Keburukan Sombong

Assalamualaikum

1) Sombong adalah penyakit hati yang mana akan menjerumuskan pelakunya ke Neraka.

2) Tidak akan masuk Syurga, barang siapa ada sifat sombong dalam hatinya, walaupun seberat zarah.

3) Merendahkan orang lain itu sombong

4) Mentertawakan orang lain itu sombong.

5) Menunjuk-nunjukkan kelebihan itu sombong

6) Berlumba-lumba menunjukkan kelebihan pun sombong

7) Memperbodohkan orang lain itu sombong

8) Sentiasa nak menang, itu juga sombong

9) Mementingkan diri sendiri itu sombong

10) Berbangga dengan kecantikan itu juga sombong

11) Bersangka buruk itu sombong

12) Berbangga dengan kepandaian itu juga sombong

13) Merasa diri hebat itu sombong

14) Sentiasa merasa diri betul itu juga sombong.

15) Tidak boleh ditegur itu sombong

16) Kacang lupakan kulit, lagilah sombong

Sombong itu adalah satu sikap yang sangat tercela dan akan memusnahkan semua amal kebaikan.






Manusia bersifat tanah kenapa perlu sombong melangit


Tinggi mana pun kita berjaya ingat jangan hina pada yg bawah...
Allah berikan kejayaan bukan untuk kita lupakan Dia. Tapi, agar semakin dekat kita kenali, cari dan makin sujud menyembah-Nya. Agar kita sedar bahawa kita tak punya apa-apa. Semua hanya pinjaman saja.
"Dan bermula dari kegagalan itulah yang buat kita jadi manusia. Jadi hamba. Bermula dari bawah. Bersifat tanah dan tidak bersifat langit. Agar tahu erti berada di pandangan orang hina. Supaya kita sentiasa Sedar Diri agar tak buta dengan kejayaan sementara dunia.
Tahu tak?, walaupun tak nampak dengan mata kepala kita sendiri, sebenarnya Mak Ayah kita menitiskan air mata dalam diam kerana kita...
Dalam kubur, lebih ramai yang bersedih kerana gagal berusaha untuk jadi orang yang Beriman ketika di dunia. "

Take note : Entri nie ditulis untuk sekadar peringatan buat diri sendiri. Tidak terniat untuk mengutuk, mengata, mengcerca, menghina, memerli, mengbambu dan segala macam -meng- yang berkaitan dengan sifat-sifat negatif yang lain. Sesungguhnya kita sebagai hambaNya, tidak mampu untuk lari dari melakukan kesilapan. Ingatlah, belajarlah dari kesilapan yang telah kita lakukan. Belajarlah untuk jadi lebih matang dan beriman dalam kehidupan ini. Wassalam.

Hapuskan kesedihanmu


1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya..

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nmpk jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya.

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian seblm bertemu kembali Hawa.

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal.

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat


Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...
Allah mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bilamana brrhadapan dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"... ALHAMDULILLAH UTK SEGALA2NYA YA RAHMAN.


Isninday yang memalaskan aku

Assalamualaikum..

Yihahhhhhhh isnin dah tiba. Isnin hari yang penuh kemalasan bagi Cik Candy. Malas nak bangun awal, malas nak bersiap awal dan yang paling penting rasa macam malas nak pergi kelas. Oichhh kemalasan tahap melampau maksimumnya. *pemalas!*

"tak payah jadi manusialah kalau malas sangat. Pergi sana jadi kura-kura"

Heheheee.. setiap kali rasa malas tu muncul, Cik Candy akan menyebut ayat diatas. Tak payah jadi manusialah, pergi sana jadi kura-kura. Selambat kura-kura pun, dia tetap rajin berusaha tau. Si kura-kura....

Untuk hari nie, rutin harian Cik Candy akan berubah secara perlahan-lahan. Bermula awal bulan May nanti, rutin harian tersebut akan berubah secara keseluruhannya. Sebenarnya, Cik Candy masih dalam proses penerimaan. Mampu ke Cik Candy nak lalui semua nie? Mampu ke Cik Candy tamatkan latihan nanti dengan jayanya. Oichhh! seram pulak rasa bila berfikir tentang nie.

Rasanya Cik Candy dah panjang berceloteh. Masa pun dah hampir sampai. Sebelum keadaan bertukar kalut, ribut, taufan, better Cik candy bersiap-siap sekarang. Hehehee, apa pun tolong doakan Cik Candy ye. Wassalam..


Kemanisan cinta yang ikhlas



Dia memang nampak sempurna dari semua segi. Dikurniakan wajah yang jelita, otak yang cerdas dan dilahirkan dalam keluarga yang berada. Sesiapa saja akan mencemburui nasib Azalea. Tutur kata yang lemah lembut dan tingkah laku yang sopan amat disenangi setiap orang. Azalea memang disenangi, ramah dan tidak sombong dengan kelebihan yang dia miliki.

Gadis itu nampak gembira sekali, bahkan dia bagaikan dicipta untuk hidup gembira saja. Tapi, siapa tahu? Gadis itu gadis yang sedang menunggu saat kematian yang muncul bila-bila masa. Dia di sahkan menghidap penyakit barah hati. Sampai sekarang dia menanti penderma yang sesuai. Tapi, hasilnya masih mengecewakan, sedangkan barah itu semakin menular. Kadang-kadang dia ingin seperti orang lain, biar tidak kaya, biar tidak bijak, biar tidak cantik, asalkan dirinya sihat. Dia menangis keseorangan. Hanya keluarga yang prihatin mendorongnya untuk terus hidup.

Dia takut sekali untuk memejamkan mata, takut lenanya tanpa jaga. Derita yang ditanggung amat menyakitkan. Ada kala dalam gelak air matanya mengalir. Dia takut sekali apabila tiba-tiba lintasan ajal dan dia dijemput menghadap Ilahitanpa sempat menyampaikan pesan kepada insan-insan tersayang.

Saat-saat yang dilalui seakan tiada makna. Dia betul-betul rasa buntu denganarah hidupnya. Di kampus dia menjalani hidup seperti kebiasaan. Dia seorang pelajar yang baik. Dia memang hebat di mata pensyarah-pensyarah dan kawan-kawan. Tapi, tidak bagi Amri, baginya, gadis itu terlalu sempurna. Dia harus mencari kelemahan gadis itu. Dia tidak senang apabila nama gadis itu sentiasa menjadi yang mendahuluinya dalam setiap perkara. Ada dendam yang harus dilangsaikan.

Azalea sendiri tidak mengerti dengan lelaki itu. apa yang dia buat serba tak kena di mata Amri. Dia tidak kenal sangat dengan lelaki itu, tapi dia senang sekali melihat wajah tenang jejaka itu. Tapi dia tidak tahu kenapa lelaki itu sering mahu berdebat dengannya. Ada-ada saja yang hendak dibantah. Wajah lelaki itu tetap tenang, walaupun kata-kata berbisa yang keluar dari mulut itu. Namun dia tahu lelaki itu baik kerana kawan-kawan tidak pernah berkata buruk tentang lelaki itu.

Amri mendapat idea untuk mendekatkan diri pada Azalea. Melalui risikannya daripada beberapa teman gadis itu, gadis itu mudah bersimpati. Dia harus mengambil peluang itu. Gadis itu harus menebus kesalahan ayahnya. Ayah gadis itu telah membunuh ibu bapaku, ayah gadis itu telah menyebabkan ibu bapanya terlibat dalam kemalangan maut.

