang.

6 Cara Mudah Untuk Hilang Bengkak Tonsil

1. Makan aiskrim vanilla
Cara ini paling mudah dan senang. Tambahan mudah untuk pujuk anak-anak yang memang susah nak makan ubat. Beli aiskrim perisa vanilla (kalau boleh yang dalam bekas, bukan yang stick). Elak ambil aiskrim yang perisa coklat atau strawberi.

2. Berkumur dengan air garam
Kalau anak dah boleh berkumur, anda boleh cuba cara ini. Ini bertujuan untuk matikan kuman-kuman yang ada di sekitar tonsil. Garam dibancuh dengan air suam dan kemudian sila berkumur. Jangan sampai tertelan pula ya. Lakukan berulang kali hingga tekak rasa lebih selesa.

3. Rawat dengan vitamin untuk bengkak tonsil (kuatkan sistem imunisasi)
Untuk mereka yang berulang kali tonsil membengkak, ini menunjukkan jangkitan kuman menyebabkan sistem pertahanan badan lemah. Cadangan terbaik untuk rawat bengkak tonsil dan hilangkannya boleh ambil Scotts Emulsion atau Nutriferon. Kalau boleh sediakan di rumah, ya. Senang, bila anak sakit, terus bagi!

4. Air lemon + madu
Boleh bagi anak minum air lemon suam campur madu, dan tolong elakkan anak minum milo buat sementara. Ciri-ciri anti-bakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu melegakan sakit tekak. Jus lemon juga boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan. Jika diserang sakit tekak, selesema atau batuk berkahak, perbanyakkan minum air lemon yang dicampur dengan madu sedikit demi sedikit sepanjang hari.

5. Jangan bagi makan pedas
Haaa… ini larangan keras untuk pesakit tonsil! Makin pedas, makin bengkaklah tonsil anak tu. Mak-mak boleh sediakn sup dan masukkan bawang putih. Ini bagus nak lawan bakteria di tekak anak.

6. Elak ais
Mungkin ada yang suka makan kedai, jadi beringatlah sebab sesetengah kedai guna ais yang tidak dimasak. Ini pun boleh buat bakteria membiak di kawasan tonsil.



Tonsil bengkak biasanya hanya diberikan antibiotik untuk lawan bakteria. Jadi bila doktor sarankan anak anda makan antibiotik, sila habiskan. Kalau tak, tonsil akan datang balik. Tetapi untuk tonsilitis yang serius sehingga makan ubat apa pun tak jalan, biasanya doktor akan mencadangkan tonsil dibuang. Moga artikel ini bantu kaum mak-mak untuk rawat dan cegah dari peringkat awal bila anak demam sebab tonsil bengkak.

7 Kebinasaan Akibat Berbohong



Suka berbohong/berdusta adalah sikap yang sangat keji. Hanya orang2 yang dipelihara oleh Allah sahaja terlepas dari sikap ini. Selain merupakan dosa besar ia adalah penyebab dapat laknat dari Allah swt.

Erti bohong atau dusta ialah menceritakan sesuatu yang salah dengan apa yang berlaku, samada disengaja mahupun tidak.

Akhir-akhir ini bohong memang sudah menjalar dan tersebar kemana-mana, begitu laju dan cepat internet dan dunia maya, serta berbagai media televisyen atau radio ke seluruh dunia.

Sudah tidak boleh ditemui suatu hari pun yang sunyi dari pembohongan. Keluar sahaja di televisyen, sudah berbohong. Keluar sahaja di radio, sudah berbohong. Apa lagi di media maya seperti facebook, whats app, instagram dan lain2.

Didalam al-Quran lebih dari 200 ayat mengingatkan kita tentang bahaya berbohong. Antaranya :

1. Pembohong mendapat laknat dari Allah, Allah SWT berfirman yang ertinya:

"Laknat Allah atas orang-orang yang berdusta." (Ali Imran:61).

Erti laknat adalah dijauhkan dari kasih sayang Allah sedangkan rahmat Allah sangat diperlukan oleh manusia untuk mendapat kebaikkan2 dalam hidup.

2. Pembohong tidak mendapat hidayah: Allah SWT berfirman yang ertinya :

"Sesungguhnya Allah tidak menunjukkan orang yang berlebih2an dan sangat berbohong." (QS. Ghafir:28).

