Dunia kita berbeza PART 1



     Jam di atas meja rancak berdetik. Tik tok tik tok! Menginjak ke angka dua. “Ah! Damn! Dah pukul dua ni” desis si gadis lembut dari dalam hati. Di luar, suasana dingin dengan hembusan bayu selepas hujan. Damai. Tenang. Dalam kamar, sunyi. Sepi. Hanya kedengaran bunyi kipas dengan papan kekunci yang lincah berdetak-detak. Jemari halus si gadis masih liar menari menekan-nekan papan kekuncinya. Entah apa ditaip. Sesekali tersenyum. Sesekali pula dia tertawa lembut. Tenggelam dalam dunia sendiri.

      “Myra, kau tak tidur lagi? Kau buat apa tu? Tidur dan berhenti ketawa boleh? Aku ngantuk ni!” suara parau Haliza dari atas katil memecah kesunyian. Dia menggenyeh mata memaksa untuk dibuka melihat keadaan di sekeliling. Umairah Alya masih leka dengan dunianya. Tidak hiraukan teguran mak lampir dari atas katil tu. Haliza mengeluh nipis sebelum melurutkan selimut dari tubuhnya.

      “Pekak ke hape minah ni. Hish! Dah la pekak. Gila pulak tu gelak sorang-sorang. Apalah malang nasib aku dapat member macam kau ni Myra oiii” membebel-bebel si mak lampir turun dari katil.

      Haliza mencangkung di sebelah Umairah Alya yang masih tak sedarkan kehadiran bala di sebalahnya. Masih leka menekan-nekan setiap butang pada kekuncinya macam nak tercabut sebiji-sebiji butang-butang tu. Haliza  menggeleng memandang earphone yang terlekat kemas di telinga sahabatnya. Seketika dia menggaru kepala mencari idea untuk mengenakan mangkuk ayun yang seorang ini. Hujung jari menguis tapak kaki umairah Alya dari bawah kerusi. Laju sahaja Umairah Alya menunduk mencari sesuatu di kakinya. Haliza menyergah si mangkuk ayun dengan muka zombie tak siap.

      “mummy!! Zombie turun makan nasi!!!” Umairah Alya menjerit kuat seraya melompat turun dari kerusi melihat hantu tepung di depannya. Haliza terus ketawa berdekah. “okey fine, aku kena!” Umairah Alya mendengus kasar. Kembali bangun menuju ke kerusinya.

      “padan muka kau! Balasan! Memekak lagi tengah-tengah malam orang nak tidur. Kau buat apa? Tak reti-reti nak tidur?” Haliza masih membebel-bebel sambil mencapai kerusi lalu melabuh duduk di sebelah mangkuk ayun tak reti bahasa tu.

      Umairah Alya senyap tanpa bicara. Malas mahu melayan si mak lampir memekak malam-malam buta ni. Kalau di layan bukan habis pun minah ni membebel. Die menyambung meneliti skrin komputer bagai nak tertembus. Jari kembali mencipta irama pada papan kekunci. Haliza turut mencari fokus anak matanya di skrin bercahaya dalam bilik suram itu. Mencari tahu apa si mangkuk ayun ni buat tengah-tengah malam macam ni.

      “wehhhh! Mamat ni?? Kau still layan dia lagi?” laju tapak tangan mak lampir hinggap di bahu si mangkuk ayun. Umairah Alya menjeling sekilas. Masih bisu.

      “Umairah Alya Dato Umar!! Aku cakap dengan kau gila!!!!” Haliza  menjerit sekuat hati di tepi telinga si mangkuk ayun pekak badak tu. Geram! Macam aku cakap dengan skrin komputer aje.

      Umairah Alya memusingkan badan menghadap mak lampir mengamuk.Tangan menongkat dagu sambil buat muka tak berapa comel.

      “Apa???” Haliza menyoal sambil angkat sebelah kening macam Ziana Zain. Muka tak berapa comel kau ni aku faham dah. Mesti bala untuk aku.

      “Dia ajak aku jumpa lah” senafas Umairah Alya menutur kata.

      “hah?? Siapa? Mamat tu?”separa terjerit suara Haliza serupa dengan katak betong tertelan gula-gula hacks.

      “Ish! Kau ni… Rain lah.Nama dia Rain. Bila pula nama dia mamat!”