" Assammualaikum.... Lama dah kita sekelas. Tapi..tak pernah berbualkan?" Amri memberanikan diri menyapa gadis itu. Dia berharap gadis itu sudi memanjangkan bicara. Dia perasan kekagetan wajah itu.

" Tak sudi ke?" Tanya Amri. Azalena terpana.

" Eh! Waalaikummussalam... hmmm..apa awak cakap tadi?" Tanya Azalea separuh sedar. Tidak menyangka lelaki itu akan menyapanya.

"Hmmm...saya cakap. Kita dah lama sekelas. Tapi tak pernah berbual. Boleh kita berbual sekejab? Sebagai kawan." Amri cuba membuatkan gadis itu selesa. Azalea tersenyum, dia membetulkan duduknya. Amri agak terpesona dengan senyuman itu. Betul kata kawan-kawan. Gadis itu memang sangat cantik. Dia cuba menghalau perasaan asing yang cuba menular. Dia mengingatkan diri tentang dendamnya.

" Oh....apa salahnya. Saya ingatkan awak tak suka kat saya." Ucap Azalea berterus terang. Amri sedikit terkejut, tapi dia kembali mengawal perasaannya. Gadis manis bertudung putih di depannya itu sukar sekali dibenci. Dia sudah berusaha untuk membenci, tapi ternyata tidak sedikit pun perasaan benci itu hinggap di hatinya. Yang ada hanyalah perasaan kurang senang dan dendam terhadap bapa Azalea.

" Awak ingat saya tak suka awak ke?" soal Amri. Azalea terdiam sebentar.

" Hmm...memang saya fikir macam tu. Yelah...kita selalu sangat berdebat. Saya minta maaf andai awak terasa." Balas Azalea. Dia meliarkan pandangan disekitar kantin itu. Rohani kawan rapatnya belum jugak muncul.

" Tak adalah.... Bukan saya tak suka. Tapi saya suka dengar awak membalas setiap patah perkara yang kita debatkan. Walaupun berdebat, suara awak tetap lembut. Saya suka dengar awak bercakap." Tanpa sedar Amri meluahkan sedikit rahsia hatinya. Dia tidak dapat menafikan yang dia suka mendengar suara gadis itu, lembut dan bersopan. Wajah Azalea merah.

" Boleh kita jadi kawan?" Tanya Amri melindung gugup. Dia takut sekali niat membalas dendamnya tersasar.

" Boleh..... Panggil saya Alea." Balas Azalea ramah.

" Saya... Amri, awak boleh panggil saya Am. Kalau nak panggil abang Am pun boleh." Amri cuba bergurau. Azalea tergelak. Amri sekali lagi tergamam, manis dan cantik sekali.

" Tak sangka awak ni suka bergurau." Azalea mula menyenangi kehadiran lelaki itu.

" Banyak yang awak tak tau tentang saya tau. Tak kenal maka tak cinta. Mana tau lepas kenal saya awak jatuh cinta. Ops..." Amri menutup mulutnya. Azalea tergelak lagi.

" Tak semudah itu saya jatuh cinta tau." Azalea menegaskan katanya sekadar membalas usikan Amri. Bukan dia tak nak jatuh cinta, tapi dia takut tidak mampu membalas cinta itu kerana hatinya makin lemah.

" Apa? Awak ada kanser? Cakap betul-betul Am, jangan main-main." Azalea terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh Amri itu. Sukar dia hendak menerima semua itu menimpa sahabat baiknya. Sejak tiga bulan dulu, Amri menjadi sahabat baiknya. Walaupun masih ligat berdebat, tapi tutur kata tetap dijaga.

" Betul Alea. Dah lama dah saya sakit." Bohong Amri. Azalea sayu melihat wajah Amri, rupa-rupanya bukan aku seorang aje yang menunggu kematian. Dia pun, dia memang seorang yang tabah. Hanya aku yang seakan mengalah dengan penyakit ini.

" Saya tak sangka...awak pun ada penyakit berbahaya." Azalea sebak. Amri menyembunyikan senyuman, dia berjaya memancing simpati Azalea. Dia dapat melihat air mata berlinang di tebing kelopak mata gadis itu.

" Saya pun tak sangka pada mulanya. Tapi, bila doctor bagi tau, saya rasa dunia saya dah musnah. Saya sedih sangat. Awak nak ke berkawan dengan saya? Seorang yang sedang menunggu kematian yang entah tiba-tiba akan datang."Bohong Amri lagi. Azalea mengesat air matanya. Wajah itu ditatap penuh ikhlas.

" Saya akan tetap di sisi awak, walau macam mana pun keadaan awak. Kita sama-sama habiskan sisa hidup yang ada dengan bahagia." Tanpa sedar Azalea melafazkan kata-kata. Amri agak keliru dengan ayat terakhir Azalea. Sisa hidup?Tapi dia malas hendak berfikir panjang. Apa yang dia tahu dia gembira apabila Azalea betul-betul percaya kepadanya.

Azalea menghantar langkah Amri dengan air mata. Dia dapat melihat kepiluan dimata itu. Kita sama-sama menunggu kematian Am. Kita sama-sama akan habiskan sisa hidup bersama. Bisik hati Azalea.

" Kenapa ni nak? Alea sakit ke sayang? " Tanya Datin Naini, ibu kesayangan Azalea. Bawah mata sembab anaknya dipandang dengan hati yang tertanya-tanya. Dia memegang bahu anaknya lembut. Azalea memeluk tubuh kurus ibunya.

" Mak....dia pun macam Alea. Dia pun seorang yang menunggu kematian. Dia pun sakit..." sedu Azalea di bahu itu. Datin Naini tidak mengerti, dia hanya membiarkan anaknya meluahkan dulu apa yang disimpan. Sambil itu tangannya mengusap belakang anaknya dengan penuh sifat keibuan.

" Alea ingat... Alea je yang paling malang. Tapi, rupa-rupanya ada orang lain jugak yang menderita. Tapi dia sungguh tabah. Dia tak pernah nampak patah semangat macam Alea. Alea nak jadi macam dia." Tangis Azalea. Datin Naini menarik tangan anaknya lembut ke sofa. Mereka melabuhkan punggung di situ. Dia mengusap lembut kepala anaknya di pangkuan. Dia ingin tahu siapa gerangan yang diceritakan anaknya. Dia ingin mengucapkan terima kasih pada insan itu.

" Siapa tu nak?" Tanya Datin Naini sebak.

" Am mak... kawan Alea yang Alea cakap dulu. Dia sakit mak, tapi dia tak putus asa. Dia tabah." Beritahu Azalea diiringi esak tangisnya.

" Janganlah menangis sayang... mak nak anak mak tabah macam dia." Ucap Datin Naini. Azalea angguk perlahan, dia masih berbaring manja di pangkuan ibunya. Dia memang manja, biarpun nampak serius, namun keletah manjanya hanya tika dia bersama dengan keluarga kesayangan.

" Awak...awak dah makan ubat?" Amri tersentak dari menungan. Dia menoleh ke arah suara lembut itu. Dia teruja melihat senyuman manis Azalea. Bibirnya kaku untuk bersuara, entah mengapa dadanya berdebar semacam.
" Kenapa awak ni?" Tanya Azalea hairan. Dia mengambil tempat di sisi Amri. Amri diam, dia dapat menghidu wangian yang sering digunakan gadis itu walaupun jarak mereka agak jauh di kerusi panjang itu.

