Saturday, July 11, 2015

Balik kampung | Salam Aidilfitri

Assalamualaikum..

Lama tak update blog nie. Entah! rasa macam tak terbahagi pulak masa. Itu yang blog ni terabai. Apapun untuk malam ni Cik Candy berkesempatan mengupdate lagi. Alhamdulillah. Sebenarnya selama ni pun bukanlah hilang kemana. Sekadar memberi terlebih tumpuan pada blobabyshamble, itu yang sampai Cik Candy Sour sedikit terabai. Huhuuuu... *abaikanlah*

Ramadhan kian hampir ke penghujungnya. Syawal kian dekat berkunjung tiba. Terasa bagai tak puas lagi melayan kedatangan Ramadhan, biarpun sudah hampir sebulan. Alhamdulillah, Ramadhan kali ini terasa sangat manis dan indah. Nikmat yang dirasakan seakan tak tergambar dengan kata-kata.

Biarpun Ramadhan kali ni disambut di perantauan, tapi Cik Candy bersyukur. Syukur kerana segalanya dipermudahkan. Segala urusan dan perkara yang dilakukan dimudahkan olehNya. Alhamdulillah.

Kalau diikutkan baru dua minggu lepas Cik Candy melaporkan diri untuk semester baru. Tapi macam tak terasa pun dua minggu tu sebenarnya. Hihiii malam esok dah kembali gerak balik kampung. Sebenarnya cuti raya bermula 15 Julai 2015, tapi disebabkan masalah ketiadaan tiket so Cik Candy terpaksa membeli tiket awal dan bercutilah awal. Yahooooooo 12 Julai 2015, jam 9:30 PM gerak balik kampung. Untuk kali ni, Cik Candy mengambil tiket dari Seremban ke Kuala Terengganu. Niat asalnya, nak naik dekat TBS tapi disebabkan ketiadaan tiket so terpaksalah jugak naik di Seremban. Tapi okay lah kowt. Dekat sikit dari hostel ni, Sepang. :)

Disebabkan malam esok Cik Candy dah gerak balik kg, jadi tak kan berkesempatan untuk blogging buat sementara waktu, so Cik Candy nak buat ucapanlah sikit ye. Hihiii dikesempatan ni, Cik Candy nak ucapkan..


"SALAM RAMADHAN dan SELAMAT HARI RAYA ZAHIR & BATIN. MINTAK AMPUN, MINTAK MAAF ANDAI ADA TERSALAH KATA TERLEBIH BICARA DALAM SEDAR ATAUPUN TIDAK. SEMOGA RAYA TAHUN NI MEMBERI SERIBU SATU KEBERKATAN DAN KENIKMATAN BUAT KITA SEMUA. SALAM KEMAAFAN TULUS IKHLAS DARI CIK CANDY SOUR"


5 comments: