Kau selfish aku pun mampu selfpihh


"Kau selfish?? Aku pun mampu jadi selfpih kalau tu yg kau nak! aku pun xhadap lah beb.
#b'kwn tu biar b'adab skit beb"

Hari ni berakhir sudah program Citra Ibadah Cintai Solat yang Cik Candy hadiri selama 3H2M. Alhamdulillah walaupun para peserta tidak seramai yang diharapkan namun program tetap berjalan lancar dan meriah. Memang tersangat meriah, lebih-lebih lagi dengan penganjur dan fisilitator yang sporting. Terbaiklah! Walaupun sedikit penat, namun ilmu yang diperolehi sangat bernilai.

Okaylah, next entry Cik Candy story berkenaan program tu ye. Untuk entri ni, Cik Candy nak meluahkan sedikit ketidakpuasan hati sebenarnya.Selfish! Selfish! Selfish! Selfish!!!! Serius Cik Candy benci giler dengan manusia yang ada sikap macam gini. Selfish!!! 

Nak dijadikan cerita, baru-baru nie Cik Candy adalah mintak tolong seorang kawan. Mintak tolong dia printkan kerja assignment je pun. Assignment tu dah siap, tinggal nak print je. Tapi hampeh! Dia buat ignore je. Sakit pulak rasa hati ni. Kalau ye pun tak nak tolong, cakaplah sepatah! Tap payah nak diam sejuta bahasa. Lepas tu bila ditanya ada pulak alasan beribu-ribu. Choiiii! Sengaja buat Cik Candy tertunggu-tunggu respon dari dia. Menyampah!

Okay tak apa. Cik Candy cuba untuk faham. Mungkin betul dia tengah sibuk. Biasalah student, memang buzykan. *buzy abah kau! blahhhh laa woiiii*. Time tu, Cik Candy memang dah buntu. Esok nak submit tapi assignment tak diprint lagi. Ingat lagi, sampai menangis ke diri Cik Candy fikirkan assignment yang tak berprint lagi tu. Hurmmm.. menangis juga mengenangkan sikap kawan yang sedemikian rupa. Serius sedih. Terasa sangat dengan sikap dia. Puas berusaha, penat bertanya, akhirnya esok pagi Cik Candy kalut pergi kiost untuk printkan assignment tu. Hurmmm agak mahal sikitlah kos yang perlu dikeluarkan.*segala barang dan print di Kiost tu memang mahal sikit sebab tu sebolehnya tak nak print di situ*. Tapi tak apalah demi study kan. Alhamdulillah semua settle walaupun sedikit lewat.

Apa yang si kawan tu buat, Cik Candy akan ingat. Selama ni Cik Candy tolong dia. Bila dia buat salah, Cik Candy usaha untuk cover dia tapi apa yang Cik Candy dapat? Bukan mengharapkan balasan. Tapi sekurang-kurangnya bagilah respon bila Cik Candy mintak tolong. Kalau tak nak tolong, cakap je tak nak tolong. Jangan diamkan diri! Faham!! *sakit hati woiiiii*

Untuk malam ni, si kawan tu tiba-tiba mesej mintak tolong Cik Candy. Hah! Agak-agak apa jawapan yang patut Cik Candy bagi ye? Nak tolong ke tidak? Apa yang dia buat pada Cik Candy masih jelas ternyata di ingatan kowt. Tadi, tengok mesej dia. Tiba-tiba teringat balik apa yang dia dah lakukan pada Cik Candy. Maka muncullah satu persolan dalam kepala.

Nak bagi respon ke tidak. Nak tolong ke tidak. Ikut hati nak tolong. *Biasalah Cik Candy kan baik hati*. Tapi dalam masa yang sama hati tetap sakit. Terlintas juga dalam kepala, tak payah nak tolong sangatla! Hahahaaaa. Hampeh! Setan sedang menghasut kowt. Hurmmm... buat apa tolong kalau hati tak ikhlas. Nanti tak pasal-pasal muncung sedepa. kan? Tapi macam tak sampai hati pulak. Entahlah... blurrr...