3. Para pelakunya menuju kejahatan. Dari Abdullah ibnu Mas'ud ra berkata: Bersabda Rasulullah saw yang ertinya :

"Hendaklah kamu sekalian menjauhkan dari berdusta, Sesungguhnya dusta menunjukkan kepada kejahatan, dan sesungguhnya kejahatan menunjukkan kepada neraka. Seseorang tidak akan berhenti berdusta dan masih menjalankan dusta hingga tercatat di sisi Allah sebagai kazzab ( sangat suka berbohong)." (HR. Bukhari dan Muslim)

4. Bohong ialah kunci kemunafikan.

Dari Abdullah bin Amru bin Al'Ash ra Rasulullah saw bersabda yang ertinya :

"Empat perkara apabila ada padanya maka ia telah menjadi munafik sebenar, jikalau ada satu bagian saja dari mereka, maka ia mempunyai satu bagian kemunafikan hingga ia meninggalkannya. Apabila bercakap dia berdusta, bila melakukan perjanjian dia khianat, apabila berjanji dia ingkar dan apabila berselisih dia jahat. (HR. Bukhari dan Muslim)

Imam Nawawi mengatakan: Makna hadits diatas adalah orang-orang yang mempunyai sifat-sifat ini adalah menyerupai sekali seperti kaum munafik, Karena munafik sejati adalah orang yang menyembunyikan apa yang tidak sesuai dengan dhahirnya.
(Syarah Muslim)

5. Bohong/dusta adalah khianat yg sangat besar. 

Dari An Nawwas bin Sam'an ra Rasulullah saw bersabda yang ertinya :

"Khianat besar adalah anda menceritakan kepada saudara kalian sebuah kisah lalu ia membenarkanmu sedangkan anda mendustainya."
(HR. Ahmad

7. Hidup Tidak Berkat

Dari Hakim bin Hizam ra dari Nabi saw bersabda yang ertinya :

"Dua orang yang berjual beli bagi keduanya khiyar (pilihan) sebelum berpisah, jikalau keduanya jujur dan menjelaskan (barangnya dengan jujur) maka keduanya diberkati dalam jual-beli mereka, dan apabila keduanya berdusta dan menutupi maka dihilangkanlah berkat jual beli mereka." (Riyadlush Shalihin jilid 4 hal 193)

Semoga kita dijauhkan dari sikap suka berbohong.Amiin Ya Rabbal 'alamiin.


Berzikir Bagi Wanita Haid


ZIKIR kepada ALLAH SWT merupakan suatu kewajipan bagi setiap Muslim dan Muslimah.Sebagaimana yang difirmankan Allah SWT:

"Kerana itu, berzikirlah (ingat) kamu kepadaKu nescaya Aku akan ingat kepada kamu, dan bersyukurlah kepadaku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku."
(Al-Baqarah: 152)


Firman Allah SWT:

"Dan sesunggugnya berzikir (mengingati) Allah adalah lebih besar (keutamaannya dan ibadah-ibadah yang lain."
(Al-Ankabut: 45)

Dalam mengisahkan Yunus a.s., Allah berfirman:

"Maka kalau sekiranya dia (Yunus) tidak termasuk orang-orang yang banyak berzikir kepada Allah, nescaya dia akan tetap tinggal di dalam perut ikan itu sampai hari berbangkit."
(Al-Shafat: 143-144)

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:

"Perumpamaan orang yang berzikir kepada ALLAH dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang hidup dan orang mati."


Di antara bentuk kemurahan Allah SWT terhadap kaum wanita adalah memberikan keringanan kepada kaum wanita untuk berzikir kepadaNya semasa dalam waktu haid, meski pada saat itu mereka tidak boleh mengerjakan solat dan puasa.


Ummu Athiyyah r.a. menceritakan:

"Kami diperintahkan keluar pada hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, juga wanita pingitan dan gadis."

"Wanita-wanita haid keluar dan menempati posisi di belakang jamaah yang mengerjakan solat, dan bertakbir bersama-sama mereka." Lanjut Ummu Athiyyah."
(HR. Muttafaqun 'alaih)


Imam Nawawi rahimahullah juga mengatakan:

"Ucapan Ummu Athiyyah, 'Wanita-wanita haid itu bertakbir bersama jamaah menunjukkan dibolehkannya zikir kepada Allah SWT bagi wanita haid dan wanita yang sedang junub.Yang diharamkan baginya adalah membaca Al-Quran."



