Peluang Kedua - Nabila Razali

Sepi
Menghukum diri kembali
Untuk mengalirkan air mata
Tanpa henti
Lagi

Sepi
Menghasut diri kembali
Untuk memikirkan tentang kita
Tanpa henti
Lagi

Dan tiada
Salah darimu mengingatkanku
Bila 'ku tak sempurna
Engkau bisikkan 'ku yang paling sempurna
Di matamu hanya aku

Maaf, andai kau terluka
Maaf, 'ku tak sengaja
Tanpa sedar
Sakitimu
Sesalku

Maaf, kerna aku pun terluka
Pintaku hanya
Peluang kedua
Rasa cinta
Darimu

Dan tiada
Salah darimu mengingatkanku
Bila 'ku tak sempurna
Engkau bisikkan 'ku yang paling sempurna
Di matamu hanya aku

Dan andai terbuka hatimu
'Ku di sini menunggu dan terus menunggu
Dirimu
Kembalilah, sayang
Kepadaku

Maaf, andai kau terluka
Maaf, 'ku tak sengaja
Tanpa sedar
Sakitimu
Sesalku

Maaf, kerna aku pun terluka
Pintaku hanya
Peluang kedua
Rasa cinta
Darimu

Rasa cinta
Rasa cinta
Darimu


Canggung By Wany Hasrita

Jari-jari jemari
Yang menghitung hari
Bila kau kembali
Janji-janji tepati
Jangan kau ingkari
Kata-kata hati
Mana bumi (bumi yang dipijak)
Situ langit (langit yang dijunjung)
Sama juga hati
Hati ketipak ketipung berlagu canggung
Bila hati berlagu rindu siapa nak tanggung
Hati ketipak ketipung berentak canggung
Kasihku padamu tiada penghujung
Kasihku padamu tiada penghujung (tiada penghujung)
Hari silih berganti
Hati disusuli
Rindu yang menanti
Hati-hati mencari
Cinta yang sejati
Hanya ku disini
Mana bumi (bumi yang dipijak)
Situ langit (langit yang dijunjung)
Sama juga hati
Hati ketipak ketipung berlagu canggung
Bila hati berlagu rindu siapa nak tanggung
Hati ketipak ketipung berentak canggung
Kasihku padamu tiada penghujung (tiada penghujung)
Dimana
Mana bumi yang ku…


7 Nasihat - Dato' Sri Siti Nurhaliza

Anak pipit jangan tak dihirau
Gusar esok ke sarang si rimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau

Dulu tunggu diturut balik (dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik (dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik (dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik (dulu diam sekarang cerdik)

Nak dilenturnya buluh
Biar dari rebungnya
Kelak pasti mereka
'Kan terjaga akhlaknya
Nak dibentukkan tubuh
Bukan dari bengkungnya
Susun atur mereka
Sebelum kenal dunia
Habis main di tanah
Sebelum senja ke rumah
Takut nanti tersalah
Bawa pulang masalah
Tak endah yang sekarang
Cakap jangan sebarang
Elok awal dilarang
Untuk kau jadi orang

Dulu tunggu diturut balik (dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik (dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik (dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik (dulu diam sekarang cerdik)
Yah
Satu, hendak berjaya mendada jangan
Pastikan, jika malu bertanya sesat jalan
Biar lapar sehari
Asalkan kenyang bertahun
Biar berkerut dahi
Asalkan minda beralun
Kedua, semua nasihat cam petua
Ketua perlu jua, nak sihat sampai tua
Masuk semua benua
Pelusuk dalam luar
Hormat tanpa bersua
Walau darjah sempoa
Yah
Tiga, lain liga lain cara
Elak geliga dalam rasa media massa
Dahulu kerna lidah badankan binasa
Sekarang kerna mata, jemari berbicara
Cara bicara yang keempat
Semua telinga harus peka
Nenek moyang yang nasihat majoriti ramai leka
Terlena, dibuai mimpi dek dunia cereka
Hanyut dihempas ombak tinggi gah lupa mereka
Lima, usah dikira kanan kiri
Cermin untuk diri kerna hidup tiada siri
Kerna hidup tiada sisi bila hati mula hitam
Lupakan kisah silam, nilam usah disiram
'Ku siram yang keenam
Biar mekar dalam hati
Ingati putus urat dan tenaga urat besi
Korbannya bukan calang
Tak hilang dimakan hari
Bajakan jasa-jasa mereka dengan budi
Anak pipit jangan tak dihirau
Gusar esok ke sarang si rimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau
Dulu tunggu diturut balik (dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik (dulu diam sekarang celik)
Haaa... (dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik (dulu diam sekarang cerdik)
Hmmm... (dulu tunggu turut balik)
Haaa... (dulu diam sekarang celik)
Haaa... (dulu tahu waktu balik)
Haaa... (dulu diam sekarang cerdik)


Elakkan Tidur Selepas Subuh

Apa Kita Buat 1 Jam Selepas Subuh, Akan Beri Kesan Sepanjang Hari. Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?

1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa

2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!

3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.

4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.

1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna. Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.

Sumber : Abu Hurairah Asifa