" Am..." panggil Azalea. Amri tersentak lagi.

" Awak... apa awak Tanya tadi?" Amri tersipu mengenangkan kelekaannya tadi. Wajahnya hangat apabila mendengar gelak halus di sisinya. Dia teruja lagi melihat tawa itu, gigi gadis itu tersusun kemas nampak indah bila ketawa.

" Awak berangan ya..." usik Azalea.

" Mana ada..." nafi Amri.

" Eleh...bohong...tadi tu apa? Tak dengar pun soalan saya." Azalea ingin mengusik lagi.

" Tadi tu saya berfikir..." balas Amri sambil tersengih. Azalea tergelak, Amri ikut sama gelak.

" Awak ni ada-ada je.. saya tanya tadi... awak dah makan ubat?" Tanya Azalea prihatin. Amri mengelabah.

" Dah...dah..sebelum ke sini tadi saya dah makan." Bohongnya, walaupun menyedari menipu itu berdosa, tapi dia bertekad untuk meneruskan jugak. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

" Hmmm...baguslah macam tu. Saya tak nak kawan saya sakit." Ucap Azalea. Dia menyatu jari jemarinya. Memang mereka selalu menghabiskan masa disitu, di taman bersebelahan dengan perumahan keluarga Azalea. Adik bongsu Azalea sentiasa menemani mereka, Azirul yang berusia 10 tahun sedang leka bermain buaian.

" Kawan je?" Tanya Amri berani. Giliran Azalea tersentak.

" Apa maksud awak?" Tanya Azalea sedikit cuak. Dia takut, takut rahsia hatinya turut diketahui.

" Awak tak pernah ke..sayang kat saya?" Tanya Amri.

" Sayang....saya sayangkan awak sebagai kawan saya." Balas Azalea berpura-pura tenang. Amri tidak putus asa, misinya mesti berjaya.

" Saya nak kahwin dengan awak Alea. Saya tau saya tak layak, tapi saya cintakan awak. Saya nak awak jadi isteri saya." Luah Amri berani. Azalea tergamam. Dia terdiam.

" Alea....bagilah jawapan. Jangan membisu je.." Amri sedikit mendesak.

" Tak boleh Am.. kita tak boleh kahwin." Balas Azalea. Dia takut, saat dia berbahagia nanti dia tidak sampai hati untuk meninggalkan lelaki itu.

" Kenapa tak boleh? Kenapa? Kerana saya dah nak mati? Sebab itu awak tak nak pertaruhkan hidup dengan orang yang berpenyakit macam saya?" tegas Amri. Dia berdiri tegak. Azalea masih membisu. Bukan begitu Am, hatiku memang kuat mencintai kau, tapi... hatiku juga makin lemah untuk menjalankan fungsinya. Jerit hatinya. Tiada siapa tahu perasaannya melainkan yang Maha Esa.

" Tak payah cakap apa-apapun saya tau Alea. Awak memang tak sanggup nak hidup dengan orang yang dah nak mati macam saya." Amri melangkah ingin pergi dari situ. Azalea terpana, pantas tangannya mencapai lengan Amri. Nasib baik Amri menggunakan baju lengan panjang. Perlahan-lahan, Amri berpaling memandang Azalea. Dia terkejut melihat wajah itu sudah basah dengan air mata.Terasa ingin sekali dia mengesat air mata itu, tapi dia sedar batasan mereka. Dia rasa bersalah dengan penipuannya. Azalea turut melepaskan pergelangan tangan Amri.

" Am... awak tak faham. Saya pun gadis yang menunggu kematian. Am... saya tak kuat Am.. saya sayang awak. Tapi... keadaan tidak membenarkan saya menyempurnakan kehendak awak dan saya sendiri. Lagipun kita masih belajar. Am...maafkan saya." Ucap Azalea pantas berlalu meninggalkan Amri. Amri tergamam di situ, dia hanya memandang Azalea melangkah pergi sambil berpegangan tangan dengan Azirul. 'Gadis yang menunggu kematian?' apa maksud dia?

Amri terkejut apabila menerima panggilan daripada ibu Azalea memberitahu ingin berjumpa. Dia menerima pelawaan wanita itu. Seperti yang dipersetujui mereka bertemu di restoran Rasa Sedap. Dari jauh dia melihat wanita yang berusia separuh abad sambil ditemani Azirul, adik Azalea.

" Assalammualaikum mak cik..." sapa Amri.

" Waalaikummussalam.... Duduk Am.." balas Datin Naini sambil tersenyum ramah. Amri melabuhkan punggung sambil menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat. Amri hanya memesan air tembikai, dia tidak berselera untuk makan. Dia hanya hendak mengetahui tujuan ibu Azalea itu menemuinya.

" Begini Am... Mak cik dapat tau Am dah melamar Alea untuk jadi isteri. Betulke? Am serius?" Tanya Datin Naini. Amri telan air liur." Betul mak cik. Saya memang nak dia jadi isteri saya. Saya tau saya tak layak, tapi saya sayang dia mak cik. Berilah saya peluang makcik." Ucap Amri berani. Datin Naini mengangguk-anggukkan kepala beberapa kali. Pesanan air tembikai Amri sudah sampai, Amri meneguk air beberapa kali. Terasa kering tekaknya.

" Tahu kenapa Alea menolak?" Tanya Datin Naini lagi. Amri menggelengkan kepala.

" Am... makcik memang tak halang kalau korang nak kahwin. Family kami okey.. cuma Alea. Dia rasa dia tak mampu bahagiakan Am nanti. Dia pun macam Am, dia sakit jugak Am. Selama ni dia pinjam semangat Am untuk teruskan hidup. Makcik pun nak ucapkan terima kasih kerana Am telah pulihkan semangat dia untuk hidup." Amri terpana mendengar kata-kata Datin Naini. Alea sakit? Sakit apa?

" Apa maksud mak cik?" Tanya Amri dengan debaran.

" Dia dah lama menghidap barah hati Am. Mak cik tau, memang dia tak pernah cakap kat kawan-kawan dia sebab dia tak nak orang susah hati. Tapi mak cik harap Am pun sudi terima dia." Amri tersandar di kerusi mendengar kenyataan itu. 'kita sama-sama habiskan sisa hidup kita'. 'saya gadis yang menunggu kematian'. Bagaikan terngiang-ngiang kata-kata Azalea dulu. Dia rasa bersalah sangat.

" Am tak tau mak cik... tapi... izinkan saya ambik dia sebagai isteri saya." Kali ini Amri benar-benar bertekad. Dia ikhlas untuk memperisterikan gadis itu, bukan untuk melunaskan dendamnya.

" Mak cik sentiasa merestui Am. Mak cik izinkan." Balas Datin Naini sebak. Dia ingin anaknya bahagia.

" Tapi....ada perkara saya nak terus terang kat mak cik. Saya harap makcik maafkan saya. Tentang perasaan saya terhadap Alea, saya tak tipu, saya memang cintakan dia." Amri ingin berterus terang. Datin Naini angguk. Amri menceritakan segalanya. Bermula dari rancangannya pada mulanya hendak membalas dendam, menjadi kawan kepada Azalea dan akhirnya jatuh cinta. Berkali-kali dia berjanji akan membahagiakan Azalea sebelum Datin Naini benar-benar yakin.

......................................................................................

" Saya cintakan awak.... banyak..." lafaz Amri ketika dia bersantai bersama isteri kesayangan di koridor chalet. Sudah 2 minggu mereka bergelar suami isteri, dan 3 hari yang lalu mereka sampai di situ untuk berbulan madu.