 

Take Note : Setiap apa yang ditulis terluah dari tangkai hati. Segala apa yang ditaip merupakan apa yang dirasa. Pada sesiapa yang terasa tu, maaf. Nama anda tidak dimention sila jangan nak merasa Cik Candy sedang berbicara tentang anda ye. Anda tak femous dan tak ada saham dalam blog Cik Candy so rasanya tak perlu Cik Candy nak berkarangan tentang anda. Opssss.. mungkin yang terasa tu melakukan yang sedemikian rupa. Mungkinkan...

Qasidah Cinta Rasul

Assalamualaikum...


ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد   بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad 
Telah muncul agama yang didukung,  dengan munculnya sang Nabi Ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد  ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad   dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 

خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى   وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani   wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna

مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى   وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani   wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر    لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar    liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW), 


وَافتخَرَت الُ مُضَر   بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor     bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia

يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon   wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا   سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon    saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT

يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام   المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami   al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama

صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا   يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu  yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

يَا هَنَانَا

Qasidah Ya Hanana -






Malam tadi telah berlangsungnya satu program dengan jayanya di Surau IKTBN Sepang. Program yang diberinama Qasidah Cinta Rasul itu, berjaya menarik hampir kesemua pelajar yang beragama Islam di IKTBN tersebut. Alhamdulillah Cik Candy salah seorang diantaranya.

Sebenarnya di IKTBN tersebut, Qasidah diadakan pada setiap bulan tapi Cik candy yang jarang-jarang menyertainya. Huhuuu kekangan masa barangkali *alasan melebih*. Pada program kali ni, tetamu jemputan yang dijemput adalah Iman Muda Fatah dah ceramah yang disampaikan beliau bertajuk Isra Makraj. Semoga apa yang disampaikan beliau terkesan kukuh dihati dan akan sentiasa kami amalkan selalu, insyaAllah.. Wassalam..

Sakitnya hati ditusuk terkilan


Sakit hati. Susah sangat ke nak mintak tolong? Kenapa perlu bagi beribu alasan. Kalau tak nak tolong, terus terang saja. Kang senang!. kenapa perlu kusutkan kepala nak cipta sejuta alasan. Kenapa pelu buat aku terfikir-fikir.

Entah! Tak fahamlah. Time korang mintak tolong, aku cuba tolong yang termampu. Even kadang kala pertolongan yang diminta tu menyusahkan aku. Aku bukan nak mengungkit. Bukan juga nak membangkit. Tapi sekadang meluahkan apa yang aku rasa ketika ni. Terasa. terkilan dengan sikap sesetengah kawan.

Ketika aku berdepan saat getir, kau ada disisi aku tapi bukan untuk menolong sebaliknya untuk menyerabutkan lagi keadaan. Entah! Aku tak faham dan malas untuk memahami. Kau sendiri tahu sikap dan perangai aku macam mana. Kau sendiri jelas cara aku macam mana. bagi aku semua benda tu simple. tapi tak sesimple ABC. Jadi, terus terang saja, kang mudah.

Takut aku terasa? Hah! Come on lah beb. Aku bukan budak kecil lagi. Tak guna kau tolong kalau hati tak ikhlas. Tak guna beb! so better kau cakap je yang sejujurnya. Aku pun tak adalah semak sangat kepala.

Tapi apa pun aku nak korang tahu. Apa yang korang buat, aku maafkan. tapi untuk aku lupakan, mungkin mengambil masa. So faham-faham sudah.

Entri ni, aku tak tuju pada kau, kau, kau dan kau. Sesiapa yang terasa, padam muka! Nampak sangat kau ada buat salah pada aku, kan! Huh, kesah pula aku. Apa pun, pandai-pandai koranglah. Masing-masing dah besar panjang. Kita berkawan ni bukan untuk sehari dua. Kalau boleh berkawan tu biarlah sampai bila-bila.



Wanita muslimah yang buta, tuli dan bisu


Pada suatu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"
Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri".
Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik.

 Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah berlaku?
Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu.

Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah.
Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri. Tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan.

Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.
Semoga kata demi kata yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini ... Menjawab persoalannya..

Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu.

Annisa: (Aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!

Isteri jiranku: Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.

Annisa: Tapi mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.

Isteri jiranku: Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.
Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita!

Annisa: Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.

Annisa: apakah hakikat tudung?

Isteri jiranku: Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia.
Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.

