Cerpen | Isteriku Sudah Tidak cantik Lagi


Seorang suami mengadukan apa yang ia rasakan kepada seorang Syekh.

Dia berkata:

“Ketika aku mengagumi calon istriku seolah-olah dalam pandanganku Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.

Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat banyak perempuan seperti dia.
Ketika aku sudah menikahinya aku lihat banyak perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya.

Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan kami, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari pada istriku.”

Syekh berkata:

“Apakah engkau tahu, ada yang jauh lebih parah daripada yang engkau alami saat ini!?”

Laki-laki itu bertanya “apa dia.”

Syekh:“Sekalipun engkau mengawini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anjing-anjing yang berkeliaran di jalanan itu lebih cantik dalam pandanganmu dari pada wanita manapun.”

Laki-laki penanya itu tersenyum masam, lalu ia berujar: “Kenapa tuan Syekh berkata demikian?”

Syekh itu melanjutkan:

“Masalah sesungguhnya bukan terletak pada istrimu, tapi terletak pada hati rakusmu dan mata keranjangmu. Mata manusia tidak akan pernah puas, kecuali jika sudah tertutup tanah kubur"

Nabi bersabda:
َ
“Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang boleh memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mau bertaubat”.

Lalu Syekh itu bertanya, “Apakah engkau ingin istrimu kembali seperti dulu, menjadi wanita terindah di dunia ini?”

“Iya Syekh,” jawab lelaki itu dengan perasaan tak menentu.

Syekh:
“Pejamkanlah matamu dari hal-hal yang haram… Ketahuilah, orang yang merasa cukup dengan suatu yang halal, maka dia akan diberi kenikmatan yang sempurna di dalam barang halal tersebut"

-cinta ilahi-

Semoga bermanfaat tuk para suami...hargailah barang yg telah dihalalkan dan terhidang depan mata tu.Tugas kau untuk cantikkan,hiaskan dan hargai

Credit : Facebook Pesan Bonda

Cerpen | Kisah Si budak penjual kuih


Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!


#kisahtauladan.
#copypaste

Cerpen | Seorang bapa yang miskin secara tidak sengaja mencalarkan BMW dan meninggalkan nota

Seorang bapa yang miskin secara tidak sengaja mencalarkan BMW dan meninggalkan nota
Seorang lelaki yang miskin secara tidak sengaja mencalarkan kereta BMW yang diletakkan di pinggir jalan. Jadi beliau dengan jujur meninggalkan nota yang menyesali perbuatannya dengan harapan pemilik kereta tersebut akan memberi masa kepada beliau untuk membayar ganti rugi.

Tetapi beliau tidak pernah menyangka pemilik kereta tersebut akan tersentuh dengan keikhlasannya dan beliau diambil kerja oleh pemilik BMW tersebut.

Pada hari itu Albert dan anak-anaknya bersiar-siar dan secara tiba-tiba telah menyebabkan sebuah kereta BMW tercalar. Beliau tidak melarikan diri daripada perbuatannya yang salah.

Beliau menghantar anak-anaknya ke rumah dan pergi ke kedai untuk mendapatkan kertas dan pen untuk menulis nota. Beliau menulis nota permintaan maaf dan meletakkannya pada pengelap cermin kereta BMW itu.

Albert meminta maaf menerusi suratnya dan berkata bahawa beliau tidak bekerja ekoran perniagaannya gagal, malah keluarganya sedang menghadapi masalah ekonomi. Beliau hanya mempunyai wang pada masa kini utk menganti kerosakan tersebut.

“Saya secara tidak sengaja mencalarkan kereta anda dan saya mesti bertanggungjawab, jadi tolong terima sedikit wang saya terlebih dahulu dan tolong beri saya masa untuk membayar baki selebihnya. Sila beri saya waktu 2 atau 3 bulan untuk menyediakan baki ganti rugi. Saya memberi jaminan kepada anda bahawa saya tidak akan melarikan diri.