Kredit : Berita Islam

Kaki Cantiq Tea Medina Desire

Minum KCT
KAKICANTIQ TEA(LEGS TEA)
RM25 + RM8 (postage)

🌹KCT adalah dirumus khas daripada 100% dry herbs dan tiada kimia
🌹KCT untuk mengecilkan peha dan lengan. fokus kepada peha dan lengan
🌹KCT juga utk membuang air berlebihan dalam badan
🌹KCT melawaskan kencing
🌹KCT di ambil sebelum breakfast

PANDUAN MINUM KCT

1-rendam uncang bersamaan 250ml ke dalam air panas
2-setelah suam bole terus minum.
3-minum pada waktu pagi sebelum sarapan pagi
4-uncang yg sama bole di guna sebanyak 2 kali

KESAN MINUM KCT

🌂akan merasa dahaga disarankan minum air lebih
🌂kerap membuang air kecil
🌂akan merasa kurang selera makan
🌂cepat kenyang
🌂di sarankan minum KC TEA berterusan utk mendapat kesan yang cepat

🌹rasa KCT MCM lite rebina campur dengan serai
🌹KCT boleh ambil time period

INGREDIENTS KCT:

☘Dry herbs 100% no chemical. 4 ingridient verbena lemon grass etc

🍄KCT boleh buat scrub. settle guna 2 kali untuk satu uncang, jangan la pandai2 buang. boleh buat scrub muka
🍄jangan gosok muka mcm pakai toner. ampas tea tu kasar sikit. gosok slow slow ja kat muka. kalau kuat takut terguris muka sbb serai kan.
🍄lps srub2 terus basuh.. jngn biar mcm mask yer

🌹satu pack ada 15 uncang. satu uncang boleh guna 2 kali
🌹sesiapa yg x suka minum kosong boleh letak madu or lemon. madu original tau.

*RAJIN RAJIN KAN LAH MEMBACA* 🤗🤗

Untuk lebih jelas, korang boleh ke page facebook Detoks Tea Medina Desire



Set Combo Detox Tea Medina Desire

Panduan Minum SET COMBO RM40.00

☢PANDUAN MINUM KAKI CANTIQ TEA RM25.00/Pack
------------------------------------
🍵 Rendam uncang bersama 250ml ke dalam air panas@
🍵 Tunggu 3-5 minit hingga tea kembang
🍵 Setelah suam boleh terus minum
🍵 Minum sebelum sarapan pagi


☢PANDUAN MINUM SLIMMING & DETOX TEA RM15.00/Pack
-------------------------------------------
🍵 Rendam uncang bersama 250ml ke dalam air panas
🍵 Tunggu 3-5 minit hingga tea kembang
🍵 Setelah suam boleh terus minum
🍵 Minum pada waktu malam sebelum tidur

* Jika nak kan kelainan rasa, boleh ditambah madu atau lemon. PENAMBAHAN GULA, tak dibenarkan & tak diayorkan sama sekali *

➕RE-USE TEABAG are not recommended, sebabnya nutrient tea akan berkurang.

❗Sila pastikan anda minum 2-3 liter air kosong@suam sehari untuk mempercepatkan proses pembuangan toxic dalam badan & membantu menurunkan berat badan dengan cepat

🍎 Untuk kesan yg maksima perlulah mengamalkan diet yang seimbang
🍧 Kurangkan pengambilan minuman berais
🍭 Kurangkan pengambilan gula berlebihan
🏋🏼 Amalkan sedikit senaman/workout

RASA TEA ♨

🍃 Slimming Detox Tea- Rasa mcm teh biasa tapi tidak kelat atau pahit

🍂 Kaki Cantiq Tea- Rasa ribena dengan serai

Untuk detail boleh ke page facebook Detoks Tea Medina Desire




5 Punca Penyakit Hati



Allah swt berfirman :

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim: 7)

Ketahuilah bahawa setiap anggota badan kita diciptakan oleh Allah swt untuk tugas2 yang khusus, seperti mata diciptakan untuk melihat, telinga untuk mendengar, dan begitulah seterusnya. Adapun tanda sakit anggota badan adalah apabila anggota kita tidak melaksanakan tugas tersebut dengan betul.

Sebagai contoh mudah, mata yang tidak dapat melihat dengan jelas maka ialah mata yang sakit, telinga yang tidak mendengar dengan baik,ialah adalah telinga yang sakit.