Annisa: Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat, bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT .
Duhai nisa, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua.
Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan , ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan , ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.
Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.
Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab.
Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung, Allah SWT.

BARU KU MENGERTI RUPANYA ... (t_t) ...

"Buta, tuli dan bisu .. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh. ALLAH YG MAHA MELIHAT AKAN SEGALA AMAL SESEORANG HAMBA MAHU PONYG ZAHIR DAN BATIN ... Amin.


Subhanallah! Cik Candy harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kaum hawa sekalian .., wassalam.



Kelak kita kembali ke asalNya


Lailahailallah Lailahailallah
Lailahailallah Muhammadar Rasulullah
Lailahailallah Lailahailallah
Lailahailallah Muhammadar Rasulullah

Dengar manusia, hidup sekerlip mata
Kelak datang masa, bumi pasti binasa
Kelak kita kembali ke asalNya

Derasnya hujan, tanda kekuasaan-Nya
Kelak datang hari, mulut kita terkunci
Kata ampunan sudah tak bererti

Lailahailallah Lailahailallah
Lailahailallah Muhammadar Rasulullah
Lailahailallah Lailahailallah
Lailahailallah Muhammadar Rasulullah

Sedarkan hati, nikmat dari Sang Ilahi
Telah diciptakan bumi, sebagai tumpuan kaki
Untuk kita melangkah dan berdiri

Derai air mataku, membaca lafaz Tuhanku
Tiada kata terindah hanyalah Bismillah
Malam-malam gelisah, hari-hariku hampa
Rasulullah bersabda jangan putus asa

Lailahailallah Lailahailallah
Lailahailallah Muhammadar Rasulullah
Lailahailallah Lailahailallah
Lailahailallah Muhammadar Rasulullah

Duhai manusia, hayatmu di atas bumi yang semakin tua ini tidaklah terlalu lama.
Jadi kenapa mesti kamu mengamalkan sikap keangkuhan? 
Duhai manusia, hidupmu di atas bumi yang tidak lagi muda ini, mungkin hanya sekejap.
Jadi kenapa tidak kamu perbanyakkan bekalan akhirat berbanding duniawi.

Take Note: Kadang kala kita tersalah sangka dengan Allah. Kita terlalu mengikut hawa nafsu. Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa hambaMu. Tetapkanlah iman yang bermukin dalam hati kami. Lapangkanlah dada kami, semoga kami kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan dariMu.

Dunia kita berbeza PART 2

Dunia kita berbeza PART 1 (Klik sini)
***********************************
Awk, sye dah sampai ni. Sebelah gate, blouse kuning okey J -Myra-

Rain  ulang baca ayat yang sama di skrin Sony Ericssonnya buat kali yang kesepuluh. Sekali dibaca, sekali pandangan ditala ke hadapan, memerhati pintu gerbang taman di depannya. Anak matanya menangkap susuk tubuh seorang gadis sederhana tinggi dengan blaus kuning berserta reben putih dikepalanya. Ralit bermain dengan heel putih dikakinya. Mungkin ini kali pertama susuk itu menyapa pandangan retinanya, tapi dia yakin dia cukup kenal dengan pemilik susuk itu. Ya, gadis itu.

“Ahh! Tak normal balik aku ni. Mula rasa nak demam ni. Tadi macam dah okey aje”  Rain mula mengomel-ngomel seorang diri. Pembulur darah terasa nak pecah bila darah mula menyerbu naik ke kepala. Berdebar macam nak malatop jantung ni mak oii! Langkah yang diatur ditarik balik. Teragak-agak.

Seminit. Dua minit. Tiga minit. Sepuluh minit. “Ahh! Tak boleh jadi! Come on Rain. Chill okey. Menggelabah tak tentu pasal kau ni apahal. Poyo lah” Rain memberi semangat pada diri sendiri. Nafas dihela perlahan. Kembali mengatur langkah menghampiri si gadis. Sepuluh tapak berbaki haruman PoLo dari tubuh di hadapannya sudah terbau. “Ahh! Tak boleh jadi. Heart attack aku macam ni.” Desis Rain perlahan. Lutut mula terasa kembali longgar. Skru salah pasang kot ni asyik longgar saja tulang kau Rain.