" Saya cintakan diri saya sendiri..." terbeliak mata Amri mendengar kata-kata isterinya. Dia memasamkan wajah melihat wajah nakal isterinya mengusik. Pantas dia menyambar tubuh isterinya. Azalea terjerit.

" Lepaslah...." Azalea menjerit kecil, dia memukul-mukul kecil lengan suaminya yang kemas dipinggangnya. Pelukan itu semakin erat, akhirnya dia hanya membiarkan tangan itu menyulami pinggangnya. Dia mencari wajah suaminya dibelakangnya.

" Alea cintakan abang tak?" Tanya Amri manja. Dia membelai rambut Azalea, sudah lama dia mengangankan untuk membelai rambut itu, akhirnya setelah menjadi suami isteri dia dapat jugak merasa nikmat itu. Hanya dia yang berhak berbuat begitu, hanya dia, kerana isterinya itu tidak akan membenarkan rambut itu dilihat lelaki bukan halal.

" Alea....cintakan diri sendiri aje...." Balas Alea lagi. Amri memuncungkan mulut.

" Malam ni abang tinggalkan Alea tidur sorang-sorang je. Biar Alea kena gigit hantu." Usik Amri. Azalea tertawa. Dia melentokkan kepala manja dibahu suami tercinta. Dia mengusap pipi Amri, Amri suka sekali dengan tingkahmanja Azalea. Bukan dibuat-buat, tapi spontan. Dia sendiri pun tidak menyangka gadis yang nampak serius seorang yang manja.

" Perlu ke Alea nak ucap yang Alea cintakan abang? Abang dah jadi sebahagian dari diri Alea, jadi... Alea cintakan abang seperti cinta pada diri sendiri. Alea cintakan abang kerana cinta abang terhadap yang Maha Esa. Alea cintakan abang kerana ketaqwaan abang terhadap Allah. Alea sentiasa berdoa agar cinta kita terhadap Allah melebihi cinta kita terhadap diri sendiri." LuahAzalea.

" Terima kasih kerana jadi isteri abang." Ucap Amri. Azalea hanya tersenyum sambil mengucup tangan suaminya. Amri insaf mendengar kata-kata isterinya. Dia begitu bersyukur bertemu jodoh dengan Azalea. Dia masih ingat betapa payah dia hendak meyakinkan Azalea menerimanya dulu. Dia masih ingat esak tangis gadis memberitahu yang dia gadis yang menunggu kematian.

" Abang... Alea rasa tak sihat..." adu Azalea selepas mereka solat subuh berjemaah pagi itu. Amri pantas meraba dahi isterinya. Dia risau apabila merasa kehangatan di situ.

" Alea dah makan ubat?" Tanya Amri.

" Dah..." balas Azalea. Amri menarik tangan isterinya lembut dan membaringkan tubuh itu ke tilam.

" Meh sini abang picit ye.... Pukul 9 nanti abang bawa pergi klinik."Amri memicit lembut dahi isteri tercinta.

" Kita kan ada kuliah nanti." Balas Azalea.

" Alah....kita ponteng sekali ni aje. Lagipun Alea tak sihat, nanti minta MC dari doctor." Ucap Amri, jemarinya masih memicit lembut dahi itu. Lagipun hanya tinggal sebulan lagi mereka menjadi pelajar.

" Alea je yang dapat MC tau.." Azalea tergelak. Amri turut tergelak. Azalea memejamkan mata mengusir rasa pening. Dia akhirnya terlelap.

Selepas menjalankan pemeriksaan Azalea duduk di sisi suaminya di depan meja doctor. Doctor Nur tersenyum pada pasangan suami isteri muda itu. Dia membelek kertas di tangannya

" Tahniah... you berdua bakal jadi ibu dan ayah." Doctor Nur menghulurkan tangan pada Azalea. Teragak-agak Azalea menyambut, dia tergamam. Amri di sebelah bagaikan hendak menjerit kegembiraan. Wajahnya berseri.

" Berapa bulan doctor?" Tanya Amri gembira, tangan isterinya digengam erat.

" Baru masuk lapan minggu. Hmm...jaga wife you baik-baik tau.Lagipun..kesihatan dia pun tak berapa baik jugak." Pesan doctor Nur. Azalea hanya terdiam.

Azalea hanya membisu sejak dari tadi. Tidak sepatah pun bersuara, Amri perasan perubahan isterinya.

" Kenapa ni sayang? Alea tak bahagia, tak lama lagi kita akan jadi ayah dan ibu?" Tanya Amri sebaik mereka keluar dari bilik doctor Nur.

" Abang...abang tak ingat ke keadaan kita? Kita mungkin tak dapat hidup lama bang....macam mana dengan anak kita nanti? Mereka akan kehilangan kita. Ataupun...Alea akan pergi sebelum sempat melahirkan baby ni.." luah Azalea. Dia mengusap perutnya yang masih kempis. Ibu sayangkan baby... maafkan ibu...

Amri memeluk isterinya. Dia mengerti kenapa isterinya begitu.

" Alea kena ingat... Allah yang menentukan segalanya. Allah memang nak bagi baby ni untuk kita sebagai bukti cinta kita." Pujuk Amri. Azalea hanya angguk.

" Kita berserah pada Allah...kita jangan terlalu cepat berputus asa. Alea kena jaga diri dan baby tau. Terima kasih kerana kandungkan zuriat abang.... Abang cintakan Alea." Ucap Amri.

" I love you too."

" I love you three.." balas Amri nakal. Azalea tergelak bahagia.

" Syukurlah.... Alea nampak sihat je.." Datin Naini tersenyum bahagia melihat anaknya yang sedang sarat mengandung dengan jubah konvokesyen. Mereka bergambar kenang-kenangan bersama keluarga dan kawan-kawan. Teruk jugak Amri dan Azalea di usik teman-teman yang nakal.

Datin Naini memimpin tangan Azalea duduk di bangku panjang. Amri mengambil gambar isterinya berkali-kali.

" Mak...jaga anak Alea nanti ye... kalau Alea tak sempat tengok dia besar. Mak kena tolong abang Am jagakan anak kami. Mak bawakan dia lawat Alea nanti. Mak kena janji ya... mak kena cakap kat anak kami, yang Alea sangat sayangkan mereka." Datin Naini terpana mendengar permintaan anaknya. Dia menangis memeluk anaknya.

" Jangan cakap macam tu nak... kita jaga sama-sama." Balas Datin Naini.Datuk Azrul dan Amri yang memandang kelakuan dua beranak itu menahan sebak.Tiada lagi dendam Amri terhadap Datuk Azrul kerana rupa-rupanya Datuk Azrul telah menebus kesalahan dengan menanggung segala perbelanjaannya dulu. Dia pun baru tahu setelah mak usunya menceritakan hal sebenar. Lagipun menurut makusunya, kemalangan itu memang tidak disengajakan.

" Cakap kat abang Am... kalau anak-anak ni kembar perempuan namakan dia Alia Balqis dan Anisa Balqis. Dan kalau dua-dua lelaki Arief Amsyar dan Arief Ammar." Pesan Azalea lagi. Datin Naini gagal bersuara kerana menahan tangis. Datuk Azrul dan Amri menghampiri mereka.

" Kenapa ni?" Tanya Datuk Azrul lembut, penuh dengan naluri kebapaan.