Pemilik BMW mengatakan bahawa setelah melihat nota, reaksi pertamanya adalah takut orang ini mungkin seseorang yang mempunyai niat yang tidak baik. Justeru, beliau meminjam telefon rakannya dan menelefon Albert, beliau berbohong mengatakan bahawa kereta tercalar itu adalah Benz.

Albert menjawab dengan jujur ​​mengatakan dia mencalarkan kereta tetapi ia BMW bukan Benz. Beliau berkata dengan cemas: “Adakah anda kawan pemilik kereta berkenaan? Bolehkah anda membantu saya mencarinya? Saya perlu memberitahunya bahawa saya secara tidak sengaja mencalarkan keretanya dan saya bersedia bekerjasama.”

Pemilik BMW berasa selesa dan merasakan bahawa Albert bukanlah seorang lelaki yang jahat tetapi jujur ​​dan penuh tanggungjawab. Beliau menjemput Albert datang dan menjelaskan bahawa dia tidak perlu menganti kos tersebut.

Albert pula berkata: “Saya telah merosakkan kereta anda dan saya benar-benar perlu membayar ganti rugi. Saya tidak mahu menentang prinsip kehidupan saya.”

Selepas mendengar kata-kata beliau, pemilik BMW telah tersentuh.

Beliau kemudiannya memberitahu Albert : “Oleh kerana anda bersungguh untuk membayar balik ganti rugi kepada saya dan kebetulan saya kurang kakitangan, mengapa anda tidak datang ke syarikat saya dan bekerja? Saya benar-benar mengagumi kejujuran anda dan anda boleh membayar balik kerugian saya dengan bekerja untuk saya dan kita juga boleh menjadi kawan! “

Pemilik BMW juga berkata beliau akan bertemu dengan Albert dan beliau juga tidak kisah mengenai kos pembaikan kereta. Ia adalah kerana kejujuran Albert yang menyentuh perasaannya.

“Dalam masyarakat sekarang, orang-orang seperti anda sudah pupus dan jika anda boleh membantu saya dalam perniagaan saya, saya akan sangat berbesar hatii,” kata pemilik BMW.

Kisah ini dipetik daripada satu artikerl, namun ia cukup bermakna untuk memberi inspirasi dan pengajaran kepada kita. Kejujuran dan keikhlasan hati adalah penting di kalangan masyarakat.

Petua Kulit Cerah Sekata

KULIT CERAH SEKATA.

Cara cerahkan kulit menghitam sebab gatal, bekas jerawat,atau tona kulit yg tdk sekata.

1. MADU
Madu memiliki kandungan manfaat sebagai penyembuh alami,termasuk juga penyakit gatal.Carannya ratakan madu pada kulit,biarkan sampai kering serta basuh sampai bersih.

2. Kompres teh celup
Sisa luka menghitam bakal kembali cerah seandainya dirawat dengan baik.Caranya Gosok- gosokkan perlahan-lahan sampai rata,biarkan selama 10-20 minit dan cuci.

3. Bawang Merah
Bawang merah menolong mengangkat sel kulit mati hingga kulit Anda semakin lebih cerah serta halus.Caranya haluskan bawang merah serta kompreskan pada kulit yang menghitam sebab gatal.

4. Lemon
Lemon memiliki kandungan vitamin C yang tinggi dan membolehkan kulit cerah .Caranya hiiris lemon jadi dua serta gosokkan pada kulit yang gelap sampai rata.biarkan selama 10-20 minit dan basuh dengan air hangat sampai bersih.

5.Lidah buaya
Sapukan lidah buaya pada kulit yang menghitam akan menjadikan kulit kembali lembap serta lebih halus dan cerah.

6. Baking powder
Baking powder menolong sistem pergantian kulit hingga kulit akan kembali cerah.Langkahnya campur baking soda dengan air serta dengan cara ratakan pada kulit.