“Assalammualaikum” antara dengar dengan tidak suaranya. Tersekat di kerongkong. Pagi tadi tertelan colgate banyak sangat agaknya. So suara ikut tranformers jadi macam Mr Bean. Ekk?

Umairah Alya berhenti bermain dengan kaki sendiri. Suara di belakangnya memancing perhatian. Tubuh mencari kelibat si empunya suara.

“Waalaikumsalam” sepatah ayat keluar dari gadis itu. Rain mula terasa seluruh skru di lutut nya dah bersepai-sepai ke tanah. Umairah Alya melarik senyum manis melihat encik kachak dengan kemeja kotak-kotak merah putih dihadapannya. Okey, Rain rasa nak tergolek dekat situ jugak sekarang melihat senyum dari bibir ulas limau itu.

“Hai!” Umairah Alya angkat dua jari di tepi pipi. Ceria. Peace! Manis dia tersenyum melihat makhluk yang dinanti akhirnya tiba.

Dalam hati, “ kau ikut time dekat Marikh ke? Dua puluh minit aku berdiri kat sini jadi tugu Negara tahu! See, reben atas kepala aku pun dah senget. Lain kali bagi tahu lah awal-awal jam kau tu ikut time Marikh ” Umairah Alya mengomel-ngomel seorang diri. Geram!

“ Hai” Rain berlagak biasa. Menghulur tangan tanda perkenalan.

“Sorry awak. Late sikit, ada probs sikit tadi tak jumpa jalan. Kesian awak tunggu lama.” Rain mengawal suara seperti biasa. Come on Rain. Jangan keluar suara Mr Bean. Tak macho okey.

Umairah Alya memandang tubuh di hadapnnya dari atas ke bawah. Weird! Kenapa aku rasa ada sesuatu yang pelik ni. Rambut, hitam emo style. Okey smart dah. Mata, dua biji. Bundar dengan anak mata coklat cair. Comel! hidung, satu. Mancung tak mancung, penyek pun tidak. Okey okey lah. Mulut, satu jugak. Tangan kaki ada dua. Err.. Semua normal. Apa eh yang pelik?

Rain dapat rasakan tubuhnya di scan oleh gadis di hadapannya. Setiap sudut diamatinya. Rain mula tak tentu arah.

“Jom kita duduk dekat mana-mana dulu.”

“Awak perempuan?!!” serentak Rain dan Umairah Alya bersuara.

Umaiah Alya membuntang mata!

Rain tepuk dahi.

Speechless.

                               *****

Umairah Alya melempar pandang ke cermin sisi. Senyap. Bisu. Si mak lampir di sebelah menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduannya. Suzuki swift putih milik Umairah Alya sekadar menjalar tenang dengan kelajuan 80km/j. Untung jalan tak begitu sibuk. Jadi tak stress mak lampir ni memandu. Kalau tidak mahu dia membebel sepanjang perjalanan akibat tidak puas hati dengan kesesakan jalan raya.

“Kau kenapa ni Myra  Dari lepas jumpa mamat tu, terus jadi bisu ke kau? Dia mandrem apa dekat kau ni weyh? Pagi tadi bukan main riuh mulut kau cerita itu ini. Yelah, happy sangat kan nak jumpa crush. Hah! Apa lagi story-mory lah dekat aku”, mak lampir mula membuka tirai  bicara.

Umairah Alya menyala pandang sekilas. Senyap. Bisu. Kembali melempar pandangannya ke cermin sisi. Entah apa yan dilihat. Bagai tembus. Meneliti bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan cermin tersebut barangkali. Macam tak logik aje.

“Woi mangkuk! Dah lah sengal, pekak pulak tu! Aku tanya ni. Jawab lah. Kau ingat aku cakap dengan stereng kereta ke?”suara Haliza nyaring di sebelah telinga.

Hujung retina mengerling mak lampir di sebelah. Keluhan nipis terlahir dari bibir.

“Dia perempuan” dua patah perkataan dilontar

“Hah! Siapa? Aku? Memanglah aku perempuan. Habis selama ni kau ingat aku apa? Dua alam?”

Umairah Alya merengus kasar. Ada jugak yang hilang gigi akibat kunyah stereng kereta nanti ni.