" Tak ada apa-apa abah...." Balas Azalea.

Amri menghampiri katil yang menempatkan tubuh isterinya. Wajah pucat itudi pandang dengan rasa cinta yang tak berbelah bagi. Tangan itu dikucup penuh kasih sayang. Ibu kepada sepasang anak kembarnya itu masih nampak cantik walaupun terlantar di situ.

" Abang..... Arief dengan Balqis mana?" Tanya Azalea. Amri duduk disisi katil, dahi itu dikucup lama.

" Mereka kat dalam bilik baby. Terima kasih sayang...anak-anak kita comel.Muka sebijik macam ibu mereka." Amri tersenyum manis.

" Abang.... Alea nak tengok Arief dengan Balqis... boleh abang bawa kesini?" pohon Azalea penuh berharap. Amri angguk, pantas berlalu ke bilik bayi. Dia kembali ke situ bersama ibu bapa Azalea yang mendukung anak-anaknya. Amri membantu Azalea duduk dan menyandarkan tubuh isterinya ke dadanya. Mereka menyambut anak-anak mereka dari ibu bapa Azalea.

" Anak ibu...." Bisik Azalea pada dua bayi di depannya. Balqis dipangkuannya dan Arief di pangkuan suaminya. Datuk Azrul dan Datin Naini meninggalkan pasangan itu. Azalea tertawa melihat wajah comel anak-anaknya. Selepas itu Arief pulak beralih ke pangkuannya, Balqis diserahkan kepada Amri. Wajah Arief dan Balqis dicium bertalu-talu tanpa jemu.

" Abang jaga anak kita tau. Alea tak mampu nak tengok anak-anak kita membesar. Alea tau mereka selamat di sisi ayah mereka. Kalau abang nak cari suri lain untuk ganti Alea pun, Alea tak kisah bang. Alea rasa, Alea tak mampu nak jaga abang dengan anak-anak." pesan Azalea. Amri sebak.

" Alea..abang ada rahsia nak cakap. Abang sebenarnya..tak"

" Tak sakit kan?" teka Azalea. Amri tergamam, macam mana Alea tahu?

" Macam mana... Alea.. tau?"

" Alea tak pernah tengok abang makan ubat sejak kita jadi suami isteri." Balas Azalea.

" Maafkan abang sayang. Abang terlalu cintakan Alea. Dulu memang abang nak berterus terang, tapi abang takut Alea tak terima abang. Mak pun tak bagi abang cakap kat Alea." Pohon Amri. Ubun-ubun isterinya dikucup.

" Alea tak kisah bang. Alea tak salahkan abang. Abang telah bahagiakan Alea sepanjang kita jadi suami isteri. Abang kena janji akan jaga anak kita baik-baik tau. Alea cintakan abang..." ucap Azalea. Air mata Amri mengalir.

..........................................................................................

" Ayah...." Amri tersentak mendengar suara anak gadisnya memanggilnya. Selepas itu dia terasa tubuhnya dipeluk erat oleh jejaka di sebelah. Kemudian gadis yang seiras arwah isterinya memeluknya.

" Ayah....jom kita balik. Esok kita pergi ziarah pusara ibu lagi." ajak suara garau anak terunanya. Mereka bertiga berjalan berpelukan menuju ke kereta. Amri menoleh ke pusara arwah isterinya. Selamat tinggal sayang.... semoga Alea ditempatkan di kalangan muslimin muslimah yang soleh. Kau lah isteriku yang solehah. Tak jemu melayan kerenah suamimu ini dan sudi melahirkan zuariat suamimu ini.

Amri duduk di tempat bersebelahan pemandu. Arief Amsyar yang telah berusia 23tahun memandu, Alia Balqis duduk di tempat duduk belakang. Amri sentiasa memperkenalkan anak-anaknya kepada kemurnian perketi arwah ibu mereka. Dia boleh berbangga kini, kerana anak-anaknya membesar menjadi anak-anak yang taat dan berjaya dalam pelajaran.

Amri menatap gambar wajah isteri yang amat dirindui yang amat dia kasihi...

Sayang.... anak-anak kita dah besar... mereka anak yang baik. Seperti ibu mereka. Abang tak pernah menduakan kasih Alea kerana tidak ada wanita lain yang layak menjadi isteri abang dan ibu kepada anak-anak kita selain Alea. Abang rindukan Alea. Abang tak pernah lupa mencintai Allah melebihi cinta terhadap makhluk ciptaan-Nya. Abang selalu bersyukur kerana Allah telah mengurniakan Alea untuk abang cintai.


" Ayah....Balqis rindukan arwah ibu.." sebak Balqis bersuara. Amri menoleh ke belakang, wajah kerinduan itu direnung. Selepas itu dia berpaling ke sebelah, seperti Balqis, wajah Arief jugak sarat dengan kerinduan terhadap arwah ibu yang tidak sempat membesarkan mereka. Azalea pergi selepas seminggu melahirkan mereka. Amri masih ingat hari terakhir isterinya bersama mereka. Dia dapat merasakan sesuatu melihat cara renungan Azalea. Azalea sempat memohon maaf dan memintanya menghalalkan segalanya. Hari itu memang aneh, Arief dan Balqis yang baru berusia seminggu masa itu tidak banyak kerenah.

Tersenyum dan tergelak suka apabila dibelai Azalea. Azalea menyandar di dada Amri sambil memeluk anak-anaknya erat. Amri sempat mendengar bisikan syahadah sebelum dada isterinya tidak lagi berombak. Arief dan Balqis tiba-tiba menangis. Dia sendiri masa itu hanya mampu memeluk isterinya erat bersama anak-anak mereka. Dia hanya melepaskan isterinya apabila abah Azalea menariknya perlahan. Air matanya berlinang, dibiar lepas. Anak-anaknya beralih ke dalam pelukan seorang jururawat dan emak Azalea. Dia merebahkan tubuh isterinya kekatil dengan hati-hati. Dia mengucup dahi isterinya. Dia dapat mengesan bekas air mata dipipi isterinya. Dia tahu, terlalu berat hati isterinya meninggalkannya bersama anak-anak yang masih terlalu kecil.

" Mesti arwah ibu pun rindukan kitakan ayah." Celah Arief.

" Percayalah sayang.... Arwah ibu jugak rindukan kamu berdua. Arwah ibu seorang yang penyayang. Nanti kita akan berkumpul bersama. Jadilah anak yang soleh." Pesan Amri. Arief dan Balqis angguk.

" Kami janji, kami akan jadi anak yang baik ayah.. kami sentiasa berdoa untuk kesejahteraan ayah dan arwah ibu." Ucap Arief. Amri amat bangga dengan sikap tanggungjawab anak terunanya itu.

" Arief nanti jaga adik tau. Nek usu, Tok abah dengan tok mak pun kena jaga tau. Dengar cakap mereka. " Pesan Amri. Dia rasa mengantuk yang amat sangat.

" Ya Allah... hanya Kau berhak disembah. Nabi Muhammad pesuruh Allah." Bisiknya sebelum memejam mata.

Arief Amsyar memeluk bahu Alia Balqis memandang pusara arwah ibu dan arwah ayahnya. Doa dikirim untuk insan-insan kesayangan itu. Mereka redha pemergian arwah ayahnya sudah ditakdirkan. Arwah ayahnya pergi kerana seruan Ilahi dan rindu kepada arwah ibu. 'Ya Allah ya Tuhanku, tempatkanlah ayah dan ibu kami di kalangan muslimin muslimah yang soleh. Ayah.. kami membesar dalam dakapan kasih sayangmu, ibu... kami hidup di bawah naungan kasihmu. Terima kasih kerana melahirkan kami. Kami bersyukur menjadi anak-anak kalian.' Bisik pasangan kembar itu.