Credit : Facebook Pesan Bonda

Petua Rawatan Menggunakan Asam Jawa

Buah asam jawa mempunyai dua jenis iaitu asam jawa yang manis dan yang masam. Kandungan utama dalam asam jawa ialah asid, gula, vitamin B dan kandungan kalsium yang tinggi. Kegunaan asam jawa dari segi perubatan tidak boleh dikira banyaknya.

Untuk tujuan komersial didapati asam jawa dijadikan asas bahan penyejuk dalam ubat demam dan sebagai julap bagi mengatasi masalah perut kembung. Sama ada dimakan begitu sahaja atau dicampur dengan jus limau, madu atau susu, asam jawa amat berkesan dalam mengatasi masalah penghadaman, penyakit hempedu dan kekurangan vitamin C (skurvi).
Amalan ini juga telah terbukti secara klinikal di beberapa negara seperti di India.

Antara beberapa petua rawatan menggunakan asam jawa yang boleh diamalkan ialah;

1. Demam Panas

Bagi anak-anak kecil yang kadang-kala mengalami demam panas ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas di dalam semangkuk air. Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi anda sambil disertakan selawat.

2. Sakit Perut

Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan disapukan air tadi di perut dan kemudian biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih. Cara ini sesuai diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

3. Sakit Asma

Bagi yang sakit asma pula anda rebuslah dua (2) potong kulit asam jawa dengan satu (1) liter air sehingga ia mendidih kemudian di ditapis. Minumlah air rebusan tersebut sebanyak dua (2) kali sehari.

4. Batuk/Perit Tekak

Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Caranya dengan mengambil air asam jawa, dicampukan bersama gula dan air. kemudian ditapis, minum seperti biasa.

5. Luka / Bisul

Manakala daun muda asam jawa juga boleh ditumbuk lumat dan di tampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.

6. Alergik

Ambillah 2-3 golong buah asam jawa yang telah tua, garam secukupnya, 1/4 senduk kapur sirih. Caranya semua bahan tersebut direbus dengan 3 gelas air sehingga mendidih hingga tinggal 2 gelas dan disaring. Kemudian diminum dua (2) kali sehari, pagi dan petang.

7. Bengkak Disengat Lipan atau Lebah

Sediakan 3-5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Biji asam jawa tadi ditumbuk halus. Kemudian bahagian yang bengkak itu dibersihkan terlebih dahulu dengan kain dan dibasahkan kain tersebut bersama dengan minyak kayu putih. Selepas itu taburkan atau tempelkan bahan tersebut diatas bahagian anggota yang bengkak.

Take Note : Asam jawa bukan sahaja baik untuk pelbagai perubatan dalam badan, malahan asam jawa sedap juga dibuat penambah perasa dlm masakan dan bahan semulajadi untuk kecantikan kulit. Teringat dulu orang kata, kalau nak suara sedap minum air asam jawa banyak-banyak hehe..

Bahaya Normalisasi yang berlaku hari ini


Normalisasi yang berlaku dalam masyarakat hari ni, menjadikan umat Islam sendiri takut nak tegakkan syiar Islam dalam diri.

Takut nak jaga ikhtilat sebab kawan-kawan sekeliling semua sosial. Takut nanti orang cakap apa.

Takut nak bagitau yang vape tu haram sebab kawan-kawan sekeliling semua vape on. Takut nanti kena ban.

Takut nak halang virus Kpop sebab kawan-kawan sekeliling semua fanatik Kpop. Takut nanti kena pulau.

Sedangkan Allah turunkan al-Quran dan Sunnah Baginda Rasulullah s.a.w sebagai panduan.

Kalau tak jelas halal haram, rujuk balik al-Quran dan Sunnah.

Sebab normalisasi yang berlaku menjadikan yang haram tu halal, yang halal tu haram. Habis bercampur aduk!