“Dia lah”

“Siapa?” Haliza mengerut dahi macam nenek-nenek.

“Mamat tu lah. Rain!”

“What!!?” sepatah perkataan itu cukup untuk membuat Umairah Alya hilang nafas seketika dan mungkin juga bakal jadi mangsa tragedi apabila Haliza  menarik brek mengejut kurang dari sepuluh saat.

Nyaring hon dari kereta belakang menjerit. Mujur aja tak tersembam ke bontot Swift putih kesayangan cik mangkuk ayun comel ni.

“Kau gila ke??!! Nak bagi aku mati?” kuat suara Umairah Alya menjerit. Wajah bujur sirihnya mula pucat tanpa darah. Bawah bibir diketap kuat.

Haliza  segera membelokkan stereng ke bahu jalan. Enjin kereta dimatikan. Seminit. Dua minit. Suasana bisu tanpa suara. Umairah Alya masih mengurut dada. Haliza merenung jauh ke hadapan memandang kenderaan lain di atas jalan. Menung. Berfikir. Muka blur tak payah cerita. Comel sikit muka Ugly Betty dari si mak lampir blur ni.

“Kau ulang balik apa kau cakap tadi? Aku salah dengar ke?”mendatar suara Haliza. Pandangan masih di atas jalan.

Umairah Alya menyisip keluhan nipis di celah bibir.

“Tak. Betul lah tu. Rain tu perempuan.”

“Macam mana pula dia boleh jadi perempuan. Ish! Aku tak faham lah. Pening lah aku!” Liana mengomel-omel sambil menggaru kepala.

“Kau ni kalau aku cakap lembap karang marah. Tapi hakikatnya, memang!”

“Serius, aku tak faham ni”

“Tomboi”

“Tomboi??”

“Pengkid”

“Pengkid?”

Umairah Alya mula naik angin apabila si mak lampir blur ni hanya mengulang kenyataannya dengan muka blur tak sudah. Kerut di dahi semakin bertambah.

“Haih, iyelah. Rain tu tomboi. Rain tu pengkid. Kau faham tak? Dia perempuan yang berpewatakan lelaki. Apehal slow sangat kau ni?” volume suara semakin ditingkatkan. Umairah Alya memandang tajam sahabat di hadapannya.

Haliza sekadar diam. Menghadam setiap patah bicara yang lahir dari bibir ulas limau si mangkuk ayun comel ni.

                               *****

Rain  merenung skrin telefonnya. Seketika dia beralih ke skrin komputer riba di hadapannya. Seketika lagi anak matanya mula mengalih pandang ke skrin televisyen yang sedari tadi terbuka menayangkan slot akasia di petang hari. Masih tidak kena. Semua jadi serba pincang. Kusut! Wajah tak ubah macam ibu hilang the only ugly duckling yang dia ada. Serabai.

“Rain” Irfan menyapa dari balkoni melihat sahabatnya serba tidak kena sejak sejam yang lalu. Dia yang naik rimas tengok Rain yang asyik ke hulu ke hilir pincang tingkah.

“Rain!”sekali lagi nama temannya disapa. Suara dilantangkan.

Senyap tanpa balasan. Rain menembuskan pandangannya pada iklas Chipsmore di televisyen.

“ Nurul Haizrian!!!” Irfan menjerit sekuat hati. Anak mata mencerlung wajah dihadapannya.

Rain mengangkat pandangan dari skrin televisyen.

“Kenapa dengan kau? Mati bini? Sampai aku panggil pun tak dengar dah” ujar Irfan  mendatar sambil kaki menapak ke arah sofa. Mug white coffee di tangan diletak ke meja.

Rain melarik senyum segaris mendengar bicara si sahabat. Senafas keluh terlahir.

“Dah masuk dua hari dia senyap wei. Dia tak balas semua mesej aku, tweet aku, call aku pun dia reject aku dah tak tahu nak buat apa. Aku rasa bersalah lah.” Rain bersuara antara dengar dengan tidak. Liur ditelan. Perit. Kesat. Terasa pasir.“Ahh sudah! Dah kenapa dengan aku ni.” Rain berbisik sendiri.

“Kau memang patut rasa bersalah. Kenapa kau tipu dia.”

