Saturday, September 19, 2015

Perjalanan mencari redha Allah

8:39:00 AM 6 Comments



Memandangkan ramai 'confius' dan bertanya, betul ke si dia tak pernah tengok akak ?

" Mustahil sangat. "
" Yeke ni, boleh caye ke? "
" Takkan sampai camtu kot. "
" Ke memang dah pernah bertukar gambar? "

Dan macam-macam persepsi follower yang 'interbiu' aku di inbox. Heee.

Macam aku cakap sebelum ni.
Cinta itu hadir melalui 'rasa'.
Allah jua yang beri 'rasa' itu.

Bukan dari wajah.
Bukan dari harta.
Bukan dari pangkat.

Tapi dari 'rasa'.

Again,
Malaikat saksi tulisan ini.
Dan Allah jua bakal menghakimi tulisan ini.

Benar dan benar
Dia tak pernah pun kenal wajah aku. Apatah lagi nak bertukar gambar. Adik perempuan nya jua yang menjadi perantara sebagai 'orang tengah'. Aku siap pesan dengan adiknya, tolong jangan bagi gambar pada abang u. Jangan ceritakan apa-apa 'kebaikan' diri akak, ni amanah berat. Tak laksana amanah, jawab depan Allah ye.

Adiknya pun setuju.
Dan adik dia ada tanya,

" Kalau abang dah tengok akak tapi tak suka macam mana? "

Aku senyum.

Dan jawab

" Takpe je dik. Nabi sendiri suruh para lelaki untuk mai rumah perempuan yang nak dijadikan isteri untuk melihat wajah dan kedua tapak tangannya. Mesti ada sebab kenapa nabi suruh begitu. Terima atau tak terima, Allah Maha Pengatur yang Terbaik. Kan ? "

Then adik dia sambung,

" Lagi satu kak. Kak ok ke ? Yelah, mak ayah akak semua. Keluarga akak. "

Senyum.

" Kita usaha. Ok tak ok belakang fikir. Kita usaha. Usaha ikut apa nabi ajar. Sebaik usaha, kita serah pada Allah. "

Dan macam aku cakap sebelum ni. Sebelum aku berterus-terang pada mak ayah untuk sampaikan hajat lelaki. Malam tu juga bangun malam. Doa doa doa. Solat. Minta pada Allah agar diberi kekuatan dan keberanian untuk explain pada esok paginya.

Esok,

Cakap kat mak ayah.
Dan sebelum cakap tu dah beribu zikir dan selawat aku duk ulang-ulang. Tangan sejuk, kaki menggigil, jantung dub dub dub, dalam fikiran satu je.

" Satgi kena tampo kang habislah. "

Tapi entah, semakin selawat semakin jadi tenang.

Then cakap dengan lembut,

" Mak. . Ayah. . Hmm ada orang nak datang rumah. Sekian sekian sekian. "

Pastu mak ayah saling berpandangan.

Tapak tangan dah basah tahap gila. Pipi merah. Nak gi toilet tapi nak taknak. Tiba-tiba mak ayah senyum dan cakap,

" Datanglah. . . "

Masya Allah
Masya Allah

All praises goes back to Allah.
Benarlah, Allah boleh je lembutkan 'hati' sesiapa even kita buat jangkaan ini itu. Hanya dengan kun fayakun.

Buat wanita di luar sana.
Teruskan jaga Allah.
Jaga solat, jaga aurat, jaga ikhtilat. Jaga maruah mak ayah.

Buat lelaki di luar sana.
Teruskan jaga Allah. Jaga solat, jaga ikhtilat, jaga aurat.
Jaga mak. Jaga mak. Jaga mak.
Jaga kakak, jaga adik perempuan. Jaga sepupu perempuan. Jaga para 'perempuan'. Jaga 'pandangan'.