Sekian.



 Take note : Cerita diatas dikongsikan oleh seorang sahabat kepada Cik Candy. Katanya, jadikan cerita tersebut sebagai pedoman dan pengajaran untuk meniti hari mendatang. Pandanglah dari sudut yang positif walaupun kelihatan sedikit sedih dan negatif. Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati. Mati itu adalah satu kemestian, namun tidak mampu untuk kita memilih masa dan harinya untuk kita mati. Wassalam


Hikmah yang tersembunyi di setiap kejadian

Assalamualaikum

Cik AA : “aku dan dia dah putus…”
Cik CC : “kenapa?”
Cik AA : “aku dah x sayangkan dia. pelikkan. Tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
Cik CC : “kau pasti dengan keputusan kau. Kau x kesiankan dia? Dia sayang kau…”
Cik AA : “kesian la jugak. Tapi bila aku fikir balik. Lagi kesian kalau aku teruskan. Aku dah x mampu…”
Cik CC : “buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas setahun.
Cik AA : “aku geram. Dia tipu aku. Lepas setahun baru aku tahu…”
Cik CC : “kenapa? Apa yang dah jadi…?”
Cik AA : “dia ada ramai perempuan belakang aku. Dia tipu aku.aku rasa pedih. Terlalu pedih…”
Cik CC : “kenapa kau pedih. Kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
Cik AA : “entah. Mungkin rasa dikhianati. Tak dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. Sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. Rabak. Koyak. Patah….”
Cik CC : “lupakanlah. Jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”
Cik AA : “aku tak boleh stop. Mata aku x boleh nak lelap . Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
Cik AA : “Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
Cik CC : “kau ada jawapan?”
Cik AA : …senyum “ada…mudah.”
Cik CC : “apa dia?”
Cik AA : “bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. Aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat. Apa yang jadi dalam hidup aku dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
Cik CC : “kongsi lah…”
Cik AA : “Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang tak hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai, hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
Cik CC : “maksud kau?”
Cik AA : “aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa, duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”
Cik CC : “teruskan aku dengar…”
Cik AA : “aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
Cik CC : “so sekarang?”
Cik AA : “aku tengah berjuang menjadi lebih baik. Doakan, selangkah, dua langkah…aku sedang berlari mendekati Pencipta…”
Cik CC : “lelaki? cinta?”
Cik AA : “hanya yang Halal. Janji Allah itu pasti.”
Cik CC : “kau yakin sekarang? rasa lebih baik?”
Cik AA : “alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah. Aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung. Aku khilaf sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja tapi sekarang aku dah sedar, faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Syukur ”


Take Note : Cik Candy baru saja mendapat jemputan kahwin dari salah seorang daripada kawan rapat. Alhamdulillah, akhirnya bertemu jodoh jua dia. InsyaAllah, pertengahan bulan depan, kalau tade arah menghalang, Cik Candy akan sampai ke teratak beliau untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut. Tadi waktu terima jemputan, *jemputan dlm ws aje pun* tetiba teringat pulak kisah-kisah cerita monyet yang pernah dia ceritakan pada Cik Candy. Bayangkan hampir setahun tahun bercinta, akhirnya dia ambil keputusan untuk putus. Ya, apa yang berlaku ada hikmahnya. Cik Candy sokong tindakan yang dilakukannya walaupun berbunyi sedikit kejam. Heheheee.. Apa guna bercinta kalau hati tak ikhlas menyintai. Kenapa perlu berpura-pura dan memberi harapan palsu kepada yang menyintai tu. Tapi yang Cik Candy sedikit ralat, dia ambil masa terlalu lama kowt untuk membuat keputusan tersebut. Hampir setahun bercinta, setahun berjanji manis dengan si lelaki tu, barulah dia membuat keputusan tegas untuk berterus terang. Aptb minah nie.. Itu cerita lama. Cerita dua tahun yang lepas kalau tak silap. Apapun Cik Candy doakan kawan baik Cik Candy tu bertemu jodoh yang soleh. Semoga mereka bahagia dalam meniti bahtera perkahwinan yang akan mendatang. Hadapi setiap kesenangan dan kepayahan bersama-sama. Dan semoga mereka mendapat bby gurl/boy yang comel lote. Wassalam

Peraduan memulakan pelayaran kejelitaan SAFI


Setelah penat berhempas pulas dari petang tadi, akhirnya siap juga blog Cik Candy Sour dengan berwajah baru. Aummmmm cakkkk! Hahahaaa tadelah gah mana pun tapi agak menyejukkan mata Cik Candy menatapnya. Rasa macam nak berblogging dua puluh empat jam. *Cukup merapu Cik Candy oitttt!* Full stop.

Petang tadi, waktu bermukabuku, Cik Candy ada terpadang satu iklan yang menerik minat Cik Candy untuk turut serta beradu. 'Peraduan memulakan pelayaran kejelitaan SAFI'. Bunyinya macam menarikkan. Jadi dengan rasa excited yang menggunung, Cik Candy pun masuklah mencuba nasib.





Berminat ? Jom sertai SAFI

Berwajah baru

Assalamualaikum

Berwajah baru? Apa yang baru? yang lamanya kemana? Eh.. apa ni banyak sangat soalannya. Tak sempat untuk Cik Candy bermukadimah. Heheheee, agak-agak macam gitu ke soalan yang akan ditanyakan.

Okaylah, untuk pengetahuaan semua, Cik Candy terpaksa mengedit dan mengecat kembali wajah blog Cik Candy Sour nie. Ini semua disebabkan kegatalan tangan Cik Candy sendiri. Oichhhh rasa terkilan pulak. Sedikit sedis pun ada. Itulah pasalnya, gatal sangat tangan nak menukar template, sekali error lah pulak. Habis kesemua segala isi perut yang tercatat dalam blog nie teralih. Krikkkk.. krikkk.. krikk.. krik..

Tangan yang gatal, blog menjadi mangsanya. Itulah ayat yang Cik Candy duduk ulang punya ulang sampai jadi ulangan pada petang nie. Habis dah hilang seri muka yang lama. Sob.. sob.. sob.. sedisnya.




Berjaya daftar blog di Alexa

Assalamualaikum..

Untuk tengah hari nie, Cik Candy masih sempat lagi berblogging seketika. Heheee walaupun mempunyai kekangan masa tapi masih mampu untuk Cik candy mencari masa *cari masa ke curi masa?*.

Untuk tengah hari nie, Cik candy on blog dan skroll home blogger seperti biasa. Tak ada apa pun yang menarik, so Cik Candy pun skroll laju-laju. Hahaa sampailah terjumpa satu entry yang menarik perhatian mata hati Cik Candy. Entry tue bertajuk 'Cara daftar blog di Alexa'. Entry nie di tulis oleh saudara Wayne Harraz.


Okay, tajuk entri nie memang menarik perhatian Cik Candy. Apa lagi, teruslah Cik Candy view entry tersebut. Sebenarnya Cik Candy dah lama mencari artikal ataupun entry yang berkaitan dengan Alexa nie. Memang dah lama sangat-sangat dah. Sebelum nie, Cik Candy pernah jugak try cara nak daftar blog di Alexa tapi tak berjaya disebabkan ada beberapa perkara yang tak berapa nak faham. Try punya try tapi tetap juga tak berjaya, last sekali Cik Candy pun angkat bendera putih. Malas dah nak mabik peduli tentang Alexa. Malas dah nak kisah pasal Alexa. Hahaaa punyalah sakit hati sebab tak berjaya nak daftar blog di Alexa.