“Mana ada aku tipu. Cuma, aku tak beritahu hal yang sebenar aja” pandangan dilempar ke luar balkoni dari tingkat empat belas itu. Senafas keluh terlahir lagi.

“Okey, kau cuma tak beritahu hal yang sebenar. Kau tak menipu pon. Jadi, kenapa kau tak berterus terang dengan dia. Sekarang macam mana.” Irfan buat muka jerk bila Rain masih mahu menang dengan bicaranya. Macam lah beza sangat tipu dengan tak beritahu hal sebenar tu!

“Aku tak berkesempatan. Aku takut dia lari.”

“Sekarang dah lari dah pun!” Irfan memintas lebih dulu.

Rain senyap. Wajah semakin suram. Kalau boleh digambarkan dengan animasi kartun di disney channel, awan hitam pakej dengan kilat guruh mula berarak di atas kepala si pemilik nama Nurul Haizrian Idham ini.

“Sekarang macam mana Irfan. Aku tak tahu nak buat apa dah ni.”

Irfan  masih bernawaitu ingin membuli sahabatnya yang satu itu. Tapi melihatkan wajah suram itu, nawaitunya dibatalkan. Bimbang banjir kilat atau mungkin juga taufan katrina akan berlaku sebentar nanti.

“Haih. Muka handsome, jambu. Tapi lembap macam burung kasuari kau ni kan! Sedih betul!”

“hurm” hanya sepatah kata yang muncul di bibir.

Irfan menggeleng kepala. Parah sungguh sahabatnya yang seorang ni.

“Pujuk lah dia. Minta maaf elok-elok. Mungkin dia terkejut. Tak sangka yang kau ni sebenarnya bukan jejaka idaman malaya macam yang dia fikir. Nanti lama-lama dia sejuk lah. Ladies Rain, lama mana je dia nak marah. Kau cuma perlu explain pada dia keadaan yang sebenar supaya dia faham, kenapa kau macam ni, dan untuk apa kau berkawan dengan dia. Sungguh-sungguh lah sikit. Semangat! Semangat!” Irfan menepuk perlahan bahu rakannya itu meniup sedikit semangat.

Rain melarik senyum segaris.

Di kepalanya mengatur rancangan untuk memujuk si gadis yang kini mula menjadi bayangan yang memburunya tiap masa.

“Ah! Rasa apa ini. Rindu mungkin. Ya, aku rindu kau Umairah Alya. Agak-agak perasaan kita sama tak?” Rain mula mengomel seorang diri.

Irfan menggeleng kepala melihat sahabatnya mula tersenyum-senyum tak tentu punca. Parah budak ni!

                               *****

Again! Haliza meletak pen di tangan ke meja. Pandangan ditala ke arah gadis di tingkat atas katil double decker di sudut kamar. Nafas dihela kasar.

“Again! Still reject call? Please lah Myra, bising okey fon kau tu. Tolong lah. Apa masalah kau ni hah?”suara Haliza sedikit kasar. Geram melihat Umairah Alya berselubung enak di bawah selimut hello kittynya seperti tiada apa yang berlaku sedangkan sejak sejam yang lalu telefon bimbitnya menjerit minta diangkat tidak diendahkan.

Umairah Alya menarik sedikit selimut separas lehernya. Bibir dicebikkan apabila dimarahi teman baiknya itu.

“Buat muka donald duck kau tu! Kau ingat comel? Ape masalah kau ni? Ish! Rimaslah aku!” si mak lampir mula membebel-bebel. Langkah diayun ke tepi katil. Selimut comel hello kitty ditarik melepasi kaki. Anak mata mencerlung tajam pada si mangkuk ayun yang masih berbaring.

“Aku tak tahu nak buat apa.” serak basah kedengaran Umairah Alya melontar suara. Bibir masih dicebik buat muka comel separuh siap.

“Apa yang kau tak tahu? Angkat aje lah call tu. Dari kau biar aje memekak sepanjang hari!”

“Aku nak cakap ape?” mendatar sahaja dia bersuara. Ala budak blur pun ada. Sedih!

“Cakap apa? Eh helo! Sejak bila yang kau tak reti bercakap? Cakap aje lah apa-apa pun. Tu pun aku nak kena ajar ke” Haliza mula naik angin melayan kerenah si mangkuk ayun ni.