Demikian pula dengan hati, hati yang sakit terlihat dari ketidak mampuannya melaksanakan tugas khusus yang sebabnya Allah swt menciptakannya yaitu mengenal Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk mencintai-Nya serta untuk beribadah kepada-Nya Maka barangsiapa yang lebih mencintai dan lebih mementingkan sesuatu selain Allah swt berarti hatinya sakit.

Sungguh sudah menjadi fitrah manusia apabila ia ditimpa suatu penyakit dia akan berusaha mencari ubatnya, benarlah kata pepatah “mencegah lebih baik dari mengubati.” Dan untuk mencegah suatu penyakit maka kita harus mengetahui penyebab-penyebabnya.

Ada suatu penyakit yang lebih berbahaya dari semua penyakit jasmani yang paling berbahaya. Sungguh suatu kerugian bila seseorang ditimpa suatu penyakit tapi ia sendiri tidak menyedarinya. Penyakit ini mudah sekali menular dan mudah tertanam dalam tubuh, dan berkemungkinan kita mengidap penyakit yang sangat berbahaya itu. Penyakit itu adalah penyakit hati.

Elok kita perhatikan penyebab-penyebab penyakit hati dengan senantiasa memohon pertolongan kepada Allah swt agar terhindar dari penyakit-penyakit tersebut dan berusaha mengubatinya bila kita telah terlanjur terjangkit penyakit tersebut.

1. Sebab berbuat syirik kepada Allah swt.

Syirik adalah jika seorang menyekutukan Allah swt dalam ibadah kepada-Nya. Di samping dia beribadah kepada Allah swt dia juga beribadah kepada selain Allah. Perbuatan syirik adalah perbuatan yang sangat tercela dan terlaknat.

Orang yang terkena penyakit ini ia akan menjalani hidupnya di dunia ini dengan iman dan aqidah yang cacat, hatinya akan selalu sakit, semua yang dilakukannya hanya berkisar nafsu belaka, dia tidak akan mengenal agama Islam ini dengan baik, sebaliknya dia akan mendapatkan kesedihan, perasaan takut, dan kehancuran, bahkan Allah swt menyifati orang-orang yang berbuat syirik kedudukannya lebih rendah dari binatang-binatang ternak. Allah swt berfirman,

أَمْ تَحْسَبُ أَنَّ أَكْثَرَهُمْ يَسْمَعُونَ أَوْ يَعْقِلُونَ إِنْ هُمْ إِلاَّ كَاْلأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ سَبِيلاً

“Atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami.

Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu).” (QS. Al-Furqan: 44)

Disebutkan di dalam Alquran, orang yang berbuat syirik seperti seorang yang jatuh dari langit, kemudian disambar oleh burung-burung, dan dicabik-cabiknya, atau dilemparkan oleh angin ke tempat yang jauh dan hina.

2. Sebab derhaka kepada Allah swt.

Apabila derhaka (maksiat) sudah bertumpuk dalam hati seseorang, maka dia akan menghalangi pandangan hati sehingga dia tidak dapat melihat, menyedari, memahami serta berfikir tentang ayat-ayat Allah swt.

Jika maksiat telah berkumpul dalam hatinya, maka dia akan menutupnya sehingga hatinya tidak menyenangi kebaikan dan tidak mahu berdzikir kepada Allah swt, lalu yang paling menyedihkan ia akan dikuasai oleh hawa nafsurnya yang jahat, sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى اْلأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلُ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِيْنَ كَذَّبُوْا بِئَايَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُوْنَ

“Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dijelirkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menjelirkan lidahnya (juga).

Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka khabarkanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.” (QS. Al-A’raf: 176)

3. Sebab kelalaian dari berdzikir kepada Allah swt.

Manusia yang lalai akan terkejut tatkala mendengar dzikir atau nasihat dari seseorang, meskipun dia seorang penuntut ilmu, apalagi orang awam. Hal ini disebabkan kelalaian dari merenungi ayat-ayat-Nya sehingga syaitan masuk melalui peredaran darahnya menuju hatinya. Oleh karena itu, Allah swt sentiasa mengingatkan hal ini sebagaimana dalam firman-Nya,

وَاقْتَرَبَ الْوَعْدُ الْحَقُّ فَإِذَا هِيَ شَاخِصَةٌ أَبْصَارُ الَّذِينَ كَفَرُوا يَاوَيْلَنَا قَدْ كُنَّا فِي غَفْلَةٍ مِّنْ هَذَا بَلْ كُنَّا ظَالِمِينَ

“Dan telah dekat kedatangan janji yang benar (hari berbangkit). Maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir. (mereka berkata): “Aduhai, celakalah Kami, Sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang zalim.” (QS. Al-Anbiya: 97)

Orang yang lengah atau lalai diibaratkan seperti orang yang masuk ke dalam masjid lalu syaitan menekannya sehingga orang tersebut tidak berdzikir kepada Allah sedikit pun, seperti orang yang datang ke sebuah majlis ilmu lalu tertidur atau memikirkan hal-hal dunia, sehingga ia tidak memahami isi dari ilmu yg disampaikan tersebut.

