Tawan Hati Encik Abang Sayang Dengan Cara Paling 'Class'!

March 14, 2017

*gambar uncle google*

Susahnya nak memahami hati seorang lelaki. Maklumlah golongan ini sukar berterus-terang dan tidak gemar meluahkan dengan kata-kata jika berlaku sesuatu yang tidak kena. Sebagai isteri, pasti anda gusar jika suami asyik bermasam muka tetapi anda tidak tahu di mana salahnya.

Perhatian dan belaian manja dari seorang isteri tercinta adalah antara perkara utama yang lelaki inginkan. Sebolehnya mereka mahu diberikan perhatian bertaraf lima bintang.jika tidak mulalah mereka mencari jalan keluar dengan mencari cinta baru hingga terjebak dengan cinta budak sekolah seperti yang viral baru-baru ini.

Jika anda tidak mahu perkara ini berlarutan, sila awasi tingkah laku suami anda dan lakukan perubahan mulai hari ini dalam menawan hati suami dengan cara paling class!


1. Up to Date
Biar pun anda bergelar suri rumah sekali pun dan terlampau sibuk uruskan anak-anak. Jangan sesekali ketinggalan zaman, sentiasa up to date termasuklah dari segi berpakaian atau menggunakan gajet agar kamu tahu apa suami kamu lakukan dengan teknologi.


2. Ingatlah Suami Dalam Doa
Sebagai manusia yang lemah, jangan lupa Allah sentiasa bersama kita. Oleh itu, sentiasalah panjatkan doa agar hubungan suami isteri sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Sentiasa berdoa agar saling menyayangi dengan setulus hati.


3. Bersalaman
Biar pun dianggap remeh, jangan lupa untuk tegur dan salam tangan suami apabila dia sampai ke rumah dari tempat kerja sebelum kamu menyambung tugas-tugas lain di rumah. Respek, respek dan respek!


4. Buat Apa Pun Kena Bawa Bincang
Berlatih dan sentiasa menjadi pendengar yang baik untuk suami. Tidak kira mendengar masalahnya di tempat kerja ataupun berbincang mengenai hal keluarga sendiri.


5. Layan Hobi Suami
Sentiasa beri suami masa yang berkualiti untuk dia lakukan apa yang dia mahu contohnya melayari internet atau melihat apa yang dia suka di e-bay dan online dan sebagainya. Jangan jadi mandur dalam kegemaran dan hobi suami. Lebih indah jika anda dan si dia melakukan hobi itu bersama-sama.

6. Masakan Kegemaran
Selalu masakkan makanan kegemaran si suami, tidak susah dapatkan sahaja rahsia dari ibu mertua kesayangan anda. Melalui masakan sebenarnya anda boleh tambat hati suami dan memberikan kebahagiaan buat si suami. Tidak perlulah dia ke kedai mamak lagi jika perut berkeroncong

7. Elak Suami Rimas
Kerap menelefon suami adalah perkara yang merimaskan kaum lelaki. Apatah lagi di pejabat terlalu banyak tugas dia perlu selesaikan. Memadai hubungi sekali di waktu makan atau menghantar pesanan agar dirinya tidak terasa terganggu.


Selamat mencuba!

Credit : Majalah Wanita

You Might Also Like

6 ulasan

  1. Paling setuju dengan point no 5 dan no. 7, bila kita hormat hobi masing-masing inshaAllah kita akan faham dan takda masalah antara satu sama lain. Yang nombor 7 pulak, memang lelaki tak suka bila terlampau overly-attached sangat. tapi depends pada individu juga la.

    ReplyDelete
  2. erhm...nak komen apa eh tentang entry ni?

    ReplyDelete
  3. alololo bilalah elsa nak merasa tawan hati suami sebab elsa pun belum kahwin lagi hakhak. terima kasih share ye sis :)

    ReplyDelete
  4. Tips tip top...alhamdulillah...kak PC suka point no 2...

    ReplyDelete
  5. semua kat atas tu sy sokong. tips yang sangat berguna

    ReplyDelete
  6. paling setuju no 4 tu, *eventho belum kawin lagi sebenarnya* sebab kita ni makin hari makin membesar, banyak benda yang baru kita nampak,especially benda yang berlaku di sekeliling kita :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook