Sunday, June 14, 2015

Rindu | Ayah Bonda


Hormatilah ibu bapa
Janganlah menderhaka
Ingatlah jasa mereka
Janganlah kita lupa

Limpahan kasih sayang
Yang mereka curahkan
Janganlah dipersiakan
Itu amanah Tuhan

Oh ayahanda tercinta
Tingginya pengorbanan
Mencurahkan keringat
Penuh keikhlasan

Oh bondaku tersayang
Lembutnya belaianmu
Akan ku terus kenang
Hingga ke akhir hayatku

Ya Allah ya Tuhanku
Limpahkanlah rahmat-Mu
Peliharalah mereka
Kasihani mereka

Ya Allah ya Rabbi
Pada-Mu ku berserah
Bimbinglah kami ini 
Menuju keredhaan



Take Note : First time dengar lagu nie waktu Program Citra Ibadah, dua minggu lepas. Lagu ni dicipta khas oleh mereka yang terlibat bagi menguruskan dalam program tersebut. Katanya, lirik lagu ni dicipta bagi mengingati dan mengenang kembali bertapa besarnya pengorbanan ayah dan ibu dalam membesarkan seorang anak. Bagi si anak, mungkin tidak berapa ketahui pengorbanan yang dilakukan oleh si ayah dan si ibu. Kasihnya mereka terhadap anak-anak tidak pernah mengharapkan sebarang balasan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.

Ketika lagu ini berkumandangan dan huraian kata-kata diungkap oleh mereka yang menjayakan program tersebut, mudahnya airmata ni mengalir. Hati teringat dekat mak dan ayah di kampung. Kebetulan dah lama tak bertentang mata, bersua muka so lagilah sendu dirasakan. 

Untuk hari nie, saja je update lirik lagu ni kat sini. Sebab hati tengah memberontak nak balik kampung. Rasa macam tak sabar pulak nak tunggu hujung minggu ni. Hohohooo bermulanya cuti semester selama seminggu. Tak kesahlah seminggu pun janji dapat balik kampung. Dapat jumpa mak, ayah dan adik-adik. iLOVEu 

5 comments:

  1. Ibu ayah..hadiah yang Allah pinjamkan pada kita..

    ReplyDelete
  2. olololo..mesti rindu sesangat ni kan cc

    ReplyDelete
  3. selagi kedua ibu ayah masih ada ni, iringkanlah mereka dengan kasih sayang kita CC dan anadai mereka lebih disayangiNya, iringkan doa yang berpanjangan dari anak2 yang soleh dan solehah.

    ReplyDelete
  4. hujung minggu ni balik kampung dapat berbuka puasa dan bersahur bersama mereka kan.. ;)

    ReplyDelete
  5. betul tu, hargai mereka selagi mereka masih ada.

    ReplyDelete