Dunia kita berbeza PART 2

Dunia kita berbeza PART 1 (Klik sini)
***********************************
Awk, sye dah sampai ni. Sebelah gate, blouse kuning okey J -Myra-

Rain  ulang baca ayat yang sama di skrin Sony Ericssonnya buat kali yang kesepuluh. Sekali dibaca, sekali pandangan ditala ke hadapan, memerhati pintu gerbang taman di depannya. Anak matanya menangkap susuk tubuh seorang gadis sederhana tinggi dengan blaus kuning berserta reben putih dikepalanya. Ralit bermain dengan heel putih dikakinya. Mungkin ini kali pertama susuk itu menyapa pandangan retinanya, tapi dia yakin dia cukup kenal dengan pemilik susuk itu. Ya, gadis itu.

“Ahh! Tak normal balik aku ni. Mula rasa nak demam ni. Tadi macam dah okey aje”  Rain mula mengomel-ngomel seorang diri. Pembulur darah terasa nak pecah bila darah mula menyerbu naik ke kepala. Berdebar macam nak malatop jantung ni mak oii! Langkah yang diatur ditarik balik. Teragak-agak.

Seminit. Dua minit. Tiga minit. Sepuluh minit. “Ahh! Tak boleh jadi! Come on Rain. Chill okey. Menggelabah tak tentu pasal kau ni apahal. Poyo lah” Rain memberi semangat pada diri sendiri. Nafas dihela perlahan. Kembali mengatur langkah menghampiri si gadis. Sepuluh tapak berbaki haruman PoLo dari tubuh di hadapannya sudah terbau. “Ahh! Tak boleh jadi. Heart attack aku macam ni.” Desis Rain perlahan. Lutut mula terasa kembali longgar. Skru salah pasang kot ni asyik longgar saja tulang kau Rain.

“Assalammualaikum” antara dengar dengan tidak suaranya. Tersekat di kerongkong. Pagi tadi tertelan colgate banyak sangat agaknya. So suara ikut tranformers jadi macam Mr Bean. Ekk?

Umairah Alya berhenti bermain dengan kaki sendiri. Suara di belakangnya memancing perhatian. Tubuh mencari kelibat si empunya suara.

“Waalaikumsalam” sepatah ayat keluar dari gadis itu. Rain mula terasa seluruh skru di lutut nya dah bersepai-sepai ke tanah. Umairah Alya melarik senyum manis melihat encik kachak dengan kemeja kotak-kotak merah putih dihadapannya. Okey, Rain rasa nak tergolek dekat situ jugak sekarang melihat senyum dari bibir ulas limau itu.

“Hai!” Umairah Alya angkat dua jari di tepi pipi. Ceria. Peace! Manis dia tersenyum melihat makhluk yang dinanti akhirnya tiba.

Dalam hati, “ kau ikut time dekat Marikh ke? Dua puluh minit aku berdiri kat sini jadi tugu Negara tahu! See, reben atas kepala aku pun dah senget. Lain kali bagi tahu lah awal-awal jam kau tu ikut time Marikh ” Umairah Alya mengomel-ngomel seorang diri. Geram!

“ Hai” Rain berlagak biasa. Menghulur tangan tanda perkenalan.

“Sorry awak. Late sikit, ada probs sikit tadi tak jumpa jalan. Kesian awak tunggu lama.” Rain mengawal suara seperti biasa. Come on Rain. Jangan keluar suara Mr Bean. Tak macho okey.

Umairah Alya memandang tubuh di hadapnnya dari atas ke bawah. Weird! Kenapa aku rasa ada sesuatu yang pelik ni. Rambut, hitam emo style. Okey smart dah. Mata, dua biji. Bundar dengan anak mata coklat cair. Comel! hidung, satu. Mancung tak mancung, penyek pun tidak. Okey okey lah. Mulut, satu jugak. Tangan kaki ada dua. Err.. Semua normal. Apa eh yang pelik?