Tak kurang ramai yang merasakan dari berzikir kepada Allah adalah lebih baik membaca surat khabar atau bermain bola dan seumpamanya. Allahu Akbar

Kelalaian menyerang hati seseorang, sehingga membuatnya berpaling dari taat kepada Allah swt, tidak senang berdzikir, tidak senang mendengar suatu kebaikan dan tidak mau mendekati kepada para ulama.

4. Sebab berpaling dari mempelajari ilmu agama, mendalami, dan mempelajari sunnah Rasulullah saw.

Pada zaman sekarang ini, kita sering mendapati orang lebih faham ilmu dunia daripada ilmu agama, bahkan masalah-masalah yang ringan dalam agama mereka tidak mengetahuinya, tata-cara berwudhu atau mandi pun mereka tidak memahaminya, mereka lebih mendahulukan urusan dunia yang fana ini.

Kemudian ada sebagian kaum muslimin yang berpaling dari membaca dan memahami Alquran dan al-Hadis, sehingga hati mereka terjangkit suatu penyakit berbahaya. 

Terbukti pada zaman sekarang ini, banyak para pemuda muslim yang buta akan huruf Alquran dan tidak mampu membacanya apa lagi membaca Hadith2.. Mereka enggan belajar ilmu agama Islam yang benar, yang digali dari Alquran dan sunah berdasarkan pemahaman para pendahulu mereka yang soleh seperti para sahabat Rasulullah saw. Mereka lebih menyukai mempelajari buku-buku cerita rekaan, kisah orang2 yg lalai dan hasil karya musuh-musuh Islam, padahal Allah swt telah berfirman,

وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِى فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى {124} قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَى وَقَدْ كُنتُ بَصِيرًا {125} قَالَ كَذَلِكَ أَتَتْكَ ءَايَاتُنَا فَنَسِيتَهَا وَكَذَلِكَ الْيَوْمَ تُنسَى {126}

“Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunnya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah dia, ‘Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?’ Allah berfirman: “Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan.” (QS. Toha: 124-126)

بَارَكَ الله لِيْ وَلَكُمْ فِي الْقُرْآنِ الْكَرِيْمِ، وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الْآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ

5. Sebab sibuk dengan urusan dunia dan mengabaikan agama.

Apabila seorang telah terjangkit penyakit ini, maka waktu-waktunya, samada siang atau malam dia habiskan untuk mengejar dunianya, pikirannya terfokus agar tercapai semua keinginannya. Adapun akhirat mereka kesampingkan sehingga tidak heran kalau ramai yang lebih suka ke tempat hiburan dari ke masjid, ramai yang lebih suka bersukan dari mendengar kuliyah agama, ramai yang lebih suka menonton tv dan filem bersama anak isteri dari menghadiri majlis ilmu. 

Kita bimbang inilah sifat yang difirmankan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala bahwa ia termasuk orang-orang yang lari dari berdzikir kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dalam Alquran Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

أَفَلاَ يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْءَانَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَآ

“Maka apakah mereka tidak memperhatikan Alquran ataukah hati mereka terkunci?” (QS. Muhammad: 24)

Mudah-mudahan kita tidak termasuk orang-orang yang lalai hati kita dari berdzikir kepada Allah swt dan mudah-mudahan Allah swt menolong kita sehingga senantiasa kita dapat menghindari penyebab-penyebab sakit hati tersebut dan senantiasa diberikan petunjuk dan hidayah-Nya. Amin.




Kehebatan Azan


Satu kajian yang di buat oleh Dr. Azhar Sarip berkaitan seruan azan ini membawa satu penemuan yang amat menarik. Dr Azhar melihat azan dari sudut gelombang otak. Menurutnya azan memberi impak yang besar di dalam kehidupan manusia.

Bahkan sesuatu yang cukup indah, sukar digambarkan dengan kata-kata. jom baca! rugi tak baca!