“Kau tak faham lah. Ish, kau niiii”

“Memang aku tak faham dengan kau ni. Apa yang susah? Kau just angkat call dia, then cakap jangan ganggu kau lagi ke, kau dah ada boyfriend ke, kau tak suka dia ke, apa ke whatsoever, kau cakap ajelah apa-apa sampai dia berhenti cari kau. Tu pun susah ke minah? Kau nak buat apa dengan tomboi tu? Tak faham lah aku apa yang payah sangat otak kau ni nak proses.” Si mak lampir sudah mulakan bebelan panjang lebar. Langkah di bawa kembali ke meja belajar. Mug berisi milo panas dicapai.

“tapi........”

“Apa lagi!”

“Aku..... Aku macam rindu dia. Aku macam suka kat dia aja”

Mug terlepas dari tangan terjun ke lantai.

Bersepai.

“What! Umairah Alya!!!!!”

                               *****

Pagi sabtu adalah waktu paling bahagia untuk bersantai-santai di atas katil bersama selimut dan bantal golek sambil bermimpikan putera kacak datang melamar dengan kuda putih. Acehh! Lebih-lebih pula!

Kedua gadis berteman karib ini masih enak berlingkar di atas katil masing-masing walaupun jarum jam sudah mencecah ke angka 11. Yang seorang masih lena melakar mimpi bersama si putera. Yang seorang tenggelam dalam dunia sendiri dengan novel di tangan. Heaven! Tanpa kelas, tanpa kuliah, tanpa aktiviti kelab dan tanpa assignment. Bahagianya hidup jadi pelajar kalau macam ni hari-hari. Alamatnya bankraplah negara beri biasiswa dan pinjaman pada mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang dan terbilang ini.

“Perhatian kepada pelajar aspuri yang bernama Umairah Alya, sila hadir ke ruang legar kerana ada tetamu ingin berjumpa.”vsuara dari speaker bilik pengumuman asrama memecah sunyi dan cukup untuk memecah-belahkan ketenteraman para pelajar pagi itu, tetapi tidak Umairah Alya yang masih nyenyak memeluk patung hello kitty sebesar pemeluk.

Haliza melurut novel ke dada. Memasang telinga dengan pengumuman sebentar tadi.

“Saya ulang sekali lagi, perhatian kepada pelajar aspuri yang bernama Umairah Alya, sila hadir ke ruang legar kerana ada tetamu ingin berjumpa. Sekian, terima kasih” suara Maya pelajar undang-undang semester 4 yang cukup dikenali Haliza.

Segera dia melompat dari katil mencari tubuh di katil atas.

“Myra bangun! Ada guest nak jumpa kau ni. Bangun woi!” tubuh temannya digoncang sedikit.

Cukup kenal dengan sahabatnya yang seorang ini, dan kepayahannya untuk bangun dari tidur, Haliza mencari alternatif lain. Seluruh tenaga dikumpul, katil dua tingkat itu digoyang-goyangkan sepenuh hati. Laju saja Umairah Alya menegakkan  batang tubuh dengan mata terbeliak.

“Apahal kau gila? Aku ingat ada apa lah tadi. Kau nak bunuh aku ke? Nak bagi aku sakit jantung?” Umairah Alya mula naik berang apabila mimpi indahnya terganggu. Tambah berang bila melihat wajah si mak lampir yang tersenyum tak berdosa di tepi katil.

“Ada guest nak jumpa kau lah. Ada announced nama kau tadi.”

“Hah! Siapa?”

“Mana lah aku tahu siapa mangkuk. Kau pergilah tengok. Parents kau maybe.” Haliza kembali berbaring di katilnya. Novel kembali dicapai.

Umairah Alya kelam kabut turun dari katil. Pencuci muka dicapai seraya membuka pintu ke kamar mandi.

“Tapi semalam daddy aku tak ada pun kata nak datang.”sempat dia bersuara sebelum keluar.

Haliza sekadar memandang dengan dahi berkerut.

Kurang dari lima minit kemudian Umairah Alya kembali ke dalam kamar. Kelam kabut menyarung jeans dan t-shirt.

“Hoi mangkuk! Kau tak mandi ke?” Haliza mula duduk melihat sahabatnya lintang-pukang merapikan diri. Habis jatuh berterabur segala benda di atas meja.