Alhamdulillah, untuk petang nie akhirnya Cik Candy berjaya. Berjaya mendaftar blog di Alexa. Setelah beberapa purnama *tipu!* berusaha, akhirnya dapat juga lakukannya. Hahahaaa! purnama lah sangat. Apapun thanks pada Wanye Harraz untuk entry yang awesome nie. Entry nie, sangat-sangat bermanfaat untuk kami, si blogger bilis yang baru nak meningkat naik. Heheee..



Setelah siap mendaftar, maka inilah hasil yang Cik Candy dapat.

Instagram yang awesome



Hari ini aku sedar, janji hanya adalah sekadar kata-kata.
Dapat dirubah, boleh juga untuk dilupakan.
Memberi janji mungkin mudah untuk melupakan
tapi menerima janji, sampai mati diingati.
Ada waktunya janji juga menjerat hati sendiri.
Semata-mata untuk kegembiraan orang yang kita cintai..


Take Note : Jom follow instagram Cik Candy
InsyaAllah Cik Candy akan follow kembali dan terjah instagram uoll. Wassalam.

Cuti dah tamat

Assalamualaikum..

Alhamdulillah untuk malam nie (pagi dah rasanya), Cik Candy masih diberi peluang untuk berceloteh disini. Uwarghhhhhhhh.. rindunya dekat blog nie. RIndu! rindu ! rindu serindu rindunya.... Lalalalaaaaa.
Hahaaa inilah padahnya bila seminggu dah tak menjenguk blog kesayangan nie (=

Seminggu Cik candy menghilangkan diri. Tak ada maknanya menghilanglah. Cik Candy balik kampung sebenarnya. Dah diberi cuti sempena mid.sem so Cik Candy pun bungkuslah kain baju dan gerak balik kampung. Seminggu berada di kampung, maknanya seminggu jugalah Cik Candy tak berblogging. Bukan tak nak berblogging di kampung, tapi macam sedikit rumitlah. Line internet tak berapa nak clear. Jadi sebelum Cik Candy bermusuh dengan internet di kampung, better Cik Candy bertindak untuk mencegahnya terlebih dahulu, kan. Dan lagi satu, Cik Candy tak bawak balik pun laptop nie sekali. Hahaaa simpan kemas dekat dalam loker. Malas nak bawak balik. Buat berat beg aje pun.

Alhamdulillah, seminggu bercuti. Cuti yang bermakna sangat untuk Cik Candy. seminggu luangkan masa bersama family dan kawan-kawan. Seminggu yang cukup bermakna. Happy! happy sangat-sangat. Kalau diikutkan kata hati, seminggu bercuti tu memang tak mengcukupi namun apakah daya. Masih ada komitment yang perlu dilaksanakan. masih ada tanggungjawab yang perlu dipikul. Heheee

Cuti Cik Candy dah pun tamat. Cik Candy pun dah selamat tiba di hostel. Kelas? Kalau diikutkan, memang dah bermula kelas pagi nie, tapi lecture macam masih dalam mood bercuti aje. Langsung tak masuk kelas sepanjang hari nie. Oichhh sakit pulak hati Cik Candy. Tapi apa boleh buat, diakan lecture dan kami sebagai student haruslah 'memahami' situasi-situasi tersebut. Hahahaaa memahamilah sangat!

Okaylah, kalau diikutkan kata hati nie, banyak benda yang nak diceloteh dan dishare dekat sini. Tapi rasanya hari pun dah jauh malam. Esok pagi-pagi Cik Candy ada kelas pulak. Jadinya, Cik Candy undur diri dulu ya. InsyaAllah, esok Cik Candy akan blogwalking ke blog kawan-kawan. Apapun doakan Cik candy berjaya ye. Wassalam.


Take Note : Disebabkan seminggu tak blogging, banyak yang merundum dalam blog nie. Hohohoooo perlu cari masa yang sesuai untuk kembalikan kemeriahan dan keceriaan dalam blog nie. Wish me luck ye. Okbye.

Balik kampung sempena cuti mid.sem

Assalamualaikum..

Salam Jumaat, penghulu segala hari. Semoga hari Jumaat yang mulia ini, segala apa yang kita lakukan diberkatiNya. Untuk hari nie, Cik Candy sebenarnya gembira bercampur teruja. Yahoooooo ~ (**,)

Untuk petang nie, bermulanya cuti mid sem. Cuti? Cuti yang di tunggu-tunggu telah pun tiba. Apa lagi, packing barang balik ke kampunglah kita. Hampir 3bulan dah kowt menanggung rindu buat keluarga tersayang. Saban malam hanya telefon aje yang menjadi penghubung Cik candy dengan family. Hehee setiap kali call mak, mesti menangis-nangis rindu. Nak balik kampung. Rindu dekat mak ayah, rindu dekat adik-adik.

Alhamdulillah, hari nie peluang yang Cik candy nantikan, tiba juga. Petang nie bermulanya cuti Cik Candy selama seminggu. Seminggu aje, macam tak puas aje balik kampung. Tap tak apa. Sekurang-kurangnya ada juga cuti, dapat juga balik kampung jenguk keluarga tercinta. Syukur, alhamdulillah.

Rasa teruja dan ketidak sabaran tak mampu dibendung lagi. Hahaa kawan-kawan pun memanjang sudah bertanya, kau kenapa happy sangat, kau kenapa aku tengok senyum aje memanjang, amboi kau excited nampak nak balik kampung, dan blaa.. bla.. bla...

Happy, happy juga tapii dalam happy tetap juga ada resah. Krikkk krikk krikkk.. Cik candy terpaksa menempuh perjalanan lebih kurang selama 9jam untuk sampai ke kampung. Lamanya berkampung dalam bus sebelum sampai ke kampung T_T

Apapun, tolong doakan keselamatan Cik candy ya. Doakan perjalanan pergi dan balik Cik candy selamat. Niat dihati sungguh suci dan murni. Nak balik kampung jenguk keluarga tercinta. Heheee.. Oklah Cik candy pun macam tak ada masa nak berceloteh panjang. Ada barang lagi yang tak dipacking. Excited nak balik kampung, sampai buntu tak tahu apa yang nak dibawak balik. Wassalam..


Tarikh : 10 April 2015
Time : 09:58PM
Destinasi : TBS - Kuala Terengganu

Take Note : Ketika entri nie terhasil, hati Cik candy memang berkobar-kobar nak packing barang. Serius excited giler nak balik kampung. Doakan keselamatan Cik Candy ye. Semoga segala urusan dipermudahkanNya. Mak, ayah.. tunggu kepulangan anakmu ini. iLOVEuFamily. Muuuah setepek!

Indahnya dunia aku berbanding dia barangkali

Assalamualaikum..

Cik Candy berentri malam nie sekadar untuk meluahkan apa yang terbuku dihati. Maaf andai ada yang terasa, tapi inilah yang Cik Candy rasa. Dalam tengah tak ada mood nie, semua benda yang dibuat rasa macam tak kena. Buat itu tak kena. Buat ini tak kena. Ishhhh macam nak mengamuk pun ada. Sabarlah duhai hati. Jangan disebabkan orang lain, orang lain pula yang jadi mangsanya.

