Keperluan dan kehendak dalam kehidupan

Assalaualaikum..

Saat nie, ketika entri nie diwujudkan Cik Candy merasaankan seolah-olah hidup ini kosong. Entah, semakin difikirkan, semakin ke hadapan, semakin kosong dirasakan. Terdetik dihati 'apa yg aku nak sebenarnya dalam hidup ni?' , 'apa yg perlu aku lakukan untuk kehidupan yang lebih baik?' , apa yang mesti aku lakukan untuk kecapi kegembiraan dan kebahagiaan?' , apa yang wajib aku lakukan untuk mendapat keredhaan dariNya?'. Persoalan demi persoalan muncul bertubi-tubi.

Orang kata, bila kita bersendirian, pasti ada yang menghasut kita supaya berfikiran negatif. Apakah untuk saat nie Cik Candy sedang dihasut pemikiran? Entah! Bila dipandang balik kehidupan yang lalu, kenangan silam yang lepas, Cik Candy merasakan seolah-olah hidup nie terlalu banyak dipersia-siakan dengan sesuatu yang tidak berfaedah. Subahanallah... Aku hambaMu yang terlalu banyak kekurangan. Aku hambaMu yang sering kali lalai. Aku hambaMu yang punyai banyak dosa dalam aku sedar mahupun tidak...

Hurmmm.. buat sementara waktu nie, setelah difikirkan semasak-masak dan sehabis mungkinnya. Cik Candy ingin perlahankan segala macam aktiviti sosial. Perlahan tu perlahanlah jugak tapi aktiviti kawad dan wataniah tetap berjalan mantain seperti biasa. Cik Candy pun tak naklah nanti ada effect untuk markah koko dan salasiah diri. Apapun biarlah Cik Candy membawa diri untuk seketika. Cik Candy nak mencari, apa sebenarnya yang Cik Candy mahukan dalam hidup ini. Disamping tu, Cik Candy juga nak tumpukan perhatian dalam study. InsyaAllah, awal bulan depan, Cik Candy dah pun nak final exam. Ya Allah,  sekejapnya masa berlalu. Terasa baru semalam Cik Candy masuk study. Baru semalam Cik Candy berhempas pulas dalam orentasi. Tak sangka rupa-rupanya dah nak sampai ke penghujung semester. Cepatnya masa berlalu...


Take Note : Move on pada aku bukanlah meninggalkan atau melupakan. Tapi bagaimana teruskan hidup dgn memori yg ada tanpa sebarang perasaan atau penafian.

8 comments:

  1. :)... Kak CC... Yang lepas bukan sekadar sejarah... Tetapi ianya adalah pengalaman yang mendewasakan kita... Teruskan bersikap positif :)

    ReplyDelete
  2. all the best CC... doa yg baik insyallah kita dpt yg terbaik....

    ReplyDelete
  3. all the best for your life cik candy ;)

    ReplyDelete
  4. I feel u cik candy. There're many things lingering in this mind. The more you think, the more confuse u get. So let Allah arranges everything. All the best!

    ReplyDelete