Rain dapat rasakan tubuhnya di scan oleh gadis di hadapannya. Setiap sudut diamatinya. Rain mula tak tentu arah.

“Jom kita duduk dekat mana-mana dulu.”

“Awak perempuan?!!” serentak Rain dan Umairah Alya bersuara.

Umaiah Alya membuntang mata!

Rain tepuk dahi.

Speechless.

                               *****

Umairah Alya melempar pandang ke cermin sisi. Senyap. Bisu. Si mak lampir di sebelah menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduannya. Suzuki swift putih milik Umairah Alya sekadar menjalar tenang dengan kelajuan 80km/j. Untung jalan tak begitu sibuk. Jadi tak stress mak lampir ni memandu. Kalau tidak mahu dia membebel sepanjang perjalanan akibat tidak puas hati dengan kesesakan jalan raya.

“Kau kenapa ni Myra  Dari lepas jumpa mamat tu, terus jadi bisu ke kau? Dia mandrem apa dekat kau ni weyh? Pagi tadi bukan main riuh mulut kau cerita itu ini. Yelah, happy sangat kan nak jumpa crush. Hah! Apa lagi story-mory lah dekat aku”, mak lampir mula membuka tirai  bicara.

Umairah Alya menyala pandang sekilas. Senyap. Bisu. Kembali melempar pandangannya ke cermin sisi. Entah apa yan dilihat. Bagai tembus. Meneliti bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan cermin tersebut barangkali. Macam tak logik aje.

“Woi mangkuk! Dah lah sengal, pekak pulak tu! Aku tanya ni. Jawab lah. Kau ingat aku cakap dengan stereng kereta ke?”suara Haliza nyaring di sebelah telinga.

Hujung retina mengerling mak lampir di sebelah. Keluhan nipis terlahir dari bibir.

“Dia perempuan” dua patah perkataan dilontar

“Hah! Siapa? Aku? Memanglah aku perempuan. Habis selama ni kau ingat aku apa? Dua alam?”

Umairah Alya merengus kasar. Ada jugak yang hilang gigi akibat kunyah stereng kereta nanti ni.

“Dia lah”

“Siapa?” Haliza mengerut dahi macam nenek-nenek.

“Mamat tu lah. Rain!”

“What!!?” sepatah perkataan itu cukup untuk membuat Umairah Alya hilang nafas seketika dan mungkin juga bakal jadi mangsa tragedi apabila Haliza  menarik brek mengejut kurang dari sepuluh saat.

Nyaring hon dari kereta belakang menjerit. Mujur aja tak tersembam ke bontot Swift putih kesayangan cik mangkuk ayun comel ni.

“Kau gila ke??!! Nak bagi aku mati?” kuat suara Umairah Alya menjerit. Wajah bujur sirihnya mula pucat tanpa darah. Bawah bibir diketap kuat.

Haliza  segera membelokkan stereng ke bahu jalan. Enjin kereta dimatikan. Seminit. Dua minit. Suasana bisu tanpa suara. Umairah Alya masih mengurut dada. Haliza merenung jauh ke hadapan memandang kenderaan lain di atas jalan. Menung. Berfikir. Muka blur tak payah cerita. Comel sikit muka Ugly Betty dari si mak lampir blur ni.

“Kau ulang balik apa kau cakap tadi? Aku salah dengar ke?”mendatar suara Haliza. Pandangan masih di atas jalan.

Umairah Alya menyisip keluhan nipis di celah bibir.

“Tak. Betul lah tu. Rain tu perempuan.”

“Macam mana pula dia boleh jadi perempuan. Ish! Aku tak faham lah. Pening lah aku!” Liana mengomel-omel sambil menggaru kepala.

“Kau ni kalau aku cakap lembap karang marah. Tapi hakikatnya, memang!”

“Serius, aku tak faham ni”

“Tomboi”

“Tomboi??”

“Pengkid”

“Pengkid?”