Malam nie, Cik Candy menarik muka ketat. Malas nak bercakap banyak. Sakit hati dengan keadaan sekeliling. Terasa hati dengan kehidupan disekitar. Serius penat dengan semua nie. Sampai bila perlu memendam rasa? Sampai bila harus berdiam diri. Ingin diluah tapi bimbang ada hati yang akan terluka. Ingin berterus terang namun bimbang akan berpanjangan. Aku tak suka bergaduh tapi aku suka cari gaduh! Oichhh...

Apa salah aku? Apa yang orang tak puas hati sangat dengan life aku? Pernah ke aku ganggu life mereka? Pernah ke aku usik kehidupan mereka? Takk!! Rasanya aku tak pernah ambil port dengan orang sekeliling. Aku bahagia hidup dengan dunia aku. Biarpun hanya dalam bilik aku sendirian. Aku tak kisah. Aku selesa tinggal seorang diri tanpa rakan sebilik. Apa guna ada rakan sebilik kalau tak sekepala. Apa guna ada rakan sebilik kalau selalu tarik muka. Apa guna rakan sebilik kalau masing-masing mengumpat di belakang.

Kenapa perlu mereka kacau life aku? Apa yang aku buat tak kena? Pelik! Kenapa ada yang tak puas hati dengan rutin harian aku. Salah ke kalau aku aturkan life aku sendiri! Arghhhhhhh.. serius stress dengan manusia yang suka jaga tepi kain orang sedangkan kain sendiri koyak, carik terbelah. Salah ke kalau setiap pagi aku pergi kelas. Balik kelas, aku berkurung dalam bilik. Rasanya lebih berfaedah aku lepak dalam bilk sendiri daripada aku memanjang bertepek tayang muka di bilik kawan.

Life aku, aku yang tentukan. Lagipun dalam bilik ni banyak benda yang aku boleh buat. Settlekan tugasan, layan lagu, mengadap laptop, baca novel, kemas bilik, layan perasaan, layan jiwa, bla.. bla.. bla.. dan tidur. Jadi, untuk apa aku pergi melepak bilik orang lain. Sosial? maaf sosial aku hanya bersama geng-geng satu kepala. Bukannya member-menber gegurl yang muka bertalam-talam. Depan aku kau puji belakang aku kau keji. Cukup sekali aku terkena. Aku serik! Aku belajar dari pengalaman lalu. 

Dengki dengan aku? Hahaaa, agak lawak gila terbabas bila gosip nie sampai ke cuping telinga aku. Tak sangka, tak habis lagi isu jelousnya. Tolonglah faham walaupun kau bebal susah nak faham! Kau peduli apa aku rapat dengan bebudak kelas aku. Suka hati akulah. Dyorang bukannya pakwe kau pun. Dah nama pun bebudak kelas, mestilah rapat, takkan nak bermusuh bagai pulak. Kau sibuk sangat apahal? Pergilah berbaik dengan bebudak kelas kau tu. Gila!! Aku sorang aje gegurl dalam kelas, so untuk apa aku bersikap sombong. Padahal nanti kalau ada apa-apa hal, aku perlu mintak tolong dyorang jugak. Penatlah aku melayan gosip murahan.

Orang kata, bila seseornag tu bercakap tentang kita di belaknag kita, itu bermakna hidup kita lebih menarik daripada hidup dia. Untuk malam nie, aku setuju dengan kata-kata tu. Mungkin life aku lebih menarik dari life kau, sebab tu kau menyibuk nak ambil port tentang life aku. Hurmmm.. sepatutnya aku yang perlu jelous dengan life kau. Rasanya kau lebih menarik dari aku dan life kau lagi meriah dari aku. Tapi entahlah.. Aku malas nak menyemakkan kepala nie. Bila mana aku mampu bertahan, aku akan bertahan. Bila tak mampu, aku akan luahkan di blog. Tapi nanti, bila aku dah tak berdaya, aku akan buat perhitungan dengan kau. *agak-agak kau seram tak*

Aku bahagia dengan life aku sekarang. Tolong jangan ganggu hidup aku. Biarkan aku dengan dunia aku. Dunia student, dunia blogger, dunia kawan-kawan, dunia sendiri, dunia khayalan dan segala macam dunia yang aku ciptakan sendiri. Aku tak perlukan dunia permusuhan dalam hidup aku. Selagi boleh mengelak, aku akan elakkan. Aku belajar menyerlahkan keayuan dan menghilangkan kekasaran. Jadi jangan biarkan kekasaran aku kembali wujud. 

Take Note : Entri ni tercipta tatkala Cik Candy dalam keadaan bad mood. Apa yang tertulis adalah apa yang terlintas dihati dan fikiran tika dan saat itu. Malas nak fikir panjang, malas nak bertapis-tapis, so tulis dan terus tulis aje lah sekadar untuk meredakan amarah dihati dan rasa terkilan di jiwa. Wassalam

Jangan usik emosi aku, jangan kacau ketenangan hati aku

Cara Allah memberi rezeki kepada hambaNya



Ada 4 Cara Allah Memberi Rezeki Kepada Hamba-Nya:

1. REZEKI TAHAP PERTAMA (YANG DIJAMIN OLEH ALLAH)

"Tidak suatu binatang pun (termasuk manusia) yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin oleh Allah rezekinya." (QS. 11: 6)

Maksudnya : Allah akan memberikan kesehatan, makan, minum untuk seluruh makhluk hidup di dunia ini. Ini adalah rezeki dasar yang terendah.

2. REZEKI TAHAP KEDUA

"Tidaklah manusia mendapat apa-apa kecuali apa yang telah dikerjakannya" (QS. 53: 39)

Allah akan memberikan rezeki sesuai dengan apa yang dikerjakannya. Jika ia bekerja dua jam, dapatlah hasil yang dua jam. Jika kerja lebih lama, lebih rajin, lebih berilmu, lebih sungguh-sungguh, ia akan mendapat lebih banyak. Tidak pandang dia itu muslim atau kafir.


3. REZEKI TAHAP KETIGA

“... Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.." (QS. 14: 7)

Inilah rezeki yang disayang Allah. Orang-orang yang pandai bersyukur akan dapat merasakan kasih sayang Allah & mendapat rezeki yang lebih banyak. Itulah Janji Allah! Orang yang pandai bersyukurlah yang dapat hidup bahagia, sejahtera & tentram. Usahanya akan sangat sukses, kerana Allah tambahkan selalu.


4. REZEKI TAHAP KE EMPAT (UNTUK ORANG BERIMAN DAN BERTAQWA)

".... Barangsiapa yg bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yg tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yg bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (QS.Ath-Thalaq/65:2-3)

Peringkat rezeki yang ke empat ini adalah rezeki yang istimewa, tidak semua orang dapat meraihnya. Orang istimewa ini (muttaqun) adalah orang yang benar-benar dicintai & dipercaya oleh Allah untuk memakmurkan atau mengatur kekayaan Allah di bumi ini.
Wallaahu alam..



Take Note : Selamat menjemput rezeki. Jika mahu dapatkan semua, lakukan semua yang Allah perintahkan. Hidup ini adil. Apa yang dilakukan, itu yang akan kita dapat. Setiap usaha ada ganjarannya sama ada dalam kita sedari mahupun tidak. Mengharapkan sesuatu yang lebih maka usahalah sedikit lebih. Wassalam.