      “Fine. Rain…”tangan ke bahu mata ke atas.

      “hurm… macam mana ni? Dia kata dia nak turun Sepang next week. Dia apply cuti. Kau agak-agak macam mana?”

      “wah! Sanggup seyh! Dari Seremban turun Sepang. Ha ha ha. So sweet.” Sepatah-sepatah Haliza menyusun ketawa. Sopan sangat!     

      “Haliza Natasha!!”

      “hahaha! Okey okey aku serius. Kau nak ke jumpa dia? Kau bukan kenal dia pun. Setakat kenal dekat wechat aje. Alahai.”

      “Aku tak tahu. Tapi sebab tak pernah jumpa lah nak bagi jumpa. Kalau tak sampai bila tak kenal kan?” bibir dijuih kedepan. Okey! Boleh kembar dengan Donald Duck yang cute tu! Umairah Alya bermain dengan bibir sendiri, dah macam budak sindrom down pun ada juga.

      “Aku rasa? Kalau ikut aku punya rasa, kau pergi ajelah. Mungkin dia serius nak kenal dengan kau. Tapi, kau kena make sure  yang kau inform dekat aku tempat yang kau pergi tu. Apa-apa hal cepat-cepat bagi tau aku. Bukan apa, aku risau lah jadi apa-apa nanti. Korang pun bukannya kenal sangat. Just kenal dekat wechat je kan? Tapi dari apa yang kau cerita hari-hari, aku rasa kau boleh percayakan dia. Insya Allah.”

      “Kau………… temankan aku… boleh??” Umairah Alya meleret suara berjela-jela sambil mengerdipkan mata.

      Haliza menjeling dengan hujung mata. Umairah Alya menambah peratus kecomelan dengan meletakkan tangan di dagu. Ahhhh!! Kuasa kecomelan apakah ini!!!

      “Yelah yelah. Aku selalu kena jadi mangsa chaperone orang lain berdating. Tak rasa berdosa ke weyh buli orang single macam aku?”

      “yeayy! Hahaha..tak pun. Sebab kau single lah layak dibuli. Okey dah. Jom tidur!” Laju saja anak panah di skrin komputer mencari simbol shut down. Kaki terus melangkah memanjat katil double decker di penjuru bilik.Liana ternganga memandang si mangkuk ayun yang dah menarik selimut hello kitty sampai atas kepala. Kepala digeleng.

      “Suka hati sangat lah tu. Menyampah aku!” Haliza mula mengomel sambil bangun menapak.

      “Aku dengar tu. Jangan kutuk-kutuk.Tak baik.Sabar ye cik puan.Kau kan sayang aku.” Umairah Alya bersuara dari bawah selimut.

      “Tengkorak kau lah!Dan dan aku sayang kau. Kau ingat aku sweet sangat nak sayang-sayang kau? Geli lah! Aku letup kepala kau tu nanti baru tahu. Tidurlah! Mangkuk ayun punya budak! Kerja membuli aku aje. Nasib baiklah aku ni penyabar lagi baik hati orangnya” Haliza membebel-bebel sambil menarik eye mask menutup matanya.

      Tiba-tiba sebiji bantal kecil hinggap di dahi sebaik sahaja kepala mencecah bantal.“Hoi!!!” Haliza menjerit kuat! Umairah Alya terkekek dari atas melihat sasarannya tepat.

      “Hoi mak lampir! Diamlah. Asyik membebel aje kerja kau. Migrain lah aku! Macam nak pecah tau medulla oblongata aku ni dengar suara kau!” Umairah Alya masih ketawa kecil sambil kembali menarik selimut.

      Diam. Tiada balasan dari orang bawah. Papp! Bantal kecil kembali ke muka tuan empunya! “hoiiiii!!” yess! Kena!

                                     *****

      Gadjet Sony Ericsson di tangan dimain-main. Dipusing-pusing. Dipicit-picit. Pandangan dilempar jauh ke tengah laluan sesak dari tingkat empat belas balkoni apartment mewah di tengah Bandar itu. Sesekali dia duduk di buaian rotan bermain-main dengan hujung jari kaki. Sesekali bangun melepas keluh di tepi balkoni.Resah. Tak senang duduk. Bingit hon dari bawah tidak mengganggu sedikit pun konsentrasi si kacak ini memikirkan masalah negaranya.