Umairah Alya mula naik angin apabila si mak lampir blur ni hanya mengulang kenyataannya dengan muka blur tak sudah. Kerut di dahi semakin bertambah.

“Haih, iyelah. Rain tu tomboi. Rain tu pengkid. Kau faham tak? Dia perempuan yang berpewatakan lelaki. Apehal slow sangat kau ni?” volume suara semakin ditingkatkan. Umairah Alya memandang tajam sahabat di hadapannya.

Haliza sekadar diam. Menghadam setiap patah bicara yang lahir dari bibir ulas limau si mangkuk ayun comel ni.

                               *****

Rain  merenung skrin telefonnya. Seketika dia beralih ke skrin komputer riba di hadapannya. Seketika lagi anak matanya mula mengalih pandang ke skrin televisyen yang sedari tadi terbuka menayangkan slot akasia di petang hari. Masih tidak kena. Semua jadi serba pincang. Kusut! Wajah tak ubah macam ibu hilang the only ugly duckling yang dia ada. Serabai.

“Rain” Irfan menyapa dari balkoni melihat sahabatnya serba tidak kena sejak sejam yang lalu. Dia yang naik rimas tengok Rain yang asyik ke hulu ke hilir pincang tingkah.

“Rain!”sekali lagi nama temannya disapa. Suara dilantangkan.

Senyap tanpa balasan. Rain menembuskan pandangannya pada iklas Chipsmore di televisyen.

“ Nurul Haizrian!!!” Irfan menjerit sekuat hati. Anak mata mencerlung wajah dihadapannya.

Rain mengangkat pandangan dari skrin televisyen.

“Kenapa dengan kau? Mati bini? Sampai aku panggil pun tak dengar dah” ujar Irfan  mendatar sambil kaki menapak ke arah sofa. Mug white coffee di tangan diletak ke meja.

Rain melarik senyum segaris mendengar bicara si sahabat. Senafas keluh terlahir.

“Dah masuk dua hari dia senyap wei. Dia tak balas semua mesej aku, tweet aku, call aku pun dia reject aku dah tak tahu nak buat apa. Aku rasa bersalah lah.” Rain bersuara antara dengar dengan tidak. Liur ditelan. Perit. Kesat. Terasa pasir.“Ahh sudah! Dah kenapa dengan aku ni.” Rain berbisik sendiri.

“Kau memang patut rasa bersalah. Kenapa kau tipu dia.”

“Mana ada aku tipu. Cuma, aku tak beritahu hal yang sebenar aja” pandangan dilempar ke luar balkoni dari tingkat empat belas itu. Senafas keluh terlahir lagi.

“Okey, kau cuma tak beritahu hal yang sebenar. Kau tak menipu pon. Jadi, kenapa kau tak berterus terang dengan dia. Sekarang macam mana.” Irfan buat muka jerk bila Rain masih mahu menang dengan bicaranya. Macam lah beza sangat tipu dengan tak beritahu hal sebenar tu!

“Aku tak berkesempatan. Aku takut dia lari.”

“Sekarang dah lari dah pun!” Irfan memintas lebih dulu.

Rain senyap. Wajah semakin suram. Kalau boleh digambarkan dengan animasi kartun di disney channel, awan hitam pakej dengan kilat guruh mula berarak di atas kepala si pemilik nama Nurul Haizrian Idham ini.

“Sekarang macam mana Irfan. Aku tak tahu nak buat apa dah ni.”

Irfan  masih bernawaitu ingin membuli sahabatnya yang satu itu. Tapi melihatkan wajah suram itu, nawaitunya dibatalkan. Bimbang banjir kilat atau mungkin juga taufan katrina akan berlaku sebentar nanti.

“Haih. Muka handsome, jambu. Tapi lembap macam burung kasuari kau ni kan! Sedih betul!”

“hurm” hanya sepatah kata yang muncul di bibir.