KENAPA BAYI BARU LAHIR DIAZANKAN?

Kajian Dr. Azhar, ketika seorang bayi dilahirkan ke dunia. Azan adalah usaha bapa untuk memasukkan pesanan tentang keagungan Allah terus kepada gelombang bawah sedar atau minda bawah sedar bayi itu.

Tujuannya,supaya bayi itu nanti faham apa saja di dalam hidup ini akan kembali kepada kebesaran Allah kemudian kalimah syahadah pula menyatakan kesaksian bahawa Allah itu Esa.

Tambah Dr. Azhar, azan adalah formula besar di dalam hidup. Apabila terdengar laungan ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR! Ia satu kaedah untuk manusia merasai kebesaran Allah dan merasa Allah itu wujud.

Di dalam azan itu terletaknya asas sifat 20. Meletakkan rasa cinta dan sayang kepada Allah. Manakala Syahadah, kesaksian kepada Tuhan yang Esa dan Rasulullah pesuruh Allah.

Pengertiannya, apabila berpegang kepada sunnahnya maka akan selamat dunia dan akhirat.

“ Kemudian kita melihat Hayya’alassolah, disambut oleh orang yang mendengar azan “ La haula wala quwwata illa billah”. Yang bermaksud “ tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah”. Perkataan “ala-s-solah”, maksud ‘al’ adalah the iaitu definite atau ditentukan.

Maknanya bila solat, kita harus solat dalam gelombang otak yang tertentu.

“ Solat kita mesti berada di dalam gelombang theta iaitu gelombang rendah. Begitu juga azan berada di dalam gelombang theta. Gelombang yang rendah , tenang dan zon makbul doa.

Sebab itulah apabila azan, dikehendaki diam kerana ketika itulah makbul doa. JANGAN lepaskan peluang untuk meminta dari Allah ketika itu kerana itu lebih baik daripada bercakap kosong ketika azan,” jelasnya.


AZAN STABILKAN GELOMBANG DUNIA

DR. AZHAR menjelaskan, azan yang dilaungkan muazin bukan sekadar untuk menyeru solat tetapi bertindak sebagai penstabil gelombang dunia.

Gelombang azan rendah, sedangkan gelombang dunia tinggi. JADI AZAN YANG MENSTABILKANNYA balik supaya dunia menjadi tempat yang selesa untuk dihuni.

Andainya suatu hari nanti sudah tidak ada lagi azan dilaungkan, maka gelombang dunia ini akan menjadi semakin tinggi dan macam-macam akan berlaku. MasyaAllah..

Suatu masa dulu, kajian yang dilakukan mendapati, semua pokok dan alam ini berada pada tahap gelombang alpha.

Sebab itu apabila berada di kawasan yang di kelilingi pokok kita akan merasa tenang.

Sekarang keadaan telah berubah apabila pokok-pokok sudah ditebang dan binatang banyak yang pupus menyebabkan manusia berada di dalam gelombang stress. Sebab itulah setiap hari banyak orang yang stress.

Menurutnya lagi, secara asasnya manusia mengeluarkan empat gelombang tanpa gagal setiap hari iaitu gelombang beta, alpha, theta dan delta.

Sekarang ini keadaan sudah berubah. Dianggarkan hampir 90 peratus populasi di dunia berada di dalam gelombang beta. Gelombang yang stress, buntu dan segala perkara yang negatif.

Semua perkara ini berlaku kerana orang Islam tidak pernah faham.

Allah menyayangi hambaNya. Melalui azan Allah kirimkan rasa sayangnya kerana azan itu terletak di dalam gelombang theta iaitu gelombang makbul doa dan zon ketenangan.

“ATURANNYA BEGINI,……………………………………………..
semua manusia berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang yang tinggi.

Kemudian apabila masuk saja waktu solat, kita mengambil wuduk masa itu gelombang akan turun ke alpha.

KEMUDIAN APABILA AZAN,………………………………………

gelombang it terus turun kepada gelombang theta. Sebab itulah kita digalakkan solat tepat pada waktunya sewaktu gelombang theta supaya lebih khusyuk.

“Ketika azan juga dikehendaki supaya jangan bercakap, sebaliknya menghayati.

Semua itu ada sebabnya. Ia ada kaitan dengan gelombang theta. Sebabnya ketika badan berada di dalam gelombang theta tiga hormon penting iaitu melatonin, endrofin dan serotonin akan dirangsang keluar.

