Malam Semakin Dingin | Achik Spin


Aku cuba untuk mendekati

Tapi engkau tiada peduli

Tulusnya niat di hati

Mungkin kau tersalah erti


Bukannya ingin merantai dirimu

Ataupun mengikat janji

Masih ada banyak lagi

Harus kau pelajari


(*)

Aku ingin kemesraan

Serta senyum keramahan

Biar kekal berterusan

Tak hilang di tengah jalan


(chorus)

Kau rahsiakan kedinginan

Menyelimuti hati

Aku juga kedinginan

Kerana sikapmu itu


Walaupun setebal mana

Selimut membaluti

Aku masih kedinginan

Sepi tanpa berteman


Kedinginanmu kerana malam

Yang masih lagi panjang

Kedinginanku jauh bandingan

Dengan dirimu


(repeat *)

Usah biar malam tak berteman

Usah biar siang kekosongan

Sudilah kau memahami

Ketulusan hati ini


Andainya ku merajuk bawa hati

Dan kau pun membawa diri

Siapa harus disalahkan

Pasti kita berdua (x3)

No comments:

Post a Comment