Irfan menggeleng kepala. Parah sungguh sahabatnya yang seorang ni.

“Pujuk lah dia. Minta maaf elok-elok. Mungkin dia terkejut. Tak sangka yang kau ni sebenarnya bukan jejaka idaman malaya macam yang dia fikir. Nanti lama-lama dia sejuk lah. Ladies Rain, lama mana je dia nak marah. Kau cuma perlu explain pada dia keadaan yang sebenar supaya dia faham, kenapa kau macam ni, dan untuk apa kau berkawan dengan dia. Sungguh-sungguh lah sikit. Semangat! Semangat!” Irfan menepuk perlahan bahu rakannya itu meniup sedikit semangat.

Rain melarik senyum segaris.

Di kepalanya mengatur rancangan untuk memujuk si gadis yang kini mula menjadi bayangan yang memburunya tiap masa.

“Ah! Rasa apa ini. Rindu mungkin. Ya, aku rindu kau Umairah Alya. Agak-agak perasaan kita sama tak?” Rain mula mengomel seorang diri.

Irfan menggeleng kepala melihat sahabatnya mula tersenyum-senyum tak tentu punca. Parah budak ni!

                               *****

Again! Haliza meletak pen di tangan ke meja. Pandangan ditala ke arah gadis di tingkat atas katil double decker di sudut kamar. Nafas dihela kasar.

“Again! Still reject call? Please lah Myra, bising okey fon kau tu. Tolong lah. Apa masalah kau ni hah?”suara Haliza sedikit kasar. Geram melihat Umairah Alya berselubung enak di bawah selimut hello kittynya seperti tiada apa yang berlaku sedangkan sejak sejam yang lalu telefon bimbitnya menjerit minta diangkat tidak diendahkan.

Umairah Alya menarik sedikit selimut separas lehernya. Bibir dicebikkan apabila dimarahi teman baiknya itu.

“Buat muka donald duck kau tu! Kau ingat comel? Ape masalah kau ni? Ish! Rimaslah aku!” si mak lampir mula membebel-bebel. Langkah diayun ke tepi katil. Selimut comel hello kitty ditarik melepasi kaki. Anak mata mencerlung tajam pada si mangkuk ayun yang masih berbaring.

“Aku tak tahu nak buat apa.” serak basah kedengaran Umairah Alya melontar suara. Bibir masih dicebik buat muka comel separuh siap.

“Apa yang kau tak tahu? Angkat aje lah call tu. Dari kau biar aje memekak sepanjang hari!”

“Aku nak cakap ape?” mendatar sahaja dia bersuara. Ala budak blur pun ada. Sedih!

“Cakap apa? Eh helo! Sejak bila yang kau tak reti bercakap? Cakap aje lah apa-apa pun. Tu pun aku nak kena ajar ke” Haliza mula naik angin melayan kerenah si mangkuk ayun ni.

“Kau tak faham lah. Ish, kau niiii”

“Memang aku tak faham dengan kau ni. Apa yang susah? Kau just angkat call dia, then cakap jangan ganggu kau lagi ke, kau dah ada boyfriend ke, kau tak suka dia ke, apa ke whatsoever, kau cakap ajelah apa-apa sampai dia berhenti cari kau. Tu pun susah ke minah? Kau nak buat apa dengan tomboi tu? Tak faham lah aku apa yang payah sangat otak kau ni nak proses.” Si mak lampir sudah mulakan bebelan panjang lebar. Langkah di bawa kembali ke meja belajar. Mug berisi milo panas dicapai.

“tapi........”

“Apa lagi!”

“Aku..... Aku macam rindu dia. Aku macam suka kat dia aja”

Mug terlepas dari tangan terjun ke lantai.

Bersepai.

“What! Umairah Alya!!!!!”

                               *****

Pagi sabtu adalah waktu paling bahagia untuk bersantai-santai di atas katil bersama selimut dan bantal golek sambil bermimpikan putera kacak datang melamar dengan kuda putih. Acehh! Lebih-lebih pula!