Hormon inilah yang mempengaruhi tahap kesihatan mental dan fizikal manusia,” jelasnya.

AZAN TANDA SAYANG ALLAH

Setelah memahami kedudukan azan dari sudut sains, barulah solat akan menjadi lebih khusyuk. Setiap orang mula faham, melakukan solat adalah kerana rasa cinta kepada Allah dan bukan kerana terpaksa.

Menurut Dr. Azhar, Allah terlalu sayangkan hambaNya dan diberi peluang setiap orang menikmati gelombang theta, bukan saja pada azan tetapi pada waktu subuh, dhuha dan asar. Itulah zon makbul doa.

Kemudian Allah berikan kepada orang Islam untuk duduk selama sebulan di dalam gelombang theta, iaitu pada bulan Ramadan.

Sebab itulah orang yang berdoa ketika ia berpuasa, akan dimakbulkan doanya selain dari sudut kesihatannya, memang sudah dibuktikan manfaatnya.


“Azan adalah penyelesai banyak masalah dari penyakit luaran hinggalah rohani dan ketika menghadapi musibah.

Sebab itu di dalam Islam apabila ditimpa musibah dianjurkan untuk ucapkan INNALILLAH….iaitu kembali kepada Allah ataupun azan.

Ini kerana gelombang rendah mempunyai tenaga yang paling kuat. Orang yang sedang buntu fikirannya akan merasa tenang dan kuat jiwanya untuk menyelesaikan masalah.


Azan itu merangsang otak kanan dan menguatkan jiwa.


“ALLAH tidak berikan sesuatu itu termasuk azan dengan sia-sia atau memusnahkan kita. Ada hikmah di sebaliknya yang perlu dikaji dan ambil berat untuk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat,” katanya.

SOLAT PADA GELOMBANG THETA

Berbalik semula pada solat yang seharusnya terletak di dalam gelombang theta.

HASIL KAJIAN yang dilakukan mendapati bahawa solat yang berada pada tahap gelombang theta akan menyebabkan TIGA PERKARA. Menurut Dr. Azhar, perkara PERTAMA yang berlaku ialah hormon MELATONIM akan dibebaskan.

Hormon itu adalah pengawal segala pengawal atau bertindak sebagai pengawal trafik.

Tugasnya mengawal semua benda di dalam badan seperti tidur, mengawal tekanan dan mengoksidasikan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel badan.


“Secara mudahnya begini. Jika anda kena kanser, itu bermakna ‘pegawai trafik’ tidak pandai mengawal lalu lintas, menyebabkan sel berlanggar sesama sendiri. Melatonim tidak mampu lagi mengawal sel.

Sebab itulah apabila orang yang menghidap kanser tahap satu dan dua saya akan suruh mereka amalkan azan dahulu kerana ia akan menurunkan gelombang otak supaya melatonim boleh dikeluarkan.”


“Yang KEDUA, ENDROFIN, iaitu morfin semula jadi manusia. Perhatikan pesakit di hospital, jika bertindak ganas, gelisah, kelam kabut dan sakit doktor hanya suntikkan morfin supaya kita tenang dan tidur.

Tapi sebenarnya kita sudah ada morfin semula jadi yang dikeluarkan dari otak.


Soalnya kenapa kita tidak boleh keluarkan morfin itu supaya kita jadi tenang?

Kerana solat kita selalu di dalam keadaan lalai dan mengambil mudah soal azan.”

“AKHIR sekali SEROTONIM atau AGEN CERIA.

Jika tidak cukup hormon ini di dalam badan, akan jadi murung, dan boleh membunuh diri.

Untuk mengawal rembesan hormon itu, juga boleh dilakukan dengan solat dan azan pada tahap khusyuk.” Jelasnya.

Sambungnya lagi, yang menjadi masalah, semua hormon itu tidak seimbang di dalam badan. Itulah yang menimbulkan pelbagai masalah di dalam hidup termasuk penyakit dan perasaan negatif.


SEBENARNYA ALLAH TELAH BERIKAN CARA UNTUK MENGAWAL SEMUA HORMON DI DALAM BADAN IAITU DENGAN CARA SOLAT DAN PENGHAYATAN AZAN.


Dr.Azhar menyatakan bahawa kebanyakan orang sekarang mendirikan solat di dalam gelombang beta, iaitu melakukanya di dalam keadaan kelam kabut dan lalai.