Kalau suka sama suka
Usahakan atur pertemuan dua pihak macam nabi ajar kita. Bukan pertemuan antara kau dan dia di tempat yang gelap.
Usahakan cari redha mak ayah, bukannya redha member-member yang entah apa-apa.

Kalau seorang suka
Seorang tak suka
Terus terang tanpa 'memberi harapan palsu'. Tanpa perlu 'berpura-pura' tanpa perlu menyembunyikan sikap di sebalik topeng. Terus-terang secara hikmah. Jangan zalimi perasaan orang. Buat dia jatuh cinta, buat dia jatuh sayang tapi sebenarnya kita hanya berniat 'rosakkan' semata-mata. Jangan bro. Allah itu tak pernah tidur. You will get what you give. Allah itu Maha 'ADIL'. Again, MAHA ADIL. Lagi-lagi doa orang dizalimi sangat hampir pada Allah.

Jika boleh cepatkan nikah.
Maka buatlah.

Namun jika perlukan 'sedikit masa' lagi. Maka silakan. Asalkan 'jaga apa patut jaga'.

Jujur,
Sangat sukar 'jaga hati'
Sebab tu kita kena alert.

Bila rasa teringat tu, cepat-cepat berwuduk baca quran.
Bila rasa rindu tu, cepat-cepat berwuduk baca quran.

Kalau boleh nangis.
Maka nangis.

Even 'tarikh nikah'
Itu lagi berapa bulan, minggu, hari. Ingat, tarikh mati itu boleh je hari ini. Hatta esok siapa tahu ?

Tips terakhir,
Sebelum tidur lakukan solat taubat 2 rakaat. Even dosa tu kita TER buat esok. Buat lagi solat taubat. Lagi lagi dan lagi. Sampai mati. Taubat bukan nanti. Taubatlah sampai mati.

We all have 'stories'
Terpulang.

Nak cerita diakhiri syurga
Nak cerita diakhiri neraka
Then just choose it.

Take note : Cerita diatas diceritakan oleh seorang kawan dah diubas serba sedikit untuk diabadikan dekat sini. Semoga ada pengajaran yang dapat kita kutip.

Sunday, September 13, 2015

Rindukan mereka

10:56:00 PM 8 Comments

Rindu sebenarnya.
Rindu sangat sebab dah lama tak jumpa.
Hurmmm.. niat hati hari-hari nak jumpa.
Tapi jarak membataskan segalanya.
Mujur ada telefon mendekatkan kami.
Tapi rasa rindu tu tak pernah hilang.
Tetap rindu jugak
Bahkan semakin rindu bila dengar suara.
 Setiap malam mesti tatap gambar mereka.
Tidur ditemani gambar aje lah.
Rindu.. tak sabar nak jumpa.
Lagi seminggu nak start cuti midsem.
Alhamdulillah, berkesempatan untuk balik kampung.
InsyaAllah nanti balik kampung boleh tatap wajah-wajah kesayangan lama-lama.
Agak-agak dapat tak hilangkan rasa rindu yang sedang sarat sekarang ni?
Tak apalah, tak kisah pun rindu tu kalau dekat.
Huhuuu.. hari-hari jumpa, boleh dakap erat-erat.
Ya Allah, tetiba rasa macam nak menangis.
Ishhh... sensitifnya lah hati ni bila bercerita tentang mereka.
Sabrlah hati, tabahlah jiwa, kuatlah semangat.
Lagi seminggu je nak balik kampung.
Lagi seminggu je memendam rasa menahan rindu.
Mak, ayah, adik-adik... rindunya!
Huhuuu rindu nak jumpa depan-depan.
Rindu nak dengar leteran mak.
Rindu nak dengar suara ayah depan-depan.
Rindu nak gaduh dengan adik-adik.
Rindu nak lepak depan tv ramai-ramai.
R I N D U
iLOVEu Family.

Semoga mak, ayah dan adik-adik sentiasa sihat walafiat dan dilindungi Allah sentiasa.









Follow Us @orangekecik