      “Rain, kau apehal? Semacam aje aku tengok. Duduk tak kena. Berdiri tak kena.” sapa satu suara dari belakang. Si kacak bernama Rain menoleh. Melihat sahabatnya dengan jaket hitam masih dengan topi keledar di tangan. Kaca mata hitam di atas kepala dilurut dan diletakkan atas meja sambil melabuh punggung di sofa. Baru pulang kerja barangkali. Rain mengeluh senafas sebelum melangkah ke arah si kacak kedua.

“Oh! Ramainya prince kachak! Jadi cik abang aku seorang pun cun jugak ni!”

“Any probs dude? Muram aje aku tengok. Apehal?” Irfan kembali menyapa sahabatnya yang sedari tadi membisu dengan muka cekodok pisang tak masak.

“Aku nak pergi jumpa dia lah Irfan. Tapi… aku risau.”

Irfan menoleh pandang. Kening berkerut.

“Siapa?”sepatah soalan

“That girl”

“Who?”sepatah lagi

“Umairah Alya

“Hahh??” sepatah dengan mulut terganga bersedia menerima undangan che lat.

“haihh. Awek yang aku cerita pada kau tu lah. Budak dekat wechat tu”

“What the…! Kau serius beb dengan minah tu?” terbeliak biji mata

“Tak adalah. Aku dengan dia kawan aja. Tapi ada lah sikit aku rasa macam syok dekat dia. Sebab tu aku nak jumpa dia.”

“OIC… so, ape yang kau risau sangat. Pergi ajelah jumpa. Muka cemberut macam hamster tercekik berus gigi aje. Aku ingatkan masalah besar tadi” Irfan kembali menyandar selesa tubuhnya.

“Aku takut… Dia tak boleh terima aku nanti macam mana?”

“Lahhh. Kau kata kau denga dia kawan aja. So? Chill lah. Apa kau nak kisah. Jumpa aja dulu. Tengok lah dia macam mana. Kalau okey, baru kau boleh proceed.”

“kau rasa dia boleh terima aku ke tak hah?” muka cekodok pisang tak siap masih belum sudah

“Wait the minute, apa maksud kau… by boleh terima or tak? Dia tahu tak kau ni…”

“tak! Aku tak bagi tahu. Tapi aku tak tahu lah sama ada dia tahu atau tak. Dia pun tak pernah nak tanya. Macam mana aku nak bagitahu?”

“Gosh! Okey! You die! Yang ni betul namanya masalah.” Irfan menggeleng sambil bangun menuju ke biliknya.

“Fan!! Tolong aku woi!!!”jerit Rain dari ruang tamu.

“Tak tau!! Kau cari masalah! Aku tak tau! Aku sembelit ni!” segera pintu bilik ditutup.

“Irfani Tihani!!!”


  *****

BERSAMBUNG

12 comments:

  1. Replies
    1. Jom ikuti sambungannya di http://cikcandysour.blogspot.com/2015/02/dunia-kita-berbeza-part-2.html. Huhuuu mohon kritikan dan komen untuk dibaikpulih ye (=

      Delete
  2. Replies
    1. Jemput baca dan kritik ye @Busyra Bt takiyudin (=

      Delete
  3. wahh pandai nya menulis

    cik candy ditag disni http://memburucintamu.blogspot.com/2015/02/liebster-award.html :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks @sayidah napisah (=
      tag anda akn berbalas ye lalinkkk.. (=

      Delete
  4. Wooaah berbakatnya .. Nak sambungan dia dear .. cepat2 buat sambungan taw ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuu thanks @emma diana. Jom ikuti sambungnya kat sini
      http://cikcandysour.blogspot.com/2015/02/dunia-kita-berbeza-part-2.html

      Delete
  5. Hello Cik Candy

    Dengan bangga saya ingin mengumumkan bahawa anda telah di-tagged
    please check the link:

    http://thesoutheastasiangirl.blogspot.com/2015/02/liebster-award-2015.html

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Huhuuu jemput baca sambungannya kat sini http://cikcandysour.blogspot.com/2015/02/dunia-kita-berbeza-part-2.html ye @Rin nOku (=

      Delete