Badan yang berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang tinggi, akan menyebabkan stress, tertekan dan kelam kabut.


“HANYA DENGAN SOLAT DAN AZAN SAJA GELOMBANG ITU BOLEH DITURUNKAN KE TAHAP THETA SECARA SEMULA JADI.”


wallaualam bissawab..




Allah... Hebat kn? bayangkn jika tiada lagi azan yang berkumandang?

Menara Tertinggi Di Dunia Burj Khalifa


Uni Emirat Arab nampaknya boleh berbangga dengan keberhasilan mereka mengubah semua wilayah berpasirnya menjadi sebuah negara yang maju dalam kurun waktu setengah abad.

Bahkan, khusus di bidang arkitektur, Dubai sudah menegaskan kemajuannya dengan membangun sebuah gedung pencakar langit yang dinamakan Burj Khalifa.

Burj Khalifa secara rasmi dibuka pada 4 Januari 2010, bangunan yang berlantaikan 160 ini di daulat oleh Wikipedia sebagai salah satu gedung tertinggi di dunia buatan manusia.

Segala kehebatan arkitektur yang menjadi penyusun Burj Khalifa juga membuatnya terkenal akan 10 fakta menarik tentangnya. Inilah sepuluh fakta menarik itu:

1- Dengan ketinggian 868 meter, Burj Khalifa boleh dikatakan dua kali lebih tinggi dari gedung Empire State dan tiga kali lebih tinggi dari menara Eiffel.

2- Burj Khalifa telah memecahkan beberapa rekord, sekaligus iaitu sebagai bangunan berstruktur bebas (tanpa penyangga) tertinggi di dunia,
Lantai tertinggi yang dihuni manusia di dunia, dek observasi outdoor tertinggi di dunia, serta lift berjarak terjauh di dunia.

3- Catatan arkitektur Burj Khalifa menyatakan bahawa berat beton yang digunakan untuk membangun gedung tersebut setara 100.000 gajah.

4- Design bangunan secara keseluruhan mengadaptasi bentuk bunga Hymenocallis dari Yunani.

5- Bangunan ini dirancang oleh perusahaan asal Korea Selatan, Samsung Engineering and Construction.

6- Pembangunan Burj Khalifa menghabiskan kos yang bukan alang-alang, yakni sebanyak 1,5 milion dollar AS.

7- Dalam proses pembinaannya, sekitar 12.000 pekerja dikerahkan untuk melaksanakan projek tersebut.

8- Begitu tingginya Burj Khalifa hingga hujung bangunannya dapat terlihat dari jarak 95 kilometer.

9- Pada awalnya, bangunan pencakar langit ini dinamakan Burj Dubai, namun, kemudian diganti menjadi Burj Khalifa untuk menghormati Sheik Khalifa bin Zayed al Nahyan, penguasa Abu Dhabi yang telah menyelamatkan Dubai dari muflis pada tahun 2009.

10- Burj Khalifa dilengkapi dengan 54 lift dengan kecepatan 60 kilometer per jam.




fuhhh... what do you say? maju gila negara nie. Negara kaya. tk hairanlh semaju inie.. tmpt kdua yg nia idam2 kn nk d jejaki. Aamiin.. smoga Allah izinkn.

Sumber : robertqtillsonburg.com




Rahsia lubang hidung | Mengapa lubang hidung ada dua?



MENGAPA LUBANG HIDUNG ADA DUA?

Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan kanan.

Apakah fungsinya sama?
Sebenarnya fungsinya TIDAK sama dan dapat kita rasakan bezanya.

Sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan yang kiri mewakili bulan (mengeluarkan sejuk).

Jika SAKIT KEPALA, cubalah MENUTUP Lubang hidung sebelah KANAN, bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.

Jika merasa LELAH/PENAT, lakukan sebaliknya.
Tutup lubang hidung sebelah KIRI dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan.

Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya MUDAH sekali sejuk.

Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga CEPAT sekali marah.

Apakah Anda memperhatikan pada saat bangun, lubang hidung mana yang bernafas lebih cepat?
Sebelah kiri atau kanan?

Jika lubang hidung kiri bernafas lebih cepat, Anda akan merasa sangat lelah.

Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi kesannya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.

Pada suatu malam, saya duduk menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri.

Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh.
Saya terus melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang, sakit kepala saya tidak kembali lagi.
Luar biasa, sungguh sempurnanya pengaturan ciptaan Allâh.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Inshaa ALLAH.....