Kedua gadis berteman karib ini masih enak berlingkar di atas katil masing-masing walaupun jarum jam sudah mencecah ke angka 11. Yang seorang masih lena melakar mimpi bersama si putera. Yang seorang tenggelam dalam dunia sendiri dengan novel di tangan. Heaven! Tanpa kelas, tanpa kuliah, tanpa aktiviti kelab dan tanpa assignment. Bahagianya hidup jadi pelajar kalau macam ni hari-hari. Alamatnya bankraplah negara beri biasiswa dan pinjaman pada mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang dan terbilang ini.

“Perhatian kepada pelajar aspuri yang bernama Umairah Alya, sila hadir ke ruang legar kerana ada tetamu ingin berjumpa.”vsuara dari speaker bilik pengumuman asrama memecah sunyi dan cukup untuk memecah-belahkan ketenteraman para pelajar pagi itu, tetapi tidak Umairah Alya yang masih nyenyak memeluk patung hello kitty sebesar pemeluk.

Haliza melurut novel ke dada. Memasang telinga dengan pengumuman sebentar tadi.

“Saya ulang sekali lagi, perhatian kepada pelajar aspuri yang bernama Umairah Alya, sila hadir ke ruang legar kerana ada tetamu ingin berjumpa. Sekian, terima kasih” suara Maya pelajar undang-undang semester 4 yang cukup dikenali Haliza.

Segera dia melompat dari katil mencari tubuh di katil atas.

“Myra bangun! Ada guest nak jumpa kau ni. Bangun woi!” tubuh temannya digoncang sedikit.

Cukup kenal dengan sahabatnya yang seorang ini, dan kepayahannya untuk bangun dari tidur, Haliza mencari alternatif lain. Seluruh tenaga dikumpul, katil dua tingkat itu digoyang-goyangkan sepenuh hati. Laju saja Umairah Alya menegakkan  batang tubuh dengan mata terbeliak.

“Apahal kau gila? Aku ingat ada apa lah tadi. Kau nak bunuh aku ke? Nak bagi aku sakit jantung?” Umairah Alya mula naik berang apabila mimpi indahnya terganggu. Tambah berang bila melihat wajah si mak lampir yang tersenyum tak berdosa di tepi katil.

“Ada guest nak jumpa kau lah. Ada announced nama kau tadi.”

“Hah! Siapa?”

“Mana lah aku tahu siapa mangkuk. Kau pergilah tengok. Parents kau maybe.” Haliza kembali berbaring di katilnya. Novel kembali dicapai.

Umairah Alya kelam kabut turun dari katil. Pencuci muka dicapai seraya membuka pintu ke kamar mandi.

“Tapi semalam daddy aku tak ada pun kata nak datang.”sempat dia bersuara sebelum keluar.

Haliza sekadar memandang dengan dahi berkerut.

Kurang dari lima minit kemudian Umairah Alya kembali ke dalam kamar. Kelam kabut menyarung jeans dan t-shirt.

“Hoi mangkuk! Kau tak mandi ke?” Haliza mula duduk melihat sahabatnya lintang-pukang merapikan diri. Habis jatuh berterabur segala benda di atas meja.

“Tak payah. Nanti parents aku tunggu lama pula. Macam diorang tak biasa bau aku tak mandi. Hahaha! Bye!” laju saja sepatu putih di tepi pintu dicapai dan berlalu ke luar.

“Kot iya parents kau, kalau orang lain? Masak!” Haliza sekadar mengomel sendiri sambil menggeleng kepala.

                               *****

Umairah Alya memanjang-manjangkan leher semampu mungkin mencari kelibat kedua orang tuanya. Jangan kata batang hidung,bayang kereta kepunyaan mummy dan daddynya pun langsung tak kelihatan.