“Tak payah. Nanti parents aku tunggu lama pula. Macam diorang tak biasa bau aku tak mandi. Hahaha! Bye!” laju saja sepatu putih di tepi pintu dicapai dan berlalu ke luar.

“Kot iya parents kau, kalau orang lain? Masak!” Haliza sekadar mengomel sendiri sambil menggeleng kepala.

                               *****

Umairah Alya memanjang-manjangkan leher semampu mungkin mencari kelibat kedua orang tuanya. Jangan kata batang hidung,bayang kereta kepunyaan mummy dan daddynya pun langsung tak kelihatan.

“Biar betul si mak lampir ni, entah-entah salah dengar tak. Nama orang lain tapi dia kata nama aku. Ish!” bebel Umairah Alya perlahan.

Baru sahaja dia ingin menapak kembali ke dalam asrama, dia sekali lagi terkejut dengan kehadiran batang tubuh yang berdiri betul-betul di belakangnya. Wajah Rain tersengih kerang menyapa pandangan.

“Hai” sepatah kata dari gadis tomboi itu.

“Awak buat apa kat sini? Macam mana awak boleh sampai sini? Mana tau saya ada kat sini?” soal Umairah Alya bertalu-talu. Ekspresi wajah terkejut beruk tak hilang lagi. Beruk pun tak terkejut macam dia.

“Sorry. Tak bagi tau awak dulu nak datang sini. Awak senyap aje dari saya seminggu ni. Call message tweet semua tak reply. Saya tahu awak marah. So saya datang nak pujuk awak lah ni.” Rain masih dengan senyum kerang.

Umairah Alya terkelu. Senyap tanpa bicara. Otaknya mula memproses tindakan seterusnya.

“Apehal mamat ni duduk tengah-tengah panas macam. Ya Allah, panasnya lahai. Berpeluh-peluh aku. Dah la dengan tak mandinya. Malunya aku!” omel Umairah Alya sendirian dalam hati.

Si mangkuk ayun lembap ni masih memaku diri ditengah terik matahari. Sekadar merenung tanpa bicara.

“Err... Err..”

Hachummm!

Rain  terbersin lebih dulu sebelum sempat si mangkuk ayun menutur kata. Umairah Alya tersedar lantas menarik tangan Rain menuju ke pondok rehat kawasan ruang legar itu. Rain menjongket kening melihat tangannya ditarik tetapi sekadar membontoti sahaja langkah gadis itu.

“Kita duduk kat sini ajelah ye. Tak panas sangat” ujar Umairah Alya seraya melabuh punggung selang dua kerusi dari Rain.

Rain mengerut dahi

“Kenapa awak duduk jauh sangat ni? Tak sudi duduk sebelah saya ke?”

“Eh! Tak lah. Hee. Ni kan asrama. Bukan dekat luar.” laju saja Umairah Alya beralasan. Padahal takut kantoi bau kambing gurun!

Rain sekadar mengangkat bahu.

“Okey. By the way, saya tak tahu nak pujuk awak ni macam mana. Err.. saya tak pandai pujuk orang kot! Tapi saya belikan ni untuk awak.” Rain menghulur beg kertas sederhana besar.

Bibirnya mengukir senyuman manis. Dania Qasandra meneguk liur. Alamak! Comel gila lah kau ni! Beg kertas disambut.

Dahi mula berkerut melihat isi kandungan beg kertas. Perlahan tangannya mencapai kandungan di dalam. Patung angry bird sebesar buku lima, kuih batang buruk sebalang dengan bunga matahari yang dikait comel dengan benang bulu kambing. “Biar betul budak ni! Romantik tak jadi ke apa? Semua benda yang aku tak suka langsung. Ish! Tak sweet betul lah!” Umairah Alya mula membebel dalam hati.

Ingatkan kot nak bagi teddy bear comel ke, ferrero rocher ke, ros merah ke, ni... ish! Nak klasik pun berpada-pada lah! Bayangan putera idaman datang dengan kuda putih kini bertukar dengan melihat puteranya menunggang keldai yang hidung kembang dengan gigi besar di depan! Erkkk!! Spooky!


*******

BERSAMBUNG