Anyhow, kenapa perlu takut pandangan manusia daripada pandangan Allah?


#sekadarrenunganbersama
#tarbiahsentap
#copypaste

Khasiat Dan Kebaikan Bendi

KHASIAT BENDI



Bendi adalah salah satu sayur kegemaran saya, murah tetapi memberi banyak manfaat kesihatan yang luar biasa pada tubuh badan.
.
Dikatakan bendi dapat membantu menguatkan daya ingatan dan kecergasan otak. Bendi sering dijadikan satu sumber makanan yang baik untuk mereka yang menghadapi masalah sembelit, merawat ulser, mengurangkan darah haid berlebihan, untuk meningkatkan kesuburan, melegakan bengkak dan radang dan boleh juga mengurangkan masalah susah bersalin. Air rebusannya sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul.
.
Bendi boleh menutralkan asid dalam darah kerana dikatakan ia bersifat alkali.
.
Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes.
.
Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang sangat baik untuk kesihatan badan.
.
Lendir bendi boleh menyejukkan dan melembutkan kulit.





Petua Angin Pasang atau Uluran


Saya akan kongsikan beberapa ikhtiar yang boleh dibuat bagi membantu mengurangkan kesakitan dan insyaALLAH untuk kesembuhan, seperti berikut :

Sediakan
➢Madu lebah (6 sudu besar – untuk sehari),
➢Akar dan daun pegaga (secekak-sehari)
➢Gula Batu (5 ketul kecil)
➢Habbatus Sawda’(7 cubit -sebaiknya bijian.)
➢Air kosong (air masak yang telah sejuk)
➢3 cawan sehari untuk 3 kali minum.

Amal sehingga 7 hari berturut-turut. Jika pesakit ada masalah kencing manis? Tiada masalah, jangan bimbang, pengambilan madu yang betul tidak akan memudaratkan pesakit kencing manis.

Semua bahan tersebut dibersihkan setelah itu dicampur dan dilumatkan (termasuk gula batu).
Kemudian, semua bahan tadi dicampurkan ke dalam air, dan ditapis. Campur dengan 2 sudu besar madu, minum setiap pagi sebelum sarapan, sebelum makan tengahari dan sebelum tidur.

Boleh juga dicuba :
➣Sediakan madu lebah (6 sudu besar – untuk sehari)
➣Minyak/pati Habbatus Sawda (7 cubit atau 5 sudu kecil minyak/pati).

Juga untuk amalan 7 hari berturut-turut.

Kedua-dua bahan tersebut, dicampur, sebelum sarapan 2 sudu madu lebah + 1-2 cubit H/Sawda atau 1-2 sudu pati Habbatus Sawda’. Petang sebelum maghrib dan malam sebelum tidur.
Digalakkan menyapu atau menggosok minyak/pati Habbatus Sawda’ ke bahagian sekeliling testis (telur), sebelum tidur, setiap malam.

Antara langkah yang perlu dibuat jika pesakit merasa sakit, baringkan pesakit, luruskan kaki kemudian disilangkan dan ditolak, usaha sebaik mungkin sehingga sampai ke dada.
Ulangi langkah ini beberapa kali (Gilirkan kaki kanan di atas kaki kiri, kemudian kaki kiri di atas kaki kanan) sehingga pesakit lega atau terkentut (sebaiknya).

Kurangkan pengambilan kafein (Teh, kopi, nescafe), kerana ianya akan berisiko bertambahnya penyakit tersebut dan kurang kesan ubat kepada pesakit, terutamanya jika sudah berumur.
Kurangkan pemakanan yang bersifat sejuk dan angin, seperti buah tembikai, labu (kuning), kubis, cili dan lain-lain lagi.

InsyaALLAH, sekadarnya secara ringkas ‘first aid’ bagi masalah hernia atau angin pasang atau uluran.
Semoga dipermudahkan ALLAH.

Credit : Petua Facebook Pesan Bonda