“Biar betul si mak lampir ni, entah-entah salah dengar tak. Nama orang lain tapi dia kata nama aku. Ish!” bebel Umairah Alya perlahan.

Baru sahaja dia ingin menapak kembali ke dalam asrama, dia sekali lagi terkejut dengan kehadiran batang tubuh yang berdiri betul-betul di belakangnya. Wajah Rain tersengih kerang menyapa pandangan.

“Hai” sepatah kata dari gadis tomboi itu.

“Awak buat apa kat sini? Macam mana awak boleh sampai sini? Mana tau saya ada kat sini?” soal Umairah Alya bertalu-talu. Ekspresi wajah terkejut beruk tak hilang lagi. Beruk pun tak terkejut macam dia.

“Sorry. Tak bagi tau awak dulu nak datang sini. Awak senyap aje dari saya seminggu ni. Call message tweet semua tak reply. Saya tahu awak marah. So saya datang nak pujuk awak lah ni.” Rain masih dengan senyum kerang.

Umairah Alya terkelu. Senyap tanpa bicara. Otaknya mula memproses tindakan seterusnya.

“Apehal mamat ni duduk tengah-tengah panas macam. Ya Allah, panasnya lahai. Berpeluh-peluh aku. Dah la dengan tak mandinya. Malunya aku!” omel Umairah Alya sendirian dalam hati.

Si mangkuk ayun lembap ni masih memaku diri ditengah terik matahari. Sekadar merenung tanpa bicara.

“Err... Err..”

Hachummm!

Rain  terbersin lebih dulu sebelum sempat si mangkuk ayun menutur kata. Umairah Alya tersedar lantas menarik tangan Rain menuju ke pondok rehat kawasan ruang legar itu. Rain menjongket kening melihat tangannya ditarik tetapi sekadar membontoti sahaja langkah gadis itu.

“Kita duduk kat sini ajelah ye. Tak panas sangat” ujar Umairah Alya seraya melabuh punggung selang dua kerusi dari Rain.

Rain mengerut dahi

“Kenapa awak duduk jauh sangat ni? Tak sudi duduk sebelah saya ke?”

“Eh! Tak lah. Hee. Ni kan asrama. Bukan dekat luar.” laju saja Umairah Alya beralasan. Padahal takut kantoi bau kambing gurun!

Rain sekadar mengangkat bahu.

“Okey. By the way, saya tak tahu nak pujuk awak ni macam mana. Err.. saya tak pandai pujuk orang kot! Tapi saya belikan ni untuk awak.” Rain menghulur beg kertas sederhana besar.

Bibirnya mengukir senyuman manis. Dania Qasandra meneguk liur. Alamak! Comel gila lah kau ni! Beg kertas disambut.

Dahi mula berkerut melihat isi kandungan beg kertas. Perlahan tangannya mencapai kandungan di dalam. Patung angry bird sebesar buku lima, kuih batang buruk sebalang dengan bunga matahari yang dikait comel dengan benang bulu kambing. “Biar betul budak ni! Romantik tak jadi ke apa? Semua benda yang aku tak suka langsung. Ish! Tak sweet betul lah!” Umairah Alya mula membebel dalam hati.

Ingatkan kot nak bagi teddy bear comel ke, ferrero rocher ke, ros merah ke, ni... ish! Nak klasik pun berpada-pada lah! Bayangan putera idaman datang dengan kuda putih kini bertukar dengan melihat puteranya menunggang keldai yang hidung kembang dengan gigi besar di depan! Erkkk!! Spooky!


*******

BERSAMBUNG


4 comments:

  1. Blhla geng ngan rain SBB Cikna pun xpndi nk pujuk2 ni.... Sambungnye Ade lg x.....;-)

    ReplyDelete
  2. Follower ke #277, Follow back blog aku ya :) http://typepedia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Nice..bila nak sambung lagi?

    #tips kesihatan dan suplemen boleh sngh blog otie http://otie86.blogspot.com/

    ReplyDelete