Nuffnang who recently viewed my blog #Part 3

Assalamualaikum..

Semakin hari, Cik candy rasa semakin semangat pula nak blogging. kalau boleh setiap masa nak mengadap lappy, buka blog. Tapi apakan daya, ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Jadi, Cik Candy belajar mencari masa yang sesuai untuk berblogging. Setiap kali ada kelapangan, Cik Candy akan memanjakan diri dengan cara berblogging. Kuikuikuiii.. lupakan dunia luar, lupakan telefon, hanya tumpu pada laptop untuk berblogging.

Okaylah, sebenarnya Cik Candy nak habaq kat uoll, siapakah yang baik hati telah mengklik klikkk 'tabung Kahwin' Cik Candy. besar harapan Cik candy, untuk memenuhkan tabung tu. Hahahaaa.. dah nama pun 'Tabung Kahwin', so perlulah dipenuhkan tabung tu baru dapat kahwin. Ya ke?. Tak adalah! Okaylah, sebelum Cik candy berleter panjang, jom kita terjah mereka yang baik hati ni. Thanks uoll yang sudi menjana 'tabung Kahwin' Cik Candy.


Take Note : Jemput blogwalking ke blog mereka. InsyaAllah kunjungan anda akan berbalas nanti. Sila TEKAN SINI , TEKAN SINI dan TEKAN SINI ye, ada sesuatu yang menarik menanti anda. Muuuuahhh! Okbye. Wassalam (=

Destinasi hujung minggu

Assalamualaikum..

Selamat tengah hari. Selamat berhujung minggu. Kalau mengikut pengiraan kalendar, hari ni adalah hari sabtu. Tapi kenapa Cik candy rasa seperti hari ni hari ahad erk. Entah! rasa seperti hari semalam sabtu dan hari ni ahad, maka esok isnin dan kelas seperti biasa. Padahal setiap kali watu kelas, dalam kepala tak habis-habis memikirkan hari minggu. Bilalah nak cuti hujung minggu. Bestnya kalau cuti hujung minggu. Nikmatnya dapat bermalas malasan atas katil sampai pukul dua tiga petang. Kuikuikuiii *melampau!*

Hari ni hari sabtu. Hari ni cuti. Cik Candy tak keluar ke ? Hai, takkan terperuk dalam asrama aje? macam tak ada life, hujung minggu lepak dekat asramakan. Cewahhhh, berlagak! Hahahaaaa.. Sebenarnya untuk hari ni sama seperti hari hari minggu yang lepas. Keluar berjalan-jalan, keluar mengukur jalan, keluar mencuci mata, keluar menyesakkan lagi suasana bersama kawan-kawan. Biasalah nak balik kampung, jauh sangat. makanya keluarlah kami, melawat tempat orang. Lagipun Cik Candy dekat sini masih belum sempat lagi nak melawat tempat-tempat menarik yang ada Sepang dan sekitarnya. Yang selalu Cik candy pergi setakat ni, BBST, Pasar Malam Taman Cempaka, Nilai dan Seremban. Itu pun pergi dengan bertujuan. Ada kerja katanya. Settle aje kerja terus balik asrama.

Jadi, untuk petang ni, Cik Candy dan kawan-kawan plan nak pergi berjalan-jalan disekitar Nilai. Alaaa saja berjalan cuci mata sambil cari pakwe katanya. Pandang diluar jendela, cuaca seakan panas, tapi itu tetap tidak mematahkan semangat kami semua. Plan tetap diteruskan. Doakan plan kami berjalan lancar ye. InsyaAllah, nanti balik Cik Candy kongsi pixcagedik yang sempat kami gedixkan bersama pada uoll ok. Okbye! Jangan nakal-nakal. Muaaah sikit.  Wassalam.